Gopal: Tukaran Tanah Getah!!

Tanah di hadapan mereka bertukar menjadi getah. Raksasa ketam tak dapat mengekalkan keseimbangan mereka disebabkan tanah yang tak sekata dan terjatuh. BoBoiBoy berlari ke arah mereka dan gunakan kuasa elemental.

BoBoiBoy: BoBoiBoy Kuasa Tiga!!

Simbol elemen tanah,angin dan petir muncul di hadapannya. BoBoiBoy berlari ke arah simbol elemen dan dia berpecah kepada tiga.

Gempa: Tangan Tanah!! Ombak Tanah!

Gempa menghentam tanah dan ombak tanah yang besar terhasil dan menimbus ketam di hadapannya. Taufan terbang ke udara dengan hoverboard dan serang dari atas.

Taufan: Puasaran Taufan Maksima!!

Pusaran angin yang kuat terhasil. Ketam raksasa disedut masuk ke dalam pusaran angin dan Halilintar menyerang dengan pedangnya.

Halilintar: Libasan Pedang Halilintar!!

Setiap libasannya menghasilkan percikan kilat yang kuat dan merenjat ketam lain di bawah. Selepas itu,dia mendarat dan satukan pedangnya menjadi tombak.

Halilintar: Tusukan Tombak Halilintar!

Serangannya menghapuskan hampir beberapa ratus ekor ketam. Semua ketam yang terkena serangannya jadi hangus.

Gempa: Jaga-jaga!

Halilintar: Ha!?

Raksasa ketam mengelilingi Halilintar,menghalang dia dari mara ke hadapan. Tetapi...

Yaya: Apungan Graviti!!

Yaya apungkan ketam yang mengelilingi Halilintar ke udara. Tangannya diselubungi aura graviti yang dia bentukkan menjadi sarung tangan tinju dan tumbuk semua ketam.

Yaya: Tumbukan Tinju Graviti!!

Semua ketam yang ditumbuk Yaya pecah cengkerangnya dan jatuh ke tanah. Gopal kumpulkan ketam yang jatuh ke tanah untuk dia masak dan makan.

Gopal: Heheheh.. tak sabarnya aku nak makan korang!

Ying: Gopal! Belakang kau!

Ada ketam menuju ke arahnya dengan sepit yang tajam. Ia tangkap Gopal dengan sepitnya tapi...

Gopal: Tukaran Badan Emas!!

Gopal mengubah badan menjadi emas,menjadikan dia berat dan ketam tu tak larat nak angkat dia. Fang berlari ke arah ketam tu dan ikat dengan bayang.

Fang: Jari Jemari Bayang!!

Gopal lepaskan diri dan Fang angkat ketam tu dan hentam ketam lain. Dia kemudian baling ketam tu ke udara dan Yaya tumbuk ketam tu melanggar ketam yang lain.

Fang: Rimba Bayang!!!

Haiwan bayang keluar dari bayang-bayang Fang dan menyerang raksasa ketam. Fang tunggang beruang bayang dan tarik Gopal naik dan duduk di belakangnya. Dia hasilkan machine gun bayang dan berikan pada Gopal.

Gopal: Wah! Senapang bayang! Hebat!!

Fang: Buka laluan untuk BoBoiBoy cepat!

Gopal: Baiklah! Tembakkan Machine Gun Molekul!!

Gopal menembak raksasa ketam secara rawak,menjadikan suasana pertarungan agak kelam-kabut.

Lily berada di rumah tumpangan bersama pengembara lain. Mereka mengambil barang yang boleh dibawa dan bersedia untuk lari bersama penduduk bandar.

Gill: Cepat sikit!! Nanti kita tertinggal pulak!!

Lond juga mengemas barang dia secepat mungkin. Dia keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Dia nampak Lily yang duduk di tepi tangga seorang diri bersama Magus Sniping Rifle dan beg berisi posyen dan kristal.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now