bab 9

256 27 0
                                    


Masa berlalu dengan cepat. Tengok-tengok je dah minggu terakhir sekolah untuk pelajar tingkatan 1 hingga 4. Serta ini merupakan minggu terakhir sebelum peperiksaan SPM bermula.

Di dalam kelas 5 Einstein, Asad kelihatan fokus mengulangkaji pelajaran bersama beberapa rakan sekelasnya. Pada minggu terakhir ini, guru-guru mata pelajaran tidak masuk ke kelas untuk memberi peluang kepada para pelajar mengulang kaji mata pelajaran dengan sendiri. Asad giat bertanya soalan kepada rakannya yang pintar dalam mata pelajaran Sejarah. Setiap soalan yang tidak diketahui cara untuk menjawab akan dia soal dan penerangan yang diberikan didengari olehnya dengan teliti.

Siap sahaja satu set soalan, dia akan beralih ke set soalan yang lain pula. Ketika waktu rehat pula dia akan tetap berada dalam kelas ataupun belajar di perpustakaan. Kantin sekolah sudah jarang dia kunjungi.

Tok. Tok. Tok.

Keempat-empat mereka yang leka belajar tersentak. Kepala dipalingkan ke arah pintu kelas yang diketuk tadi.

Maryam bersama Mawar dengan sengihan di bibir sedang melihat mereka. "Yes?" Salah seorang daripada rakan Asad menegur.

Maryam pandang si abang yang buat-buat tak tahu. "Nak ajak abang rehat." Kata Maryam tanpa selindung. Laju sahaja Asad pandang Maryam dengan kedua-dua biji matanya terjegil.

Tiga pasang mata pandang Asad lama apabila lelaki itu tidak memberi sebarang balasan. Si rakan menyenggol bahu dia, "pergilah tu adik kau ajak tu." Ujar si rakan.

Dua rakannya yang lain turut mengangguk setuju. "Kau belajar pun belajar jugak, tapi makan jangan lupa. Aku tengok dah dua hari kau tak pergi kantin. Asyik duduk dalam kelas je. Nanti kau takde tenaga, apa yang kau belajar pun tak masuk ke otak. Sia-sia je. Kau nak?" Rakannya sudah membebel panjang. Asad pasrah. Dia tak lapar pun. Hati dia tak tenang bila tinggalkan buku walaupun sekejap. Rasa macam dia akan lupa apa yang dia belajar.

Tubuh Asad ditolak agar bangun dari duduk. "Pergi makan dengan adik kau. Kalau kau tak nak, aku suap kau." Ugut rakannya pula.

Asad mengeluh. Buku-buku dikemas rapi di atas meja. "Yelah yelah." Dia mengalah. Tidak mahulah dia kena bebel lama-lama. Baik dia ikutkan saja apa yang disuruh.

Maryam dan Mawar sudah bersorak di luar kerana berjaya juga agenda mereka untuk mengajak Asad makan setelah dua hari berturut-turut tidak berjaya. Asad tersenyum nipis sambil menggeleng kepala perlahan. Mawar dan Maryam, sama-sama masuk air.

"Jom abang!" Beriringan mereka mengorak langkah menuju ke kantin.

Makanan dibeli oleh Maryam untuk Asad kerana kalau diikutkan kepala si abang, mesti dia duduk tercongok sahaja teman mereka makan.

Asad mengeluh lagi. Dia baru sahaja nak keluarkan flashcard dari poket seluar sebelum si adik letak sebungkus nasi lemak depan dia bersama sudu dan garfu.

Di rumah jarang nampak Asad makan bersama kerana abangnya itu terlalu sibuk belajar dan mengulang kaji pelajaran. Mereka sebenarnya juga dah lama tak berborak sama-sama. Asad seakan-akan berada dalam dunia asing. Tanpa dia dan ibu.

Walaupun Maryam rasa macam sunyi disebabkan Asad tu je satu-satunya abang dia dan satu-satunya adik beradik yang dia ada, dia cuba untuk faham keadaan si abang. Nak SPM dah kan, mestilah rasa nervous dan rasa macam tak cukup lagi belajar. Maryam faham, sebab dia nampak struggle abang dia tu.

"Makan tau abang. Biar ada tenaga nak study." Pesan si adik sambil membuka bungkusan nasi lemaknya. Mawar yang sedang mengunyah bihun gorengnya juga turut mengangguk kepala mengiakan.

"Betul tu. Kalau tak makan nanti takde tenaga. Nanti boleh pengsan. Bila dah pengsan tak boleh nak belajar. Bila tak belajar nanti tak tenang. Jadi kena lah makan." Tambah Mawar pula. Kini Maryam pula yang mengangguk-anggukkan kepalanya setuju.

Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now