🌷 LJH ¦ Craving

Start from the beginning
                                    

Terkedek kedek keluar sambil menangis teresak esak

"hiks hiks!"

"Aduhhh! Merajuk pulak si mak buyung nii!" Naik dua tangan Hyunjae menggaru kepala. Mahu tertanggal kulit kepala kerana garu terlalu kuat

"Anak aku jugak yang dia fitnah... Haih... Nasib sayang"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*


Soojin's Side

Sekeping roti diambil lalu menyapukan mentega kaca di atasnya sebelum dikapitkan dengan roti lain

Bau mentega kacang itu dihidu terlebih dahulu kemudian dibawa ke mulut

Belum sempat dia hendak menggigit, ada tangan lain yang menghalang

"Kau nak bunuh diri ke?! Kau tu alergi kacang!" Tak semena mena dia ditempik Hyunjae yang muncul tiba tiba

Soojin pandang Hyunjae dengan muka sedih. Air mata sekali lagi bergenang di kelopak mata. Tak tunggu masa, empangan air mata Soojin pecah buat sekian kalinya

"S-semua benda tak boleh! Itu tak boleh, ini tak boleh! Asyik kena marah je!" Amuk Soojin

Hyunjae kekal tenang. Bukan sekali dua perkara ini berlaku. Tetapi sudah kerap. Hyunjae sendiri sudah bersedia

Bungkusan makanan yang dibeli tadi di letak atas meja

Kemudian, tubuh Soojin ditarik hingga masuk ke dalam dakapan. Tidak peduli walau Soojin meronta ronta untuk dilepaskan, dia peluk Soojin seerat yang boleh

"Awak tak sayang saya! hiks! Lepaslah!"

Belakang badan Soojin ditepuk tepuk perlahan. Cuba menenangkan Soojin

"Aku marah bukan saja saja. Aku risau. Sejak kau mengandung ni, semua benda bahaya kau nak cuba. Aku takut jadi apa apa dekat kau dengan baby. I'm sorry" Sedikit sebanyak hati Soojin terpujuk

Tangisan dia mula reda. Perlahan dia mengangguk

Hyunjae leraikan pelukan. Air mata Soojin dikesat menggunakan tangan sambil tersenyum kecil

Sejak sejak Soojin mengandung, pipi dia makin berisi. Mahu saja dia menggigit pipi Soojin. Tapi risau akibatnya dihukum Soojin supaya tidur di luar rumah

"Aku dah belikan mcflurry kau dengan burger" Lembut tangan Soojin digenggam. Menarik gadis itu supaya duduk di kerusi meja makan

"Banyaknya... Saya mintak aiskrim je"

"Kau cakap baby yang nak aiskrim,kan? Bukan kau. Aiskrim untuk baby, burger untuk baby aku lagi sorang ni" Sempat pipi Soojin dicubit lembut

Dinding pipi digigit Soojin. Menahan diri daripada tersenyum. Suka mendengar Hyunjae memanggilnya baby

Bungkusan makanan ditarik kearahnya sambil senyum lebar. Bercahaya mata Soojin tatkala melihat aiskrim yang dimahukan

"Ngehehe~ Thank you~ Sorry sebab awak terpaksa pergi mekdi tengah pagi" Hyunjae senyum sambil mengusap rambut Soojin

"Asalkan kau bahagia. Dah makan"

"Awak ni... tak boleh ke lembut lembut dengan saya?"

Satu masalah selesai. Masalah lain pula timbul

"Apa pulak kali ni?"

"Awaklah! Aku kau dengan saya. Ingat kita kawan ke? Saya tahulah awak ni mafia. Tapi sayakan isteri? Cuba lembut sikit bahasa tu? Nanti anak terikut panggil kita aku kau macam mana?" Soojin buat memek muka marah

Layankan saja perangai Soojin. Tak mahu melawan. Tak tidur malam ni nanti dibuatnya

"Yelah. Apa apa yang awak nak"

"Eheheheee! Saya nak panggil awak baby la lepas ni"

"Kau ni memang suka eh tengok aku kena bahan nanti? Baby? Malu kau tahu? Dekat mana nak sorok muka?"

"OH MALU?! MALU SAYA PANGGIL AWAK BABY??"

"T-tak tak sayang... baby gurau je..."

▲▲▲

🍁; Entahlah nyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Entahlah nyah

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now