𝐁𝐀𝐁 06 ⚔️

83 19 0
                                    

Kepada adik bagang,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepada adik bagang,

Maafkan aku sebab tinggalkan kau. Actually aku ada berita baik untuk kau, aku ada kawan lama yang baik hati sudi tolong bayar hutang kita dan yang lebih best dia kata akan tanggung kau sampai kau habis degree. Tapi sebagai syarat aku kena kerja dan tinggal dengan dia. Jadi aku nak kau jaga rumah dan diri kau baik-baik pastikan kau pergi sekolah tak ponteng, kalau dapat nahas kau. Faham tak? Any problem call me.

Dari kakak tercantikmu.

Phairinze perlahan-lahan meletakkan surat itu kembali di meja. Dahi berkerut membaca ayat terakhir dari Phaisyle, namun dia tetap mengukir senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

Phaisyle melakukan semua untuknya. Jika Phaisyle harus mengorbankan nyawanya tentu dia akan lakukan hanya untuk Phairinze.

KAKI Phaisyle melangkah masuk ke dalam banglo tujuh tingkat milik Lo'renzo yang berbentuk piramid, habis kepalanya mendongak memandang sekeliling rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI Phaisyle melangkah masuk ke dalam banglo tujuh tingkat milik Lo'renzo yang berbentuk piramid, habis kepalanya mendongak memandang sekeliling rumah itu. Lampu bertingkat turut sama dipandang jakun apatah lagi pelbagai bilik, kereta, dan barang mewah semuanya dari jenama branded yang harganya mencapai jutaan ringgit.

Langkah Phaisyle terus diikuti oleh pengawal peribadi milik Leonard sehingga sampai ke bilik kerja lelaki itu. Pengawal peribadi disitu membukakan Phaisyle pintu, dia sedikit menarik nafas kemudian menghembusnya. Barulah Phaisyle melangkah masuk ke ruangan kerja Leonard.

Melihat figura Phaisyle, Leonard terus meletakkan gelas ditangannya ke atas meja dan berdiri menyambut Phaisyle.

"Ini semua sebab adik aku, so keep your promise." Ujar Phaisyle acuh tak acuh.

"Dan disebabkan kau berkerja dibawa aku sekarang, remember..." Leonard menapak mendekati Phaisyle.

"Nyawa kau milik aku." Leonard berbisik ditelinga Phaisyle dan kemudian menjauhinya semula.

"Nyawa aku milik kau? Gibberish!" Phaisyle dengan nada tidak puas hati.

"Jaga mulut kau!" Anak buah Leonard menengking Phaisyle.

® 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐋𝐄𝐎𝐍𝐀𝐑𝐃 𝐎𝐂𝐄𝐀𝐍 || 𝐇𝐁 Where stories live. Discover now