Chapter 15 : Memories Okager part 2

Start from the beginning
                                    

Bbb tarik nafas dan hembus semula. "Itu... Tiada apa aku boleh tolong untuk cari cara kita minta bantuan dari kawan2 aku atau keluarga kau?",tanya Bbb kelihatan nervous.

Helen dan Naeva terdiam. Mereka tak respons dan hanya melihat Bbb membuat dia lagi nervous lagi.

"Itu... Kami tak pasti. Tapi, abang Helen sedang menguasai teleportasi yg dia guna sebelum ni masalahnya..."

"Masalahnya?"

"Hah, setiap kali aku cuba gunakan teleport, dinding di sekeliling yang sembunyikan kita ni akan jadi lemah dan mudah ditembusi musuh. Hari tu saja, aku hampir berjaya dinding tu hampir hilang.

Dan disebabkan itu aku terpaksa kuatkannya semula dan Sage keluar untuk tarik perhatian mereka supaya tidak dapat tangkap aku. Sudahlah waktu tu aku masih lemah sebab guna terlalu banyak tenaga dan kuasa. Jadi, itu memang peluang yg baik bagi mereka", jelas Helen serius.

Gasp.

"Jadi, sebab itu Sage ada di sana?"

Helen angguk kepala. Bbb mengeluh dan tunduk ke bawah melihat rumput yang beralun sebab angin. Bbb genggam baju jubah biru gelap milik Helen itu dengan erat sebab sejuk.

"Kalau dinding ni hilang... Mereka akan terus dapat kesan kita?"

"Ya, kerana mereka tahu abang Helen ada di sini jadi mereka sentiasa perhatikan tempat ni tunggu kita keluar. Hah, abang Bbb dgn abang Helen akan dalam bahaya sekiranya dinding ni hilang.

Kita mungkin boleh lawan mereka tapi aku tak pasti pasal ketua mereka sebab... Mereka tidak pernah dikalahkan...", jelas Naeva pulak. Dia kelihatan serius tadi lepas tu kelihatan risau dan takut.

Helen dan Bbb terdiam dan tunduk ke bawah semula. "Aku pernah dengar mereka hampir dikalahkan sebelum ni tapi... Wira yang hampir berjaya kalahkan mereka tu... Mati... Sewaktu berlawan dengan Keres", sambung Helen serius.

Bbb makin genggam tangannya. Dia jadi gementar sedikit bukan sebab sejuk tapi takut. Beberapa hari ni, dia selalu mimpi buruk.

Tapi, setiap kali Helen dan Naeva tanya dia tak mahu bagitau dan mereka dua pun tak mahu paksa dia jadi mereka tunggu hingga Bbb bersedia beritahu mereka.

"Bbb? Kau okay?"

"Abang Bbb muka kau nampak pucat"

Bbb angkat sedikit muka melihat Helen dan Naeva kelihatan risau. Dia angkat hood milik jubah dia pakai tu tutup kepalanya dan tunduk ke bawah.

Helen dan Naeva saling memandang dengan tatapan risau.

"Aku..."

Mereka dua pandang Bbb balik apabila dengar dia cakap.

"Aku... Takut..."

Helen dan Naeva diam dan tunggu Bbb habis cakap dengan muka serius. Bbb terus peluk kedua-dua kakinya dan letak dagunya di lututnya.

Mereka tak nampak wajahnya tapi mereka tahu Bbb kelihatan ketakutan sebab mereka boleh nampak badan dia bergetar.

"Mimpi... Mimpi buruk aku alami selama ni... Ia terasa betul... Aku tak mahu beritahu korang dua pasal ni sebab aku tak mahu buat korang risau lagi tapi... Aku..."

"Bbb... Kau tahukan kami akan selalu dengar masalah kau. Kami tahu kau ni jenis tak suka cerita kat orang tentang masalah kau hadapi. Tapi, kau perlu beritahu kami juga. Kau nampak ketakutan... Adakah mimpi tu... Berkaitan dengan aku?"

Bbb terdiam dan hanya kuatkan lagi pelukannya di kedua kakinya.

"Sebab tu kau takut dan risau nak beritahu kami? Sebab mimpi buruk tu ada aku... Kau nampak sesuatu berlaku kepada aku bukan?", tanya Helen lagi.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now