𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

Elaine menghempas tubuhnya di atas katil empuk itu, dia kesal dengan tindakan Ayden yang hanya ambil sambil lewa di atas perbuatanya. Terasa menyesal hadir makan malam bersama jejaka itu.

 Terasa menyesal hadir makan malam bersama jejaka itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah Ayden lemah saat memasuki ke dalam rumah. Dia kesal telah membuat gadis itu marah. Niatnya mahu berbaik tetapi lain pula jadinya. Itu lah orang kata jangan ingat orang yang selalu diam ni orang yang lemah. Sekali dia meluah, kita boleh terdiam seribu bahasa.

Walau apa pun dia akan usaha lagi untuk perbaiki hubungannya dengan si gadis petir.

"Abang Dede, how's your date?" Adlene menyergah abang.

"Ayden pergi date?" Puan Sofea pandang pelik.

"Mummy tak lama lagi akan terima menantu." Usik Adlene, Ayden masik tidak beriak.

"Just... Just forget it Wina. Dia benci abang. Sorry mummy daddy, Ayden naik atas dulu." Dia berlalu pergi dengan wajah kesal.

"Wina, kenapa ni?" Hazran yang baru sahaja pulang pelik melihat mereka saling berpandangan.

"Ayden baru balik dari makan malam bersama Elaine tetapi wajah dia macam orang putus cinta." Beritahu Adlene.

Hazran terus berlari mendapat kan sepupunya.

Tok!

Tok!

"Ayden, kenapa ni?" Dia mengambil tempat di sebelah Ayden.

"Haz, aku jahat sangat ke?"

"Jahat tu memang ada tetapi kenapa ni? Cuba kau jelaskan pada aku."

"Aku cuba untuk berbaik dengan Dahlia tetapi semuanya hancur. Dia tak boleh terima aku." Dia meraup wajah kesal dengan apa yang terjadi tadi.

"Apa yang dia buat pada kau?"

"Dia luahkan segalanya. Aku kejam Haz. Kejam dengan orang sebaik dia."

Hazran memeluk tubuh Ayden seeratnya. Dia dapat merasai jejaka itu telah menyesal dengan perbuatannya terhadap Elaine.

"Ayden, hati perempuan ni keras. Dia perlukan masa dan bukan semua kau boleh ucap dengan kata maaf. Kadang-kadang kau perlu bukti kan yang kau benar menyesal diatas perbuatan kau. Aku harap kau sabar. Ambil hati dia semula kalau betul kau ikhlas ingin berbaik dengan dia." Pesan Hazran.

Di sebalik wajah tenang Hazran terdetik perasaan sayang pada Elaine. Jika Haura tiada memang dia nekad mahu mengambil Elaine sebagai suri hidupnya. Hanya Elaine dan Haura yang memahaminya. Kini Haura kembali, dia harus melindungi hubungan nya. Dia berharap Allah menjaga hatinya dan Haura supaya tidak berbolak balik.

Ayden kembali tenang. Dia meminta Hazran untuk keluar dan dia juga perlukan masa untuk sembuh dari semua ini. Sepanjang umurnya tidak pernah seorang wanita pun berani meluahkan seperti yang Elaine buat. Gadis itu begitu berani melepaskan perasaan yang selama ini dia pendam.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now