BAB 1

34.2K 907 12
                                    

     Pada keesokan paginya Aiqish menyapu halaman rumah yang banyak dengan rumput-rumput yang kering. Semasa Aiqish menyapu , Aiqish terdengar deruan motosikal datang menghampiri halaman rumahnya.

Aiqish  menyandarkan penyapu lidi di bawah pokok rambutan yang ada dihalaman rumah. Aiqish pun melangkah mendekati posmen itu. Di dalam hati Aiqish telah terdetik 'mesti bil-bil yang patut dibayar pada bulan ini .' Ketika berada di hadapan lelaki itu , Aiqish pun berkata " bang , bagi saya jelah semua surat tu . "

Apabila posmen itu beredar , Aiqish kembali duduk di pangkin yang berada di bawah pokok rambutan itu . Ketika Aiqish  melihat surat-surat itu , Aiqish ternampak satu sampul surat dari pihak Universiti . Hatinya berdebar-debar ketika membuka sampul surat itu .

Sesudahnya Aiqish membaca surat itu , Aiqish melompat dan berlari menuju ke rumah dengan membawa sehelai kertas yang amat menggembirakannya pada hari ni Aiqish memanggil ibunya sambil berlari .

Mak Kiah keluar rumah sambil mendapatkan Aiqish yang sedang berlari ke arahnya .. Mak Kiah berasa hairan dengan kelakuan Aiqish pada petang ini .

"Apa kena dengan kamu ni Qish? " ibunya bertanya sambil melihat anaknya termenggah – mengah kerana berlari .

"Mak, Qish dapat surat dari Universiti tu ...Qish dapat masuk U mak !! " Aiqish memberitahu ibunya dengan suara yang sedikit menjerit .

'Mak Kiah yang tekejut itu terus mengucapkan kata syukur kehadrat ilahi kerana peluang anaknya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan telah dimakbulkan Allah .' Mak Kiah tahu perasaan gembira anak kesayangannya itu untuk melanjutkan pelajarannya ke manara gading pula.'

"Syukur alhamdulilah akhirnya doa mak termakbul juga nak tengok qish pegang segulung ijazah " kata Mak Kiah dalam nada gembira sambil memeluk anaknya .

   "Qish gembira sangat mak ... syukur alhamdulilah " kata Aiqish pula .

Pada malam itu rumah Mak Kiah telah dipenuhi orang yang datang untuk meraikan kemasukan Aiqish ke Universiti . Mak Kiah membuat kenduri kesyukuran untuk meyambut kegembiraan anaknya menyambung pelajaran ke universiti dan mengambil bidang  kejuruteraan itu .

            Tahniah Aiqish!! Aiqish aku gembira untuk kau . Aku tahu yang kau dah lama tunggu benda ni kan  ....aku harap kau sukses nanti . " kata Lyn Amelya kawan baik Aiqish dari sekolah rendah lagi .

Lyn Amelya ialah anak seorang bussinessman yang kaya di Kuala Lumpur . Walaupun keluarganya kaya tetapi sikap Lyn amat menyenangkan Aiqish  kerana Lyn tidaklah sombong seperti rakan-rakannya yang kaya di sekolah .

              "Terima Kasih Lyn !! Kau doakan aku berjaya ehh .... kau tak sambung belajar ke ? Kalau kau sambung dapat kita belajar sama –sama nanti " kata Auni dalam nada yang mengendur sedikit .

           " Aku tak nak tengok kau sedih macam ni , kau patut happy hari ni ... lagipun aku memang bercadang nak sambung belajar pun .... " kata Lyn dalam nada selamba .

Aiqish terkejut mendegar kata-kata spotan Lyn itu ."Betulkah kau nak sambung belajar ?? Kau jangan bagi aku terkejut macam ni ." kata Aiqish dalam keadaan yang terkejut .

      ' Lyn dah tahu yang Aiqish  akan terkejut kerana mendengar dia ingin menyambung belajar , Lyn tersengih sambil memandang kawan baiknya itu.' "Aku memang nak sambung belajar dengan kau pun,aku saja je nk buat kejutan tapi kau dah buat mood sedih terpaksa aku bagitau . " Lyn berkata sambil tersengih memandang Aiqish  yang terkejut itu .

Aiqish pun berkata " nanti dapat lah kita daftar sama-sama kat Universiti ... tak sabarnya!!! Aku nak sangat pegang segulung ijazah dan banggakan mak kesayangan aku tu ... " Aiqish  kelihatan sungguh gembira ketika mengungkap kata-kata itu .

        Aku pun tak sabar nak sambung belajar dengan kawan baik merangkap musuh aku ni ....nanti kita duduk satu bilik ehh . Sayang kau Aiqish !! " Lyn dan Aiqish  sungguh gembira pada malam itu .


Aiqish berharap yang dia dan Lyn akan mendapat segulung ijazah dan belajar bersama-sama nanti . Itulah harapan Aiqish dan Lyn satu ketika dahulu ....








Suamiku pembuli !!Where stories live. Discover now