ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ 9

41 9 0
                                    

Sampai saja di syarikat itu kayla eleena terus keluar dari perut kereta tersebut apabila terlihat tiga orang lelaki sudah ada di luar.

"baru sampai kau" kata Ayden Eskandar dia menyuruh kayla eleena datang ke sini untuk dijadi kat pasangan sementara kerana nanti ramai orang akan cuba rapat dengan nya, tetapi melihat pakaian perempuan itu seperti PA jadi tidak apa lah.

"jom, naik sekali dengan aku" ujar Ayden Eskandar sambil tangannya membuka pintu belakang kereta Toyota Alphard 2.5 hitam milik syarikatnya itu.

Kayla eleena hanya turut lalu dia pergi ke sebelah kiri dan masuk ke dalam perut kereta itu.

Hanya bunyi radio saja di dalam kereta tersebut tiada satu pun percakapan di situ.

Setelah beberapa minit akhirnya sampai jua di dewan tersebut.

"berdiri sisi aku and ikut aku naik pentas sekali" arah Ayden Eskandar apabila melihat ke arah anak mata hazel Kayla Eleena

" o-ok" kata Kayla Eleena mata hazel terus beralih pandangan ke arah lain tidak mahu bertemu dengan mata itu.

Ayden Eskandar dan Kayla Eleena terus masuk ke dalam dewan yang mewah itu.

"nampaknya syarikat kedua terbesar dan terbesar di kuala lumpur sudah sampai!! " ujar pengacara yang berada dia atas pentas tersebut.

"berikan tepukan semua!! " kata pengacara itu lagi. Dan semua orang yang ada di dalam dewan itu, memberi tepukan.

Ayden Eskandar dan Kayla Eleena terus berjalan di atas karpet merah itu menuju ke arah pentas tersebut kayla hanya tenang berjalan dia membasahkan sedikit bibirnya dalam mask itu.

Sampai saja di atas pentas Ayden Eskandar berucap.

"thankyou to all of you who are willing to come here, thankyou so much. Saya harap korang semua enjoy and have fun." ucap Ayden Eskandar tenang lalu dia menunduk sedikit, dia memandang sedikit di sebelahnya itu terlihat lah Kayla Eleena yang tenang di sebelahnya itu.

"terima kasih atas ucapan encik Ayden Eskandar, berikan tepukan gemuruh kepada Encik Ayden Eskandar." dengan itu semua yang berada di situ bertepuk tangan sehingga didengari luar dewan

"ok Encik Ayden Eskandar boleh mengambil tempat silakan" kata pengacara kuat pada micnya itu dan tangannya seperti memberi ruang untuk Ayden eskandar dan Kayla eleena turun.

Tetapi baru saja mereka berdua ingin turun, pintu yang tidak jauh dari situ dibuka oleh seseorang dari luar semua orang di situ memandang ke arah pintu tersebut hairan mereka siapa yang belum datang memandangkan semua ketua basar syarikat telah ada di sini kecuali....

THE EVELLYN HOLDING!!

terbuka saja pintu itu, terserlah lah sorang jejaka berambut hitam itu yang berada di hadapan sekali manakala di sisi kiri dan kanan terdapat dua pasangan. 5sekawan itu berjalan menuju ke arah pentas, tidak dinafi kan 5sekawan itu menarik perhatian semua orang dengan kejayaan mereka, kecantikan mereka dan ketampanan mereka terutama sekali black yang mempunyai aura tersendiri.

"wow menarik, syarikat ketiga terbesar dan terkaya di kuala lumpur telah datang beri tepukan semua!!" kata pengacara itu apabila melihat 5sekawan tersebut berhadapan dangan Ayden Eskandar yang mahu turun dari pentas tersebut.

Black melihat ke dalam anak mata Ayden eskandar sama juga seperti Ayden eskandar yang hanya mambalas tetapan tersebut.

Daniel dan bella yang berada di sebelah kiri black, mereka merenung ke arah kayla eleena yang diam itu, mereka seperti kenal perempuan itu.

" N-niel kau kenal k-kan? " bisik bella perlahan seperti tahu siapa di sebelah Ayden itu. perempuan tu adalah Kie!

" k-kau pon kenal j-jugak ke." bisik kembali Daniel dia juga dapat meneka siapa perempuan itu.

𝐎𝐆 | Kayla Milik SidiaWhere stories live. Discover now