Sepanjang hari Maryam dan Asad tidak bercakap. Asad merasa malu saat membaca apa yang dihantar oleh Maryam. Perasaan serba-salah menekan dirinya. Dia jadi takut. Sepanjang hari juga dia tidak keluar dari biliknya walaupun telah dipanggil oleh si ibu untuk turun makan.

Malam yang sunyi. Sekadar ditemani remang malam yang sayup-sayup disuluh cahaya bulan.

Seorang lelaki di tikar sejadahnya sedang teresak-esak menangis. Tangannya ditadahkan tinggi menghadap langit. Benar-benar meminta. Benar-benar memohon. Dengan getaran suaranya yang bergema segenap ruang bilik.

"Ya Allah.." luluh ingin menyebut nama Tuhan. Perasaan serba-salah benar-benar membuatkan dia takut.

"Ya Allah, Ya Rabb yang Maha Esa. Aku Asad Irfan," air mata mengalir. Romanya meremang. "Kau yang Maha Mengetahui, Ya Rabb. Aku hamba-Mu yang lalai dan leka." Mata yang basah dengan air mata dikerdipkan. Maka turunlah lagi mutiara jernih membasahi pipi.

"Ya Allah. Perasaan ini terlalu aku puja sehingga melebihi cinta pada Engkau yang Maha Pengasih." Asad tertunduk malu. Bahunya terhinggut-hinggut dengan tangisan yang tidak ingin berhenti. Sesaknya dada memikirkan kelalaiannya.

"Ampunkan aku ya Rabb. Maafkan aku. Jangan biarkan aku terleka lagi aku mohon pada Mu."

"Kembalikanlah aku semula pada jalan yang Engkau reda ya Rabb. Aku mohon pada Mu jangan tinggalkan aku bergelumang dalam kelalaian." Perit untuk dia menelan satu hakikat bahawa dia telah terleka dan melebih-lebih dalam menyukai sekuntum bunga.

"Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, terima kasih atas perasaan yang kau kurniakan kepada aku, namun aku hamba-Mu yang lemah. Perasaan ini telah aku puja, maka Kau ambillah semula rasa ini Ya Rabb." Air mata dikesat pada bajunya kendatipun sungai air matanya masih mengalir deras. Dadanya terasa perit setiap kali mengucapkan kata-kata.

"Cukuplah Engkau bagiku Ya Allah. Kembalikanlah aku ke jalan Mu. Bimbinglah aku kerana aku tidak kuat untuk menjalani ujian ini tanpa bimbingan Mu Ya Tuhan."

"Aku merayu pada Mu. Lepaskanlah rasa cinta dalam diri aku pada dia sekiranya ini bukan yang Engkau reda. Aku rela Ya Allah." Selawat dan Tahmid dibaca sebelum tangannya diraupkan ke wajah.

Kedua-dua belah tangannya menutupi muka dan dia menangis dengan esakan bagaikan anak kecil.

Malam yang bersaksikan bulan dan bintang, Asad Irfan memohon pada Tuhan agar perasaan yang melekakan itu dibuang jauh dari diri demi rasa cintanya pada Tuhan dapat diutamakan.

Malam yang bersaksikan bulan dan bintang, Asad Irfan memohon pada Tuhan agar perasaan yang melekakan itu dibuang jauh dari diri demi rasa cintanya pada Tuhan dapat diutamakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya, Maryam tunggu di depan bilik si abang. Dia ingin meminta maaf. Mungkin apa yang dia katakan semalam melampau. Mungkin dia tersalah sangka pada si abang?

Pintu dibuka dari dalam. Asad yang baru sahaja selesai mandi dan mengemas katilnya keluar dari balik untuk turun bersarapan. Namun kehadiran si adik mengejutkan dirinya.

"Adik."

Maryam pandang si abang lama. Sayu hatinya melihat mata bengkak si abang serta hidung yang memerah. Suara satu-satunya abang dia juga serak. Malu-malu hendak keluar dan berbunyi.

"Abang." Panggil si adik dengan nada prihatin. "Abang okay tak ni?"

Asad merekah senyum. Tangannya naik menepuk-nepuk perlahan kepala si adik. "Okay je."

Asad tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.

"Abang minta maaf sebab dah buat adik creepy dengan abang. Janji tak buat lagi dah." Jari kelingkingnya di bawak keluar. Senyum kecil tanda ikhlas terhias pada bibir.

Wajah Maryam bertukar sedikit muram. Betullah abangnya berkeadaan sebegini sebab apa yang dia cakap semalam. Bibirnya terjuih sedih. "Adik pun minta maaf sebab cakap melampau. Adik minta maaf sebab buat abang terasa." Tangan Asad diambil dan disalam. Jarang tangan lelaki ini disalam olehnya. Walhal, mereka dua beradik je. Selain dari ibu dan ayah, Asadlah peneman dia dari kecil. Ayah jarang pulang kerana kerja jauh di Iraq sana, jadi Asadlah orang lelaki kuat dalam rumah mereka.

"Adik, abang turun makan!" Panggil si ibu dari bawah. "Kalau kamu berdua buat perangai macam semalam ibu dah tak nak masak dah."

Maryam dan Asad saling berpandangan. Kedua-dua mereka terkekeh-kekeh ketawa. Haa kan ibu dah marah tuuu.

"Jom turun." Ajak Asad sambil menyenggol bahu si adik.

"Jom."

"Ibu nak mengadu kat ayah yang kurang buat perangai semalam. Biar ayah rotan kamu satu-satu. Berani ye kamu tak turun makan semalam. Ibu penat-penat masak. Lepasni ibu nak merajuk lah. Ibu masak untuk ibu sorang je. Kalau kamu nak makan, pandai pandai kamu lah." Bibir Puan Laura memuncung panjang. Acah-acah merajuk.

Pada hakikatnya, si ibu tahu ada pertelingkahan yang berlaku di antara anak-anaknya. Jadi bila dia melihat keadaan yang sudah jernih semula, hatinya kini kembali lapang. Tidaklah resah dan gelisah. Lebih-lebih lagi tatkala dia menyaksikan sendiri anak sulungnya yang bersungguh-sungguh menangis di tikar sejadah semalam tanpa sengaja. Hati tuanya tersentuh.

Senyuman terukir manis pada kedua-dua buah hati pengarang jantungnya.

"Dah, makan." Arah si ibu apabila meja makan mereka sudah lengkap dengan semua penghuni rumah.

Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now