DEQ 5

245 12 2
                                    

Keluar sahaja daripada bilik itu terlopong besar mulut aku. Besar betul rumah ni ! Tak sangka dapat jejakkan kaki dalam rumah sebesar ini walaupun nyawa hampir melayang.  

Ruang yang diterangi dengan lampu. Reka bentuk yang elegan dan mewah seperti dalam istana, sangat cantik. Sedang aku menikmati keindahan mansion, derapan tapak kaki kedengaran. 

Apabila aku menoleh terdapat seorang lelaki tidak dikenali yang berwajah dingin memandang tepat ke arah aku. 

"Who are you ?" Tersentak aku mendengar suaranya. Lebih garau, namun langsung tiada kelembutan dalamnya. 

"Are you a spy ?" Sekali lagi lelaki itu bertanya apabila aku tidak menjawab soalannya. 

"Eh bukan !" Laju aku menafikan. Muka punya cantik macam ni dia kata spy ! Sorry sikit eh !

"Liar. Tell the truth." Lelaki dihadapanku melangkah perlahan ke arah aku. Nak main kejar-kejar ke apa ?

"Tak baik tau fitnah saya, dosa besar tau ! Tak takut dosa ke haa ?!" Aku mengundur ke belakang. Kenapalah dengan orang lelaki ni ? Sikit-sikit nak kedepan, buat penat aku je mengundur. Nanti tak undur ke belakang dapat hadiah percuma pula. 

"Do I care ?" Lelaki itu berhenti melangkah. 

"Entah." Aku mengjungkit bahu. Manalah aku nak tahu dia kisah ke tak. Apa benda lah mamat ni. 

"Lucas." Suara yang amat dikenali memanggil lelaki dihadapanku ini. Pantas lelaki itu menoleh ke empunya suara. Manakala aku hanya memandang lelaki yang bernama Lucas.  

Nama dia Lucas rupanya. Nama sedap tapi sayang...mamat beku version 2, sama macam Dr. Ethan. 

"Ti avevo detto di portarlo di sotto." Ujar Dr. Ethan senada. (Aku suruh kau bawa dia turun bawah.)

Aku mengerutkan kening tanda tidak faham. Cuba lah cakap bahasa Inggeris atau bahasa melayu, faham lah juga apa yang dia cakap. Nak juga cakap dengan bahasa Itali dia. 

"Lei è bellissima." Lucas menoleh ke arah aku. ( Dia cantik.) 

"Ileana." Aku memandang Dr. Ethan. 

"Apa ?" soalku. 

"Nak makan ke tak ?" soal Dr. Ethan kembali. 

"Tak nak lah." Jawab aku bersahaja.

"Why ?" soal Dr. Ethan.

"Tiba-tiba saya rasa kenyang bila tengok muka Lucas." Lucas memandang aku tanpa riak. Ceh, hati batu betul ! Dah bagi pickupline pun muka macam kerang. 

Tiba-tiba Dr. Ethan telah berdiri di antara aku dan Lucas, menghalang aku daripada memandang Lucas. 

"Dr. ni dah kenapa ?" soal aku tidak puas hati. 

Lengan kiri aku ditarik mengikuti langkahnya. Ish ! Sikit-sikit nak tarik. Ingat aku ni tali ke ? Cemburu la tu aku tak bagi pickupline. 

"Aduhai, Dr. ! Kaki saya luka lah !" 

Serta merta langkahnya terhenti. Aku menahan pedih yang menyengat di kaki. Dr. beku ni buat-buat lupa ke yang kaki aku sakit. Ketuk dengan selipar RM2 aku baru nak berfungsi dengan baik agaknya. 

"Saya tahulah Dr. Ethan tak sabar nak bunuh saya. Janganlah heret saya macam anak patung pula." Bebel aku. Muka tidak puas hati aku tayangkan padanya. 

Tanpa berkata apa-apa, Dr. Ethan terus mencempung aku membuatkan aku terjerit kecil. Secara refleks aku melingkarkan tanganku ke lehernya. Nanti aku jatuh, siapa nak sambut ? 

Dr. Ethan QaysWhere stories live. Discover now