BAB 13

21.5K 759 12
                                    

Aiqish terjaga pada pukul 5 pagi. Dia cuba bangun untuk ke bilik air tetapi ada sesuatu yang menghalang pergerakannya itu. Rupa-rupanya sang suami sedang memeluk erat pinggang si Aiqish itu.

'Kenapa aku tak pernah terfikir yang dia akan jadi suami aku ? Orang yang pernah membuatku malu di universiti 2 tahun yang lepas. Bagiku ianya adalah satu pengalaman yang amat memalukan.'

Aiqish cuba mengalihkan tangan si suami tetapi lain pulak yang jadi. Tengku Airil lagi mengeratkan pelukan sambil berkata " sayang , nak pergi mana ?"

"Saya nak bersiap untuk solat subuh lah. Tolong alihkan tangan awak ni sekarang." Kata Aiqish kepada si suami.

"Bagi abang peluk pinggang sayang 5 minit je." Kata tengku Airil dalam keadaan mamai.

Aiqish pun mengalah kerana kalau dia memaksa pun suaminya itu takkan lepaskan pinggangnya itu. 'Dimanakah sifat garang Tengku Airil dahalu ?' kata Aiqish di dalam hati.


Majlis persandingan yang diadakan di Hotel Majestic disambut dengan sungguh meriah . Tema yang menjadi pilihan Aiqish ialah winter theme.

Aiqish memilih winter sebab dia seorang yang suka kepada kebiruan.

Aiqish dengan persalinan kebiruan yang ditaburi batu swarvoski dan Tengku Airil pula memakai tuxedo yang berwana biru pekat. Kedua mempelai itu sungguh cantik .

"Sayang cantik hari ni ." bisik Tengku Airil


"Saya memang sentiasa cantik so awak tak payah nak mengingatkan saya tentang kecantikkan saya itu ." balas Aiqish .

"Saya tahu awak memang cantik sebab tu abang pilih sayang jadi isteri abang." bisik tengku Airil lagi.

"Boleh tak awak diam? Dekat atas pelamin ni pun nak berbisik dengan saya ke ?" kata Aiqish dalam nada yang marah.

"Ye , patik diam wahai tuan puteri" kata tengku airil.


Selepas bersanding, kedua mempelai pergi menyapa tetamu yang datang. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang seksi , datang menyapa Tengku Airil.

" Hai , Ril." Tegur si  perempuan.

Airil yang tengah berborak dengan rakan baiknya iaitu Syed Danial Asyraff terus menoleh apabila ada seorang wanita yang menyapanya.

"Hai." Balas Tengku Airil.

"You tak kenal i ke ?" kata si perempuan sambil menjeling Aiqish yang sedang memeluk erat lengan suaminya.

" Siapa ye ? Maaf , saya tak ingat" jawab tengku airil.

" Sayalah Puteri Quraisya binti Megat Ismail. You punye classmate waktu study kat Amsterdam. You ingat tak?" kata Quraisya

"Owh , saya dah ingat . Wah , makin cantik awak sekarang." Kata Tengku Airil

Aiqish yang mendengar terus mencubit lengan si suami. Isteri ade kat sebelah pun boleh siap puji-puji lagi.

"Auch, sakitlah yang. Janganlah cubit-cubit abang" kata tengku airil.

"Ehem, I kena pergi dulu. I harap dapat jumpa you lagi" kata Quraisya sambil menjeling tajam ke arah Aiqish.

'Siaplah kau perempuan, kau takkan pernah dapat Airil sebab Airil tu milik aku seorang. Aku akan pastikan Airil tu jadi milik aku selepas ni.' Bisik hati Quraisya.


*****

Siapakah Quraisya ? Adakah Quraisya hanya classmate Tengku Airil semata-mata? Apakah yang ingin dilakukan oleh Quraisya untuk merampas Tengku Airil daripada Aiqish ?


Comment dan vote untuk bab ini jikalau ingin membaca bab seterusnya.Comment dan vote

para pembaca amat saya nantikan.

Suamiku pembuli !!Where stories live. Discover now