DEQ 7

162 8 0
                                    

Usai solat isyak, aku menuju ke dapur dengan harapan dapat mengisi perut yang kelaparan. Tersenyum aku apabila melihat roti gardenia di atas meja. Dapat roti pun dah seronok. Rugi siapa tak suka orang macam aku ni. Bersyukur orangnya. Makan angin pun tak apa.

Aku buatkan air milo panas. Untuk apa ? Untuk disajikan bersama roti buku gardenia. Sedapnya sungguh tak terkata. Inilah makanan orang B40. Walaupun nampak biasa-biasa, namun rasanya luar biasa.

Sekian dari saya, Arlenne Ileana.

Sedang aku mengunyah, pintu rumah aku diketuk. Siapa pula nak beraya rumah aku ni ? Kuih-kuih tak ada, yang ada roti sahaja. Itupun tinggal sekeping lagi. Pintu rumah kembali diketuk. Kali ini lebih kuat.

Aku mengambil batang penyapu. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke pintu. Hati aku semakin berdebar. Dalam fikiran sudah terbayang pelbagai perkara.

"Siapa tu ?" Soal aku kuat. Tiada sahutan.

Dengan ucapan bismillah, aku buka pintu dengan berani. Namun tiada sesiapa. Pelik pula aku. Tanpa menunggu lama, aku menutup pintu. Belum sempat pintu ditutup rapat, pintu tersebut ditolak kuat dari luar membuatkan aku hampir terjatuh.

Muncul seorang lelaki memakai topeng muka. Matanya tepat memandang aku. Aku mengambil batang penyapu di atas lantai.

"Jangan dekat !" Arah aku sambil menghalakan batang penyapu terhadap lelaki tersebut. Seolah tidak mendengar kata-kata aku tadi, dia bergerak selangkah demi selangkah ke arah aku.

"Jangan dekat aku cakap !" Langkah lelaki itu berhenti. Aku menguatkan pegangan pada batang penyapu.

Tanpa sedar, lelaki itu menarik batang penyapu di tangan aku dengan pantas sehingga membuatkan aku terdorong ke hadapan sedikit. Batang penyapu tersebut dicampak ke belakangnya.

"Nothing you can do, little girl." Ucap lelaki itu.

"Who said ?" Sejurus itu, aku menendang tepat pada 'sunshine' lelaki itu. Aku terus berlari ke bilik dan mencapai telefon yang berada di atas katil. Dengan pantas, aku berlari keluar bilik semula.

Baru sahaja mahu melangkah keluar daripada pintu rumah, dia menarik kaki aku membuatkan aku jatuh tersungkur. Aku meringis kesakitan akibat hentakan yang kuat. Dapat aku rasakan darah mengalir daripada dahi aku.

"Nak lari mana, huh ?" Lelaki itu bangun dari baringannya dan cuba mendekati aku.

Keyword : Cuba

Aku memukul lelaki itu dengan batang penyapu tadi dan terus bangun dari baringan. Dengan kesempatan yang ada, aku mengambil telefon dan melarikan diri tanpa menoleh.

"Run as fast as you can. No matter what I still can find you, little girl."

Ucapan lelaki itu membuatkan aku bertambah panik. Aku menuruni anak tangga dengan laju. Nafasku menjadi tidak teratur. Tanpa berfikir panjang, aku menyorok di dalam bilik stor yang bersebelahan dengan tangga.

Jangan tanya aku bilik stor apa, dah dia tulis situ bilik stor. Masuk jela.

Locksreen telefon dibuka, nama Dr. Ethan dicari. Laju aku menekan namanya dengan tangan yang menggigil.

"Angkatlah, Dr." pinta aku perlahan. Malang sekali, langsung tiada jawapan. Aku cuba sekali lagi, masih sama. Tiada jawapan.

Pada masa yang sama, aku mendengar derapan tapak kasut. Aku cuba menenangkan diri, berharap lelaki itu tidak tahu kewujudan aku.

"Play hide and seek, huh ? Let's see if you can hide from me or not." Aku genggam telefon erat. Debar di dada kian terasa.

Aku tersentak oleh getaran telefon. Jelas sekali nama Dr. Ethan di skrin telefon. Laju aku menjawab panggilannya.

"Hello, Arlenne ?" Seru Dr. Ethan.

"Dr, tolong saya." Aku berbisik perlahan dengan suara yang bergetar. Takut jika lelaki itu dapat mengetahui keberadaannya.

"Awak ada dekat apartment ke ? Tunggu saya, I'm on my way." Dapat aku dengar suara Dr. Ethan memberi arahan.

"Saya takut," ucap aku perlahan.

"Don't be scared and stay on the phone, okay ?" Dr. Ethan cuba menenangkan aku.

Belum sempat aku menjawab, pintu bilik stor dibuka kasar dari luar. "I found you, little girl," ucap lelaki tersebut.

Sejurus itu, aku ditarik keluar. Tidak semena, telefon aku terjatuh ke atas lantai. Dengan tenaga yang ada, aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun, hanya sia-sia sahaja kerana kudratnya lebih kuat berbanding aku.

Lelaki itu berdiri tepat di belakang aku, kedua-dua tangan aku dipegang erat oleh tangan kirinya manakala tangan kanannya memegang pistol. Secara automatik, aku berdiam diri. Tersilap langkah, nyawa menjadi taruhan.

"Kan bagus kalau duduk diam macam ni dari tadi."

"Kau nak apa ?" Soal aku berani.

"You. I want you," jawabnya. "Dah lama aku perhatikan kau, I know everything about you, including your father."

"Bullshit," aku mencarut kepadanya. "Watch your mouth, little girl," lelaki itu memberi amaran.

"Remember this, little girl. You'll be mine. Now and forever," aku tersenyum sinis. Kau punya, konon.

"Jangan harap, aku bukan milik sesiapa lah, lelaki tak guna," aku terus menggigit tangan kirinya sekuat tenaga. Disebabkan itu, genggamannya terlepas. Aku melarikan diri. Lelaki itu menghalakan pistolnya ke arah aku. Dengan sekali tembakan, ia terkena pada bahu kanan aku.

"Argh !" Aku menjerit kesakitan. Aku tetap meneruskan larian. Sedang aku berlari, aku ternampak figura yang sangat dikenali.

"Dr. Ethan !" Aku memanggil kuat. Dr. Ethan memandang aku. Dengan laju, aku berlari ke arahnya. Tepat dihadapannya, aku hampir terjatuh. Mujur Dr. Ethan dapat menyambut. Terus aku ditarik ke dalam dakapannya. Aku menangis teresak-esak.

"Shh, I got you. Calm down, I'm here," ujar Dr. Ethan lembut.

"I'm sorry I'm late," rambut aku diusap perlahan. Habis basah kemeja Dr. Ethan akibat terkena air mata aku.

Beberapa minit, badan aku menjadi lemah, "Arlenne ? What's wrong ?" Soal Dr. Ethan.

"Shit, you've been shot." Dr. Ethan mencempung badan aku. "Don't close your eyes, stay awake," aku cuba bertahan daripada tertidur.

"Hay ! Kau drive," Dr. Ethan memberi arahan. "Don't close your eyes, Arlenne !"

Aku cuba bertahan namun tidak berjaya, "Arlenne ! Hay, faster !" Perlahan-lahan aku menutup mata tak menyedarkan diri.

——————————————————

Hai guys !

Lama tak update, maaf ye.

Chapter ni pendek sikit. Maaf jika ada kesalahan bahasa atau jalan cerita agak tidak teratur.

Hope you guys enjoy !

Dr. Ethan QaysΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα