EPISOD 29

35 9 14
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam mama dah balik-" ucapan Izzat terhenti kerana terpandangkan seseorang yang berada di belakang Puan Reyhana.

"Nadra...apa lagi yang kau buat dekat sini! Balik! Aku tak nak tengok muka kau lah!" Izzat menolak tubuh Nadra sehingga dia terjatuh di hadapan pintu rumah.

"Jangan halau dia Iz! Mama yang bagi dia kebenaran datang ke sini."

"Hah! Kenapa mama bagi perempuan tak guna ni datang sini! Mama tahu kan apa yang dia dah buat dekat anak mama ni?!" Bantah Izzat sekeras-kerasnya. Kenapa pula ibunya yang selama ini turut sama membenci Nadra tiba-tiba menjadi baik terhadap dia?

"Cukuplah tu Iz...sejarah yang lama tak usahlah nak ungkit lagi. Lagipun kita sebagai manusia ni tak lepas dari buat silap. Mama dah maafkan dia, kamu kenalah belajar juga maafkan dia Iz." Ujar Puan Reyhana sambil memandang sayu ke arah Nadra.

Izzat tidak dapat nak berkata apa-apa kerana dia sendiri kehilangan kata-kata.

Sejurus saja ibunya masuk ke dalam rumah, "Kalini aku bagi muka dekat kau Nadra, lepas ni aku takkan bagi peluang lagi dekat kau untuk jejak kaki dekat sini lagi!"

Izzat terus masuk ke dalam rumah tanpa menjemput Nadra masuk.

'Berlagak ye You Iz, tunggulah nanti. I akan jadi mem besar dalam rumah ni. You tunggu je lah saat tu nanti! Silap-silap, perempuan kampung tu nanti You takkan pandang lagi!'

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tiara!" Puan Reyhana memanggil Tiara.

"Ye mama-" Tiara tercengang kerana melihat wajah sama yang telah bertindak menyerangnya di pejabat haritu.

"Nad, inilah dia isteri Iz. Namanya Tiara, cantik kan?" Puan Reyhana memperkenalkan Tiara dan Nadra walaupun hakikatnya mereka dah terlebih dulu 'kenal' sebelum ini.

"Oh, inilah dia orang yang dah menambat hati Iz? Hi, saya Nadra Imanie. Seronok dapat kenal You." Ujar Nadra dengan senyum palsu kemudian menghulurkan tangan.

"Err ye saya Tiara. Selamat berkenalan." Tiara menerima hulutan tangan Nadra dan mereka berdua bersalaman.

'Pelik ni, macam mana pula perempuan ni boleh ada dekat sini. Dan sejak bila pula dia bertudung? Ah! Bersangka baik je lah Tiara...mungkin dia dah berubah jadi baik kot.'

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ