DEQ 1

305 16 1
                                    

Entah ini kali ke berapa aku menguap. Mengantuk yang amat ! Inilah akibatnya tengok k-drama tengah-tengah malam , kan dah mengantuk dekat dalam kelas.

Aku meletakkan kepala di atas meja dengan mata tertutup. Bolehlah mimpi Hwang In Yeop melamar aku untuk kahwin dengan dia.

"Arlenne Ileana !"

"Oi mak kau hijau !" secara refleks aku berdiri saat nama aku dilaungkan. Semua pelajar yang berada di dalam dewan tertawa kecil.

Cis kek betul. Seronok ketawakan aku ya...

"Siapa suruh awak tidur dalam kelas saya ?!" soal pensyarah aku, Dr. Ethan.

"Maafkan saya, Dr..." ucap aku seraya menundukkan kepala sedikit.

"Last warning. If you sleep again in my class, I'll punish you. " Ugut Dr. Ethan.

Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Tak berani aku nak melawan cakap Dr. Ethan, muka beku 24 jam. Duduk bawah matahari pun tak cair-cair.

Dr. Ethan bin aku tak tahu. Dah dua tahun dia mengajar dekat universiti ni. Dari mula dia mengajar sehingga sekarang, langsung tiada senyuman.

Mungkin dalam mulut dia banyak emas sebab tu susah nak senyum. Walaupun Dr. Ethan ni garang macam singa, dia tetap ramai peminat, siap ada fan club lagi. Makcik yang jual karipap dekat tepi jalan tu pun join sekali.

Ramai menyangkakan bahawa Dr. Ethan ni belum kahwin. Langsung tiada cincin kahwin yang tersarung di jarinya. Girlfriend ? Tak tahulah. Dengan muka beku 24 jam, siapa je yang sanggup jadi girlfriend dia.

Tepat jam 10 pagi, kelas pun tamat tepat pada waktunya. Belum sempat aku hendak menggalas beg, nama aku dipanggil oleh Dr. Ethan. Aku memejamkan mata. Apa lah yang Dr. Ethan mahukan daripada aku ?

"Ya , Dr. ?" soal aku sambil memandang wajah tampannya. Tapi sayang, kedekut senyum.

"Don't forget to submit you assignments tomorrow morning." Pesan Dr. Ethan.

" Sebelum pukul 8 dah ada dalam pejabat saya. No excuses." Sambungnya lagi.

Aku menelan air liur kesat. Dr. Ethan memang pantang pelajar lewat hantar assignments dari masa yang ditetapkan. Dia bukan sahaja berkata-kata dengan ugutan tapi dia tetap menepati apa yang dikatakannya.

"Itu je ke ?" soal aku. Dr. Ethan mengangguk. Aku menundukkan kepala sedikit sebelum keluar dari dewan kuliah.

Setelah aku menapak keluar, aku menghembus nafas lega. Fuh ! Seram betul bila berdua dengan Dr. Ethan ni, rasa tercabut jantung.

"Hai Lenne. " tegur seseorang dari belakang.

"Yow." Jawabku sambil menoleh ke empunya suara itu.

"Jom pergi kafe, aku laparlah." ajaknya.

Azrel. Satu-satunya kawan lelaki aku yang paling rapat dengan aku. Dari zaman sekolah menengah lagi kami berkawan rapat. Aku sendiri tak sangka Azrel belajar di universiti yang sama. Kononnya nak bagi surprise bagai. Rupanya-rupanya sama universiti dengan aku. Mahu menggila aku dibuatnya.

"Kau belanja." ujarku sambil mengjungkit kening beberapa kali.

Memang dari tadi lagi aku terbayang nasi lemak di kafe. Makcik Kiah punya nasi lemak memang lain daripada yang lain. Baru terbayang dah buat aku terliur. Aku harap Makcik Kiah tak santau aku lah sampai buatkan aku gila bayang dekat nasi lemak dia.

Tak ada lah, aku gurau je.

"Untuk kau semua boleh."

Tanpa membuang masa, aku membuka langkah menghala ke kafeteria meninggalkan Azrel keseorangan diri. Dia dah biasa kena tinggal dengan aku, jadi biarkan dia.

Pelajar yang berada di kafeteria ni tak ada lah ramai sangat, mungkin masih ada kelas lagi atau makan dekat luar universiti. Banyak duit boleh lah makan luar, aku ni duit belanja tak sampai RM10 pun.

Kenalah jimat. Kalau tidak, siapa yang nak bayar bil air dengan bil api selain aku kan ? Kalau ada sugar daddy tak apalah juga, nak beli satu rumah banglo pun boleh.

"Kau diet ke apa ?" soal Azrel memandang aku keliru.

"Aku diet ? Lambat lagi, Rel." Aku menuding diri sendiri.

"Tak payah lah kau diet, aku tengok kau kurus kering macam tak cukup vitamin je. Kau makan berapa kali sehari ?"

"Mula dah perangai abang-abang dia." Aku mengomel perlahan.

"Aku dengar Lenne, aku dengar."

Aku buat-buat tidak dengar. Nasi lemak yang ada di depanku dimasukkan ke dalam mulut. Azrel mengeluh perlahan, mungkin dah give up tentang hal itu.

Setelah 15 minit, aku berjalan menuju ke dewan kuliah untuk kelas seterusnya. Azrel pula nak pergi dating katanya. Haih, untunglah ada buah hati. Siapa la yang nak dekat aku yang selekeh ni, baju pun dari bundle je.

Sedang aku berjalan, badanku dilanggar seseorang yang keras bagaikan batu. Aku memejam mata apabila punggung aku mahu mencium lantai. Kenapa tak rasa sakit ni?

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata. Kelihatan sepasang mata berwarna coklat memandang tepat ke mata aku. Dr. Ethan ! Tangannya merangkul erat pinggang aku.

Hensem betul pensyarah aku ni. Muka beku pun nampak lagi hensem.

Aku tersentak apabila Dr. Ethan berdehem. Dia melepaskan rangkulan di pinggang aku setelah aku berdiri seperti sediakala. Aku menggosok baju untuk kurangkan kedutan.

"Terima ka..." Belum sempat aku menghabiskan ucapan, Dr. Ethan memotong percakapan aku.

"Tolong peka dengan sekeliling awak. Nanti esok lusa gajah depan mata awak pun tak perasan."

Aku memandang Dr. Ethan terkebil-kebil. Perli aku ke apa ?

"Sebelum tu, orang tua-tua cakap tak elok menyampuk percakapan orang. Saya minta maaf atas kecuaian saya ya, Dr. Ethan. Saya pergi dulu, bye bye."

Aku mengukirkan senyuman dan terus meninggalkan Dr. Ethan tanpa menunggu balasan darinya. Geram pula aku dengan Dr. Ethan ni. Dah terlanggar nak buat macam mana, takkan nak meraung macam orang gila dekat situ pula.

Dengan seikhlas hati aku nak ucap terima kasih, boleh pula dia potong percakapan aku. Dasar mamat beku ! Menyakitkan hati betul !

Tamat sahaja kelas, aku bergegas keluar. Aku bekerja di kafe yang tidak jauh dari apartmen aku. Sejak awal sem lagi aku mula bekerja untuk menyara diri aku dan juga yuran universiti. Takkan nak harapkan biasiswa je kan ?

Aku hidup sebatang kara semenjak kematian ibu bapa aku semasa aku berumur 18 tahun dan merupakan anak tunggal. Atuk dan nenek telah menghadap ilahi semasa aku kecil lagi. Arwah ibu dan ayah aku juga sama seperti aku, anak tunggal.

Aku melepaskan keluhan setiap kali melihat kemesraan keluarga orang lain. Kenapa aku tak dapat rasai semua itu?

Perlahan aku meraup wajah dan beristighfar di dalam hati.

Kata ustazah, kita tak boleh mengeluh dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Sampai sahaja di apartmen, aku terus membersihkan diri. Kemudian aku bersiap-siap untuk pergi ke kafe. Setelah puas dengan penampilan aku, aku mengambil tote bag yang tergantung di belakang pintu bilik dan terus keluar dari apartmen selepas mengunci pintu.

Inilah rutin kehidupan aku. Belajar, siapkan assignments dan kerja. Kawan aku hanya Azrel seorang saja, tak ada orang lain. Pekerja-pekerja di kafe pun setakat tegur yang berkaitan dengan kafe.

Nak sembang dengan mereka memang susah. Semua terlalu serius melakukan pekerjaan. Cubalah senyum sikit semasa bekerja, sejuk mata pelanggan memandang. Mana tahu tiba-tiba jumpa jodoh.

Mana lah tahu kan.

Dr. Ethan QaysWhere stories live. Discover now