𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Bắt đầu từ đầu
                                    

"Darius, ada ex bos Lia. You boleh tolong Lia tak?" Pinta si gadis lurus bendul yang tak berapa bendul dah sekarang.

"Hmm let me think!!" Eh mamat ni ada kena tibai kejap lagi ni.

"Cepat lah jangan buang masa, rehat Lia ni hanya satu jam sahaja." Pujuk Elaine.

"Baik lah putri ku intan payung." Akhirnya Darius bersetuju.

Mereka tiba di meja yang telah di pesan oleh Adlene. Elaine duduk berhadapan dengan Ayden. Mampus!

"Eh kakak bawa abang Darius juga?" Sapa Adlene.

"Sebab dia pakai kereta saya. Jadi dia kena hantar saya ke sini." Jelas Elaine tanpa memandang wajah Ayden.

Mata Ayden tidak berkelip melihat wajah polos milik Elaine Dahlia.

"Baby, you nak makan apa? You all dah order kan? Let us order the food first." Celah Darius.

"Lia makan apa yang abang order. You know me very well right?" Senyuman Elaine pada Darius membuatkan hati Ayden semakin membakar. Peluh membasahi wajahnya.

Sementara menunggu pesanan sampai Elaine memberikan teka teki pada Adlene. Sejak kebelakangan ini, Adlene dan Elaine semakin rapat, hati Ayden mula berasa tenang melihat perubahan positif adiknya.

'Senyumanmu, buat ku tersenyum malu... oh sayang ku...' teringat Ayden pada setiap lirik lagu dari kumpulan TAG yang bertajuk Hey Kamu.

"Wina, saya ada teka teki. Tarzan buat makan-makan semua binatang datang. Binatang apa yang paling lambat balik?"

"Hah lambat balik? Gajah?"

"SALAH!!"

"Kura- kura?"

"SALAH!!"

Mereka semua hampir give up dengan jawapan masing-masing, Elaine pula asyik menyatakan jawapan mereka semua salah dan tiada seorang pun betul. Senang kacang soalan ini tetapi tidak seorang pun mampu memberikan jawapan yang betul.

"Cepat tak kan tak tahu kot?" Soal Elaine dengan tenang.

Muka masing-masing sudah berkerut memikirkan jawapan.

"Okay saya tahu kakak. Jawapan dia zirafah!"

"Salah!"

"Aku tahu. Jawapan dia ulat gonggot."

"Sebab apa pakcik Oyen?"

"Sebab kena pakai kasut satu-satu." Ceh mentang-mentang dia pandai teka teki. Dia pandang kita hujung mata je. Ceh!

"Okay pakcik Oyen betul. Pandai eh main teka-teki. Not bad"

"Aku bukan pandai teka teki je. Curi hati orang pun pandai. Rawr."
Lain macam pakcik Oyen. Adlene juga turut terkejut dengan pengakuan berani mati itu.

Ada peluang ke untuk bebe Ayden?

Mereka menikmati makan tengah hari dengan hati yang berbunga-bunga. Makanan yang cukup enak dan suasana tenang di kafe itu membuatkan mereka begitu menikmati makanan yang dipesan. Suasana kafe itu di inspirasikan dengan taman yang penuh bunga dan kolam renang kecil untuk sesiapa yang mahukan outfit of the day. Boleh lah ke kafe yang terletak di tengah kota bandar raya.

 Boleh lah ke kafe yang terletak di tengah kota bandar raya

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
MY AYDEN DARHWISH [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ