𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

Dia membuka langkah untuk memulakan peperangan dengan wanita itu. Kaki Emma di tolak kemas keluar supaya wanita itu terduduk seperti melutut. Manakala tangan kiri Emma di pulas melawan arah jam. Siap! Jatuh tersungkur menghadap beta.

Dia langsung tidak memikirkan keadaan Emma ketika itu walaupun berbaju singkat dan ketat, Elaine tidak peduli. Apa yang dia tahu dia benci pada wanita itu dan wanita itu harus menerima balasan yang setimpal. Nasib menyebelahi Emma kerana dia masih waras jika tidak mungkin Emma sudah terluka. Itu baru sedikit sahaja teknik yang dia lakukan terhadap wanita itu.

'Ini sudah melebih. Silap orang kau cari pasal ni perempuan.' ? Bisik hati Elaine. Suaranya langsung tidak mengaduh kesakitan.

Hanya dengan satu langkah, wanita itu terus melutut di hadapan Elaine. Kau silap sotong kurita.

"Arghhh.. To... Tolong I. Sakit la bodoh. Sakit!!! Arghh."

"Habis rambut aku lah setan. Lepas!!" Elaine menarik tangan Emma dari terus menerus menarik rambutnya.

"Aku report pada Ayden, kau buat aku macam ni!!"

"Arghh.. Lepaskan!!!! Woi yang lain tu tak kan tengok je?"

Suara nyaring wanita itu bergema di dalam pejabat itu. Elaine tidak mengendah kan kata-kata Emma. Wanita murah seperti ini bukan lawannya. Dah alang-alang Elaine mengerjakan wanita ini, apa kata kita habiskan terus.

"Yang lain kalau berani maju kedepan, siapa yang berani maju, dia akan terima balasan yang sama. Amacam? Ada berani?" Cabar Elaine.

Semua pekerja yang melihat insiden itu terus membuka langkah ke belakang dan terus pulang ke tempat masing-masing. Berlari semua seperti nampak hantu.

"Makcik, let me tell you something. Tuan Ayden tak suka pada makcik tau. Dan untuk pengetahuan makcik, Puan Sofea nak satukan kami berdua. FAHAM!!! Jadi makcik boleh be...ram..bus!!!!" Dia menolak tubuh Emma kebelakang. Tergolek dog dia di penjuru.

Macam mana ada gaya macam Jackie Chan tak?

"Elaine sudah lah!! Nanti Ayden datang kau yang kena!" Tegah Hazran.

"Woi budak intern! Lepas kan cik Emma lah!!" halang pekerja itu.

"Kau selangkah maju ke depan, habis nyawa kau aku kerja kan." Amaran diberikan. Namun siapa sangka Emma masih tidak berpuas hati. Dia tetap melangkah ke hadapan untuk menyerang Elaine.

"Cukup!!!" Suara yang tidak asing di telinga Elaine. Suara itu juga lah yang sering menengking dan menghinanya di khalayak ramai.

"Baby!!! You tengok ni staff you kurang ajar dengan I. Sakit tau rambut I ni dia tarik tadi." Emma mengadu kesakitan yang di alami lalu memeluk lengan sasa Ayden. Dia juga tidak menyangka Elaine mampu melawan si sotong kurita itu.

'Biar betul budak intern ni kerjakan si sotong ni? Hebat! Luar biasa.' Teruja Ayden melihat adegan itu.

"Aku dah cakap kan jangan datang pejabat aku! Kau sedar tak yang kita tiada apa-apa hubungan lagi. Apa yang kau susah nak faham!" Jelingan tepat pada Elaine yang masih lagi tunduk.

'Kau tunggu budka intern. Kali ni bukan aku yang hukum kau tetapi bos besar yang akan menilai kau.' Bisik hati Ayden.

Emma tidak boleh menerima penolakan Ayden ketika itu. Dendamnnya belum terbalas apabila dia mendapati bahwa gadis itu adalah gadis yang sama cuba merampas Ayden 5 tahun lalu di panggung wayang. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now