🌷 LJH ¦ Pillow Confession

Start from the beginning
                                    

Tidak sempat Hyunjae hendak menyambung, Minyoung terus memanjat katil Hyunjae sebelum masuk ke dalam gebar tebal katil itu

"Eh?? Suka hati kau je! Dah tu aku nak tidur mana?" Minyoung tersengih sambil menepuk bantal di sebelahnya

"Katil ni besar. Aku ni bukannya gajah. Tidur laaa sinii~" Hyunjae tergelak sinis mendengar kata kata Minyoung

Macam bukan dia saja yang mahukan bilik berasingan kerana tak mahu tidur dan duduk sebilik

"Cakap jela kau nak manja manja dengan aku. Apa susah?" Gumam Hyunjae sebelum baring di sebelah Minyoung. Mengekalkan jarak antara mereka berdua

"Jauh sikit. Tak pasal pasal berjangkit dengan kau pulak" Makin dilarang makin dibuat

Jarak yang jauh dirapatkan. Lalu, tangan naik melingkari dada Hyunjae. Kaki pula ditindih pada tubuh lelaki itu. Haba daripada tubuh Minyoung yang panas dapat dirasai Hyunjae

Mengeluh berat Hyunjae dibuatnya. Nampak saja tidak suka. Dalam hati sudah tersenyum lebar

Tak boleh hendak menepis. Hampir terbiasa dengan perangai Minyoung yang satu ini. Setiap kali dia demam, mood 100% berubah manja

"Aku nak bagitahu kau sesuatu ni" Ujar Minyoung

"Hm?"

"Aku dah putus dengan boyfriend aku tu" Mata Hyunjae sedikit terbuka. Agak terkejut dengan berita itu

Bukannya dia tidak tahu isterinya itu ada kekasih lain. Tapi dia biarkan sahaja memandangkan perkahwinan mereka bukannya diatas kerelaan masing masing

Hyunjae dan Minyoung kawan rapat sudah lama. Ibu bapa mereka yang menyuruh untuk mereka berkahwin walaupun perasaan masing masing tidak pernah lebih daripada seorang kawan

Dan Hyunjae tahu, Minyoung dan bekas kekasihnya saling mencintai satu sama lain hinggakan ramai yang berfikir mereka berdua pasangan secocok

"Tiba tiba? Kau dengan dia bukan dah lama ke? Ni dah macam kes Hyuna dengan Dawn tau?" Minyoung berdecit

"Kenapa putus? Dia curang?"

"Bukan dia. Aku yang curang" Makin terbeliak mata Hyunjae. Nyaris saja terkeluar biji mata

"Eh kejap" Daripada terlentang, Hyunjae mengiringkan tubuh menghadap Minyoung. Selesakan diri sebelum mendengar penjelasan

"Ha. Tumpahkan teh itu sekarang. Kau curang dengan siapa? Handsome tak dia? Aku kenal tak?" Soal Hyunjae lagak seperti perempuan yang tidak sabar mendengar gosip daripada rakannya semasa 'girl sleepover night'

Minyoung tersenyum kecil sebelum mengangguk

"Handsome. Kau kenal dia"

"Siapa?"

"Kau" Ujar Minyoung sepatah

Satu patah perkataan yang berkuasa hingga dapat membuatkan Hyunjae terdiam. Mata dikelipkan beberapa kali sebelum wajahnya berubah seperti baru saja dapat memproses kata kata Minyoung

Hyunjae tertawa sinis

"Heh. Baru sekarang kau nak terima aku ke? Lepas berbulan kita kawin?" Kening dijungkitkan sekilas. Minyoung terus mencebik

"Alah kenapa? Aku terlambat dah ke? Kau dah ada orang lain?"

"Bukan terlambat sikit. Terlambat banyak. Aku tunggu lama kau tahu tak? Apa yang lama sangat kau nak suka aku ni?" Makin mencebik Minyoung dibuatnya

Pelukan longgar dileraikan

"Hm... Tak apalah..." Minyoung bangkit daripada baring

"Nak pergi mana?"

"Tidur bilik akulah. Aku taknak jadi perampas orang yang dah dapat kau dulu. Yelah. Aku kan dah terlambat?" Ujarnya terasa kecewa sambil berdiri di hujung katil

"Aku tak cakap pun aku ada orang lain. Jangan mengada nak tidur bilik sana. Baring atas katil aku sekarang" Arah Hyunjae dengan tegas

Minyoung menoleh kearah Hyunjae

"Tak ada orang lain?" Soal Minyoung. Hyunjae menggeleng kepala

"Baring sini" Arah Hyunjae lagi sekali sambil menepuk tempat pembaringan Minyoung tadi

Minyoung menurut perintah. Baring di sebelah Hyunjae lalu meletakkan tangan dan kaki di posisi yang sama seperti tadi

"Cakaplah bagi habis. Otak aku ni dahla tengah under construction. Pening kau tahu? Lembab nak fikir apa kau cakap..." Bebel Minyoung sambil muncung bibir

Hyunjae tergelak. Wajah Minyoung dielus lembut. Rambut Minyoung yang menutup pandangan diselak ke belakang

"Sekarang, kau aku punya" Ujar Hyunjae sebelum melabuhkan satu kucupan pada dahi Minyoung

Cop hak milik kekal

Minyoung tersenyum lebar

"Kau sanggup buat apa apa untuk aku, kan?"

"Kau tak perasan? Semua benda aku buat untuk kau" Minyoung mengangguk

"Ya aku sedar. Nak mintak something boleh?"

"What?"

"Nak bela ular boleh? Yang macam Kevin punya tu"

"Tak boleh" Minyoung mencebik

"Alahh bukannya ada bisa punnn!! Nak ularr!"

"Itulah aku cakap jangan spend time dengan Kevin lama sangat. Ular tak boleh. Benda lain boleh"

"Kalau hedgehog? Yang Soobin punya tu"

"Kau ni takde haiwan comel comel ke teringin nak bela?"

"Hedgehog tu comellahh! Tadi kata ular je tak boleh!"

"Dah Minyoung tidur. Ni kalau lama lama, mintak bela biawak pulak. Cukuplah aku bela kau sorang. Nak tambah lagi binatang buas"

"Binatang kau panggil aku?!"

"Shuh shuh, tidur. Kau salah dengar tu. Orang demam memang kuat halusinasi"

▲▲▲

🍁; Maaf menghilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Maaf menghilang. Jaehyun culik saya kejap sebab dia kata dia suka kat saya

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now