🌷 KVM ¦ Lost Soul pt 2

Comincia dall'inizio
                                    

Beberapa jam mereka berada di dalam ruang tersebut

Sudah puas dengan piano, Kevin beransur pada alat musik lain pula

Minju setia bersama Kevin. Menyokong Kevin dengan apa sahaja. Hinggalah saatnya dia puas bermain

"What's next?" Soal Minju

Kevin menjungkitkan bahu tanda dia tak tahu

"Apa yang kau selalu makan masa birthday kau?"

"Pumpkin pie" Jawab Kevin tanpa berfikir. Senyuman dia melebar apabila mengingati makanan kegemarannya itu

Tetapi tidak lama kemudian, senyuman itu beransur pudar. Pelik Minju melihat reaksi tersebut

"Kenapa sedih?"

"Hantu mana boleh makan" Jawab Kevin

Ketawa Minju dibuatnya

"Siapa cakap tak boleh?" Kening Kevin terjungkit sedikit

"Can we...?"

"Of course! Dah jom!"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Thanks, Minju. Buat pertama kali lepas aku mati, aku gembira"

Telah banyak tempat Minju membawa Kevin untuk meraikan harinya. Menakutkan orang, merasuk, makan apa yang dia mahu dan melihat apa yang Kevin mahu. Segala galanya telah Minju tunaikan

Minju tersengih

"You're welcome. Tapi. Ada lagi satu benda yang kita kena buat. Ini yang terakhir untuk hari ini" Kata Minju

"Buat apa?"

"Revenge" Sebut Minju sepatah. Sempat menangkap reaksi Kevin yang sedikit berkerut

Sebelum Kevin membuka mulut, tangan lelaki itu digapai. Merentap kuat tangan Kevin hingga dia mengikut langkah Minju

Lantas, secara mengejut mereka sudah berada di hadapan sebuah rumah yang ditinggalkan di dalam hutan

"Tempat apa ni?" Soal Kevin pelik. Minju tersenyum penuh misteri

"Rumah penyebab kau mati sebelum dia" Setelah kata kata itu diungkap. Reaksi Kevin terus berubah

Dipandang rumah itu marah

Minju tersenyum puas. Bahu Kevin disentuh sebelum mendekatkan wajah pada telinga Kevin

"Hantui dia, Kevin. Buat dia rasa merana macam apa yang kau rasa" Bisik Minju. Menghasut Kevin sambil menghembuskan sesuatu pada telinga Kevin

Serta merta mata Kevin bertukar merah. Dendam kesumat mula mengawal dirinya

Sekelip mata Kevin hilang daripada berdiri di sebelah Minju

"Haih... Rasanya... dia tak perlukan aku untuk masuk campur kut? Pandai pandailah dia settle sendiri" Gumam Minju memeluk tubuh berdiri di hadapan pintu rumah tersebut. Membiarkan Kevin di dalam

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora