𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

"Bro, budak mentah macam ni lah bagus. Kena jaga elok-elok sepaya tak bebas macam adik kau tu. Rupa dia ni macam aku pernah tengok lah." Ryqal teringat akan sesuatu saat melihat wajah manis Elaine Dahlia.

"Sudah lah. Semua perempuan kau cakap pernah tengok semua." Setepek kena pada Ryqal.

"Kau nak tahu tak Qal, buaya apa yang tidak tinggal dalam air?" Soal cepumas oleh Ayden membuatkan Ryqal hilang kata.

"Kau nak cakap aku kan? Buaya darat kan? Siot kau kawan tak guna." Ryqal menumbuk bahu Ayden.

Hari pertama di syarikat itu bagaikan seribu tahun dia rasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari pertama di syarikat itu bagaikan seribu tahun dia rasa. Bila tiba waktu makan tengah hari, Elaine orang pertama yang bangun dan berlalu pergi. Dia meninggalkan sahabatnya di pejabat. Hatinya tidak kuat untuk menghadap pekerja di pejabat itu. Dia mencari surau di dalam bangunan itu tetapi tidak jumpa sehingga dia terjumpa satu bilik di tingkat bawah di kawasan lobby. Bilik itu agak tersorok di penjuru.

"Bilik apa ni? Surau ke?" Pintu bilik itu terkuak besar. Gelap. Sunyi.

"Ehem!! Kau nak pergi mana?" Seorang lelaki yang berbadan tegap sedang berdiri di belakangnya.

"Er... ini bilik apa? Saya sedang mencari surau. Tingkat berapa ya?" Elaine menyoal bertubi-tubi. Dia hanya memandang tubuh lelaki itu sahaja kerana dia terlalu tinggi untuk dilihat.

"Bilik ni bilik rahsia. Bukan orang sembarangan boleh masuk tetapi kalau kau mahu masuk, mari aku bawa!" Ujar lelaki itu. Perasaan ingin tahu itu membuak-buak dalam diri Elaine.

"ELAINE DAHLIA!!!" Suara husky yang menyergah suasana sunyi itu dan menyedarkan Elaine dari terus mengikut lelaki yang tidak dikenali itu. Lelaki itu mendengus kasar.

Ish mamat ni orang jahat ke? Muka dah la bengis. Pakcik hot lagi handsome.

Saat dia berpaling semula ke arah bilik itu, lelaki yang berbadan tegap tadi hilang dari pandangannya.

'Aik mana mamat tadi? Dia takut pada pakcik hot ke?'

"Pakcik bos!!! Haaa. Pakcik hot. Eh silap. Tuan Ayden... S... Siapa lelaki itu?" Sapa Elaine. Selamba sahaja memanggil Ayden dengan panggilan 'pakcik hot'. Terkedek-kedek dia berjalan ke arah Ayden di hujung jalan itu.

"Kau buat apa di sana?" Dia langsung tidak memandang wajah Elaine. Matanya melihat sekeliling bangunan itu.

"Sa.. Saya cari surau. Di mana surau? Sudah masuk waktu saya nak solat. Tapi itulah saya tidak jumpa suraunya." Jelas Elaine. Matanya melilau mencari disetiap sudut ruang yang ada di bangunan itu.

"Ikut aku!" Elaine diam tanpa kata dan dia hanya menurut gerak langkah Ayden sehingga mereka tiba di satu tingkat. Pintu itu jelas menunjukkan tanda surau wanita dan lelaki yang bersebelahan dengan tandas.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now