𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

"Kalau kamu bertiga perlukan apa-apa boleh cari kami di meja hujung sana ya." Dia menunjuk ke arah sana dengan jarinya.

"Dahlia, minum air ni sikit. You nervous sangat ke ni? Ke Haz buat jahat pada you?" Soal Puan Sofea.

"Eh aunty ni Haz elok je tolong pegang tangan ni. Dia tu takut dengan 'bakal bos' dia tu." Jelas Hazran sambil menunjukkan tangannya yang masih menggenggang kekura tangannya.

Elaine terus melepaskan tangannya dari genggaman Hazran. "A.. Aku dah okay. Thanks!" ucapnya perlahan.

"Minta maaf Puan Sofea dan Tuan Zack, Tuan Ayden sudah tunggu di bilik mesyuarat. Boleh saya bawa mereka bertiga ke sana?" Abby mencelah di dalam perbualan Tuan Zack dan Puan Sofea.

Masing-masing mengangguk laju.

"Weh kain aler! Kau cakap Ayden tu sepupu kau kan? Dia bos di sini ke?" Hazran mengangguk laju.

"Asal kau takut ke? Elaine Dahlia pernah rasa takut ke? Ke takut terjatuh cinta dengan bos kau? Ingat mulut aku masin!" Bukan membantu menenangkan jiwa yang resah malah di usik berkali-kali pula.

"Asal kau takut ke? Elaine Dahlia pernah rasa takut ke? Ke takut terjatuh cinta dengan bos kau? Ingat mulut aku masin!" Bukan membantu menenangkan jiwa yang resah malah di usik berkali-kali pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika mereka bertiga melangkah masuk ke dalam, ada seorang wanita yang agak muda berada di sisi Tuan Ayden Darhwish. Siapakah wanita itu? Wajah Tuan Ayden itu sendiri masih tidak jelas kerana dia sedang menyelak maklumat peribadi pelajar itu.

"Welcome to AD Pacific Sdn Bhd kepada para pelajar sekalian. Ini senarai tugasan kamu bertiga bermula hari ini. Kenalkan saya Abby Riana pembantu peribadi Tuan Ayden Darhwish selaku orang yang akan bertanggung jawab atas tugasan awak semua..." Dia menghulurkan senaskah buku dan senarai tugasan kepada para pelajar dan terus menyambung taklimatnya sebelum dia ke agenda seterusnya.

"Jadi jika ada di antara kamu bertiga perlukan apa-apa atau ada soalan boleh terus berjumpa dengan saya. Tempat kerja awak semua saya sudah disediakan. Selepas taklimat bersama Tuan Ayden, saya akan tunjukkan tempat masing-masing. Itu sahaja dari saya..." Panjang lebar penjelasan Abby kepada para pelajar itu.

"Baik lah. Sekarang saya perkenalkan ini dia bos awak semua, Tuan Ayden Darhwish bin Zack Fakri. Segala tugasan kamu akan dinilai oleh Tuan Ayden sendiri. Jadi untuk mengelak kan daripada berlaku yang tidak diingini sila baca semua yang telah tersedia di dalam fail itu." Pesan Abby dan kemudian dia memberi laluan kepada Ayden untuk memberi ucapan sepatah dua kata kepada para pelajar.

Elaine masih leka dengan lamunannya. Matanya masih memandang tubuh sasa dihadapannya itu.

'Siapa dia ni eh? Aku pernah jumpa ke? Elok ke muka dia tu eh? Ke... Ke dia . Ish tak mungkin..' Dia bermonolog sendirian didalam dunianya. Pandangannya hampir menembusi kertas yang sedang di lihat oleh Ayden.

"Ehem!!! Yang hujung tu berangan apa?? Tolong fokus! Saya ada di depan kamu boleh berangan eh?" Terus tersentak Elaine dibuatnya. Dia terus memandang ke arah suara yang menyedarkan dia dari lamunan terhenti itu. Mata mereka bertemu saat pandangan tidak di sengajakan itu berlaku.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now