𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆 ⚔️

119 16 2
                                    

"KAU tak dengar ke? Lepaskan aku!"

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"KAU tak dengar ke? Lepaskan aku!"

Phaisyle terus meronta-ronta minta dilepaskan. Dari tadi posisi tubuhnya diubah suai terasa tiga puluh tiga tulang temulangnya patah keriuk. Pinggang terasa lenguh duduk di kerusi dari tadi dengan tangan terikat dan wajah bertutup. Nak juga tutup muka aku!

Entah berapa lama dah dia duduk diatas kerusi besi ini. Dengan tangan terikat membuatkan segala pergerakan Phaisyle terbatas. Otot terasa pegal. Dari tadi dia berteriak namun hanya angin yang bertiup sepoi-sepoi seolah anginlah yang memberikan respon. Kang jap lagi keluar anak tekak Phaisyle.

"Tak penat ke mamat kerek ni kejar aku? Tahi hidung aku pun rimaslah!" Gumam Phaisyle tapi bernada membentak.

Phaisyle cuba bertindak santai dia dengan lagak menggoyang kakinya. Mana ada orang kena culik santai mungkin Phaisyle satu-satunya. Tiba-tiba bunyi langkah kaki membuat segala pergerakan Phaisyle membeku.

Dengan sekali rentapan, kain yang menutupi seluruh wajah Phaisyle terbuka. Kini jelaslah mata Phaisyle meliar melihat pemandangan disekelilingnya. Laut dan najis! Tak silapnya ini perairan ditengah bandar Tawau ingatkan dah kena import ke Jepun. Bolehlah kan larikan diri! Dan najis yang dimaksudkan ialah mamat kerek itu bersama anak buahnya.

"Asal kau culik aku ni? Kau apa hah setan?" Sembur Phaisyle.

"Phaisyle Ambrosie atau terkenal dalam ahli kongsi gelap dengan nama samaran nya Phoniex diusia muda berumur 22 tahun. Merupakan bekas pelajar ahli mempertahankan diri kebangsaan selama tiga tahun mahir dalam taekwondo dan berpengalaman dalam ahli tinju." Suara garau muncul dari belakang Phaisyle.

"Haah. Phoniex kita anak yatim piatu." Leonard memandang Phaisyle tanpa riak.

"Dah habis cakap?"

Phaisyle memandang wajah Leonard sinis. Dalam kekhusyukan Leonard membaca maklumat dirinya di iPad mini nya diam-diam lincah juga tangan Phaisyle dibelakang berusaha membuka ikatan ditangannya.

"Phaisyle Ambrosie juga mempunyai seorang adik lelaki Phairinze Ambronze berumur 19 tahun dan menanggung kehidupan adiknya."

Leonard mendekati Phaisyle lagi dan tersenyum seperti sedang memanipulasi seseorang. "Aku berharap dapat jumpa adik kau Phoniex. Kau rasa lah kan siapa lagi kacak, aku ke adik kau?"

"Kau tak malu ke stalk kehidupan perbadi orang?" Phaisyle mula naik angin.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Jangan jadi budak-budaklah. Aku seriously rimas tahu tak!" Tokok Phaisyle lagi sungguh dia tidak berpuas hati dengan tingkah mamat kerek ini.

"Be my bodyguard." Ujar Leonard membuatkan Phaisyle seperti terkena plot twist dalam novel.

Seketika Phaisyle tertawa terbahak-bahak dan terus meludah dihadapan Leonard. Pandangan mereka masing-masing saling bertembung dan bersabung sekaligus mengheningkan suasana.

TO BE CONTINUE...

TO BE CONTINUE

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
® 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐋𝐄𝐎𝐍𝐀𝐑𝐃 𝐎𝐂𝐄𝐀𝐍 || 𝐇𝐁 Kde žijí příběhy. Začni objevovat