"Balik hari."

   Aqil tertawa sinis. "Kasar. Shouldn't have asked."

   "Pack your things too. Ayah Hero nak buka meja bulat. Suruh Hero kemas barang dia sekali. Pukul 4 pagi nanti gerak pergi airport."

   "Seriously?" Soal Hero dan Aqil serentak. Kepala Hero dah menjenguk dalam bilik Iman. Aqil pun dah terduduk tegak atas katil macam spring.

   "Yes."

   Ringkas, tetapi cukup untuk buat si adik-adik mengeluh panjang.

   "Nanti-nanti je lah pack." Aqil berbaring semula.

   "Bukan antum kata tak nak tangguh-tangguh kerja dah ke? Atau ana yang silap dengar rayuan seseorang insan tadi?" Iman sengaja menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

   "Aku beli je lah baju baru nanti. Balik sehari je, apa nak kecoh." Kini, Hero pula yang hidup stress-free.

   "Aqil?"

   Aqil menutup muka dengan bantal. Baring semula. Bunyi dengkuran sengaja dibuat-buat.

   Iman menggeleng.

   Tanpa banyak songeh, Iman terus mengatur langkah ke bilik Aqil. Bajunya dilipat oleh Iman sebelum dimasukkan ke luggage polo milik Aqil.

   Patah je balik kat bilik dia semula, Aqil sudah pun lena. Beg luggage diturunkan. Perlahan-lahan Iman cuba nak zip beg tanpa kejutkan Aqil.

   Sudah lengkap semua, dia tutup lampu dan melangkah ke ruang tamu.

   "Hero, tidur," arah Iman lagak seperti seorang abang kepada adik bongsunya. Padahal jarak umur Iman dan Hero tiga bulan sahaja. Dengan Aqil, sebulan. Umur sama sahaja. Tetapi matangnya tahap dewa kalau nak dibandingkan dengan Aqil dan Hero.

   "Alah, satgi lah," rengek Hero. "Awal lagi ni." Jam ditilik.

   2.34 a.m.

   "Pandai tengok jam ke tak?"

   Hero toleh, merenung jam dinding lama. Mata dikecilkan.

   Jam jarum.

   "Tak reti," jawab Hero mudah. Mata kembali tertancap pada skrin televisyen yang menayangkan filem Barbie: the Princess and the Popstar.

   "Malas aku nak kira jarum dia berhenti kat mana. Juling mata tenung lama-lama." Cermin mata ditanggalkan. Iman mencekak pinggang.

   "Pukul 3.30 nanti ana tengok antum masih terbongkang atas katil, ana berhenti bayar Netflix. Biar antum tak boleh marathon barbie." Sepantas kilat remote diraih. Punat off ditekan lalu televisyen pun ditutup.

   Dengan tak kemas saki baki makanan dia, Hero terus bergegas masuk ke dalam bilik. Pintu dikatup rapat.

   Iman tercengang.

   "DAH SIAPA PULA NAK KEMAS BEKAS SISA KAU MAKAN NI SEMUA, HERO? AKU NI KULI ENGKAU ORANG BERDUA KE, HUH?!"

   Dah kata, baru nak jadi abang mithali, ada je kegagalan.

•••

Hero meregangkan badannya serenggang-renggangnya. Kalau boleh, gaya nak tarik sama macam Elastic Girl dari filem 'The Incredibles'. Stretchy.

   16 jam dalam kapal terbang mana tak lenguh satu badan.

   "Iman!" Panggil seorang bapa yang sudah dimamah abad. Iman menoleh.

BLIND DATE [OG]Where stories live. Discover now