𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    


Suasana malam itu begitu sunyi, hanya bertemankan bunyi kereta yang lalu lalang di kawasan jalan utama kawasan perumahan itu.

Elaine masih lagi meneruskan langkahnya untuk membeli makanan di seberang jalan.

Tiba-tiba bunyi hon yang agak kuat menyedarkan Elaine sehingga langkahnya terhenti. Aduh!! Siapa pula yang menahan ni?

"Kau nak pergi mana?" Sapa lelaki itu. Elaine menutup separuh mukanya dengan hoodie.

Elaine meneruskan langkahnya sebelum lelaki itu dapat menangkap dirinya. Kedengaran seperti enjin kereta itu di matikan. Mampus. Jadi lauk ke aku malam ni?

Dia menelan air liurnya berkali-kali. Ah lari jelah.

"Elaine Dahlia Binti Jebat Iskandar!!!" Jeritan nama penuh siap nama ayah sekali. Siapa gerangan lelaki itu. Dia cuba memalingkan tubuhnya untuk melihat siapa orang itu. Hah!

Langkahnya terus terhenti saat mendengar nama penuh di sebut dengan begitu jelas sekali. Laju kepalanya menoleh untuk melihat siapakah gerangan itu.

"Pa... Pakcik Oyen! Hish! Sorry pakcik. Errr.. T.. Tuan Ayden b.. Buat apa disini?" Sapa Elaine. Kan dah gagap mulutnya.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya lagi.

"S.. Saya lapar. Tuan Ayden dari mana?" Dia memandang sekeliling. Kosong.

"Ikut aku. Aku bawa pergi makan. Ehem! Kebetulan aku pun nak pergi makan." Ajak Ayden.

"Tak pe. Saya boleh pergi sendiri. Saya ni malang tau pakcik Oyen. Nanti pakcik Oyen terluka ke apa ke kan susah." Dia mengelak daripada ikut Ayden.

Ayden pusing dan memandu kereta sehingga berhenti di sebelah Elaine.

"Naik atau aku dukung kau!" Arahan adalah satu bantahan bagi Elaine Dahlia. Dia terus berlalu pergi. Kata-kata Ayden itu masih sedar diingatannya. Namun, keberanian yang ada hilang serta merta apabila dia bertemu dengan Ayden Darhwish. Lututnya lemah longgai. Ayden mampu membuat hatinya meronta-ronta dengan tindakannya dan di sisi lain Ayden juga mampu membuatkan hati nya remuk hancur berkecai dengan kata-katanya.

Ayden turun daripada kereta dan terus mengejar Elaine yang sudah jauh ditinggalkan.

"Oh okay. Huh! Penat. S.. Sabar. Huh!" Termengah-mengah gadis itu mencari nafas yang hilang.

"Gila ke? Orang ajak elok-elok yang sibuk nak berlari ni kenapa! Ni bukan marathon sayang." Marah Ayden laju tangan nya manrik hujung rambut Elaine.

"Pa.. Pakcik Oyen uh. Hah! Yang uh pakcik Oyen kejar saya kenapa?" Nafas nya tidak teratur.

"Penat mangkuk. Kau berhenti lah berlari. Aku ajak elok-elokkan!" Jawab Ayden.

"Pakcik oyen uh. Hah! Pakcik Oyen. S... Saya uh. Saya ada teka teki. Ikan apa bila kita panggil dia, dia stop!" Soal Elaine.

"Ikan Paus!!" Jawab nya dengan bersahaja. Hebat la konon.

Dia terus kan langkah pergi meninggalkan Ayden tetapi Ayden tidak mengalah. Dia terus mengekori langkah gadis itu.

'Kau sengaja ajak aku bersenam ke malam ni budak intern!' Ayden bermonolog sendirian sebelum membuka langkah nya lagi.

"Pakcik oyen kenapa ikut?" Soal Elaine. Dia terkejut melihat Ayden masih bersungguh-sungguh mengekorinya.

Ayden diam membisu. Dia dahaga dan penat, tetapi dia harus ikut gadis itu supaya hatinya berasa tenang melihat Elaine selamat sampai ke tempat yang dituju.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now