Ch21: Drago Rex Deomena

Comenzar desde el principio
                                    

Deomena: *nod* Saya sebenarnya nak tahu,siapa yang buat orang bawahan saya takut sampai menggigil macam tu sekali? Saya rasa bukan kamu berdua.

Yaya: "Habislah kau BoBoiBoy...."

Deomena: Di mana kawan-kawan kamu yang lain?

Ying: Mereka ada di rumah tumpangan. Nak saya panggil mereka?

Deomena: Hm....boleh juga. Beritahu mereka,saya tunggu di hutan.

Yaya: Baiklah.

Deomena keluar dan tunggu mereka di hutan.

SKIP TIME

Gopal: Tidak!!! Aku tak nak!!

Gopal tak nak keluar bilik sebaik saja dia dengar ada Drago Rex nak jumpa. BoBoiBoy dan Fang terpaksa heret Gopal dengan akar menjalar.

Gopal: Aku tak nak! Aku tak nak! Aku tak nak mati! Aku masih belum kahwin!!

Ying: Eish! Apa kau merepek ni?! Mau jumpa orang saja ma! Itu pun kau kecoh ka?!

Gopal: Dia tu naga! Aku tak kisah,aku tak nak!!

BoBoiBoy: Marilah Gopal...!!!

Fang: Entahnya! Bukannya kau buat apa pun dalam bilik tu!!

Lond berada di sebalik tong kayu, memerhatikan mereka sambil dia menulis laporan.

Mereka kini berada di hutan selepas Yaya apungkan Gopal dengan kuasa graviti. Mereka tercari-cari di mana Deomena berada.

Yaya: Mana dia? Katanya nak jumpat kat sini.

BoBoiBoy: Dia ada cakap tak hutan mana dia nak tunggu kita?

Ying: Tak....

Gopal: Kenapa korang tak tanya!? Lagi satu,aku nak balik!!

BoBoiBoy: Mungkin kita kena panggil dia...?

Deomena: Tak perlu.

Deomena muncul dari belakang pokok. Mereka berdiri rapat, berjaga-jaga dengannya. Gopal pulak terus ternganga sebaik saja dia nampak Deomena.

Gopal: 😍

Fang: Aku tampar dia pakai kasut aku nanti...

Deomena: Saya harap saya tak takutkan kamu semua.

BoBoiBoy: Tak apa. Kami tak takut pun.

Deomena: Baguslah. Saya Deomena, salah satu Drago Rex yang tinggal di Lembah Naga. Kamu berlima ni....

BoBoiBoy: Kami cuma pengembara biasa saja.

Deomena: Pengembara biasa??

Fang: *facepalm* Kenapa kau ni...

Ying: Ada apa kau nak jumpa kami?

Deomena: Saya tertanya-tanya,siapa manusia yang boleh takutkan orang bawahan saya sampai macam tu sekali?

Mereka berempat memandang BoBoiBoy yang tundukkan topi sebab malu.

Gopal: Kau lah ni....

Deomena: Saya agak terkejut,ada manusia lain selain Dragon Butcher yang boleh buat begitu.

Yaya: Erm....siapa Dragon Butcher yang kau cakap ni?

Deomena: Kamu semua tak tahu?

BBB,G,F,Y,Y: *geleng kepala*

Deomena: Dragon Butcher adalah pengembara dari Rivanoa yang memilik magik untuk hapuskan bangsa naga. Sasaran utama dia,naga.

Gopal: Kenapa dia sasarkan naga?

Deomena: Ada sejarah hitam yang hanya segelintir pihak saja tahu. Saya sendiri tak berani nak bertembung dengannya.

Fang: Dragon Butcher.....dia pengembara rank apa?

Deomena: Hm....seingat saya....dia pengembara rank-SS.

Gopal: RANK-SS!?!!!

Deomena: Ya. Dia antara pengembara paling kuat pernah ada di seluruh dunia.

Yaya: Tapi....kita semua rank-S. Macam mana ada rank lagi tinggi dari kita?

Gopal: Dey! Korang tak tahu ke?! Rank-SS atas dari rank-S tapi rank-SSS lagi tinggi! Rank-SSS dikira masalah dunia tahu tak?!

Deomena: Betul. Setakat ni,dunia tak pernah alami bencana rank-SSS sejak ratusan ribu tahun lamanya. Rank-SSS juga dianggap lagenda oleh kebanyakan orang disebabkan tiada ancaman yang sama.

BoBoiBoy: Kau ni rank apa?

Deomena: Saya tak pasti. Mungkin rank-S atau rank-SS.

Gopal: *gulp* Menakutkan...

Deomena: Ketepikan dulu hal tu. Saya datang sebab saya nak lihat dengan mata saya sendiri,sekuat mana kamu berlima.

Mata Deomena berubah menjadi mata naga. Dia pandang mereka berlima dan periksa kekuatan mereka.

Deomena: !!?

Deomena kelihatan terkejut melihat kekuatan mereka. Dia dapat lihat kuasa yang tidak terkira kuatnya dari mereka semua,tapi dia lagi takut dengan BoBoiBoy.

Deomena: Macam mana....tak mungkin...

Yaya: Kenapa ni? Kau okey ke?

Deomena: Eh? Ah,saya okey. Cuma...

Deomena tak berani bertentang mata dengan BoBoiBoy jadi dia pandang tempat lain.

Deomena: Fuu....nampaknya kamu berlima sangat kuat. Patutlah kawan kamu boleh takutkan orang bawahan saya dengan sekali pandang.

BoBoiBoy: *blush sebab malu*

Fang: Apa yang kau nampak dari kami? Kau tak nampak apa-apa yang pelik kan?

Deomena: Tak. Saya cuma nampak mana kamu semua. Kosong.

Ying: Eh? Kosong?

Deomena: Ya. Kapasiti mana kamu semua kosong tapi ada benda lain yang berikan kamu kuasa.

Gopal: "Alamak! Dia dah tahu tentang identiti kita ke?!?!?!"

Deomena: Jujur saya cakap,ini kali pertama saya jumpa manusia macam kamu semua. Aneh,tapi unik.

Deomena pegang ekor dia dan cabut sisik dia dan berikan pada mereka.

Deomena: Saya berikan kamu semua sisik ekor saya. Anggaplah ia sebagai hadiah untuk pertemuan pertama kita.

Yaya: Oh...er....terima kasih?

Selepas Deomena berikan mereka semua sisik dia,dia terbang pergi dari situ. Mereka memandang sisik putih yang berkilat di tangan mereka.

Gopal: Korang fikir apa yang aku fikir?

Yaya: Tak.

Gopal: Masalah dah semakin melarat.

Fang: Apa kita nak buat dengan sisik ni?

BoBoiBoy: Gopal,kau tahu apa-apa tentang sisik naga?

Gopal: Bergantung. Boleh jadi sisik ni bahan penting dalam pembuatan senjata,hiasan berharga,konduktor yang sangat baik,apa saja mungkin dengan sisik naga ni.

Ying: Hm....apa jadi kalau kita buat senjata dengan sisik naga ni?

BoBoiBoy: Boleh jugak. Fang.

Fang: Yelah.

Fang keluarkan bahan-bahan yang dia dapat dari raksasa yang dia kalahkan yang dia simpan dalam (Storage System).

Fang: Gigi taring Bloody Tiger,tulang kaki Stone Peacock dan....

Fang keluarkan cebisan kulit yang tebal dan keras. Gopal teliti cebisan kulit itu dan terkejut.

Gopal: *loud gasp* Fang,kau...!!

Fang: Ya Gopal. Ya....

Gopal menepuk bahu Fang seperti dia kehilangan sesuatu yang berharga baginya.

Y&Y: "Dah kenapa mereka berdua ni?"

Fang keluarkan tukul dan letak sisik naga bersama bahan-bahan tadi dan pedang besi dia beli di kedai. Dia ketuk tukul dan gabungkan semuanya menjadi satu.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Donde viven las historias. Descúbrelo ahora