🌷 LJY ¦ Innocently

Start from the beginning
                                    

Daripada jauh Yoonha melihat Juyeon duduk bercangkung di hadapan kanak kanak lelaki itu. Pipi gebu Baemin dicubit Juyeon manja

"Pulak mamat ni buat apa??" Yoonha menepuk dahi

"Nama siapa?"

"Baemin..."

"Baemin memang suka main sorang sorang dekat sini?"

"Eung... Eomma Baemin tak sampai lagi"

"Ohh... Tak takut sorang sorang?"

"Takut... tapi hyung handsome dah datang. Baemin tak takut dah"

"Hyung handsome?"

"Eung! Hyung nampak baik"

"Aigoo aigoo~"

Baemin didukung. Secara automatik posisi duduk Yoonha berubah

Ingatkan Juyeon akan dukung Baemin lalu berlari masuk ke dalam van. Rupanya tidak

Dibawa ke gelongsor dan bermain permainan di taman itu bersama sama

Ceria dan polos sahaja wajah Juyeon. Seronok melayan kanak kanak. Langsung tak tahu bahawa ada manusia yang sedang menyumpah seranah diri dia dalam van

"Nappeun saekki! Kau ni nak jadi penculik ke baby sitter? Apasal pulak kau pergi main dengan budak tak guna tu?! Aish! Syibal!" Hambur Yoonha sekuat yang boleh

Meroyan di dalam van hingga bergoyang kenderaan pacuan empat roda tersebut

>>> 1 Hour Later >>>

" Terima kasih sebab temankan anak saya"

Juyeon tersenyum

"Sama sama. Saya pergi dulu. Baeminie~! Annyeong~" Baemin tersenyum mesra. Tangan kerdil Baemin melambai Juyeon

"Annyeonghaseyo hyung handsomee~!"

Tertawa kecil Juyeon dibuatnya dengan gelagat comel Baemin. Mahu sahaja dia gomol gomol kanak kanak itu hingga puas

Tak mahu berlama lama di situ, Juyeon kembali ke van dengan senyuman dan bertangan kosong

Langsung tak terfikir habuan yang akan diterima sejejak dia masuk ke dalam van tersebut

Pintu van dibuka

Terpapar Yoonha yang sudah membaringkan kerusi pemandunya. Sebelah tangan terletak pada dahi. Mata terbuka pandang ke siling van

Merenung masa depan gelapnya teramat pasrah

Juyeon tak membuka mulut. Masuk dahulu lalu menutup pintu

"Kau kenapa?" Soal Juyeon

"Kenapa kau tanya? Hahahaha... Hahaha... Juyeon kau ni sumpah kelakar. Tak payah jadi penculiklah. Jadi pelawak" Juyeon berkerut. Tahu itu cuma sindiran

"Kau ingat tak, motif kau keluar pergi dekat budak tadi?" Soal Yoonha

Juyeon diam seketika. Memikir jawapan buat beberapa saat

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now