EPISOD 15

36 11 31
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~

Sambungan...

Pukul 10:32 Malam...

Tuan Hisyam baru sahaja pulang dari menyelesaikan urusannya. Sekarang mereka sedang berbual selepas saja Tuan Hisyam selesai mandi.

"Abang, macam mana urusan abang dekat Seremban tu? Selesai semua dah?" Puan Reyhana bertanyakan tentang urusan suaminya yang baru pulang sebentar tadi.

"Alhamdulillah selesai, cuma penat sikit sekarang ni. Sebenarnya boleh je pekerja abang yang uruskan urusan dengan pembekal buah dekat Seremban tu. Cuma dia cuti hari ni. Itu yang abang nak kena buat sorang."

"Lah ye ke, kesian suami Hana ni...abang duduk dekat meja makan dulu. Hana siapkan makanan untuk abang ye."

"Bagus juga tu, abang ni seharian belum makan lagi. Nak makan masakan sayang je heheh."

"Hmm ye lah bang, sekejap saya sediakan." Puan Reyhana lantas menuju ke dapur untuk menyediakan lauk yang sudah dimasak petang tadi untuk dipanaskan.

Selesai sahaja menyediakan lauk, Puan Reyhana menemani Tuan Hisyam makan bersama seperti seorang isteri lain lakukan kepada suaminya.

"Hana, awak ada apa-apa masalah ke?" Soal Tuan Hisyam setelah dia perasan yang wajah Puan Reyhana tidak ceria seperti selalu. Muram je.

"Ye ke bang, tak adalah. Saya cuma...penat sikit je hari ni. Banyak sikit kerja rumah yang nak kena buat." Kata Puan Reyhana dengan sedikit kebohongan di situ.

Dia tak mahu memberitahu Tuan Hisyam tentang kedatangan Nadra ke rumah tadi.

Kalaulah Tuan Hisyam dapat tahu tentang perkara ni, memang marah besar dia. Tuan Hisyam lah orang yang banyak memberikan semangat kepada Izzat sehingga dia pulih semula seperti biasa.

Kalau tidak, mungkin dia masih kemurungan sehingga sekarang.

Jadi sebab tu lah dia cukup marah bila Izzat dikecewakan oleh Nadra dan bencikan wanita itu.

Bapak mana kan yang tak sayangkan anak dia...

"Oh ye Hana, mana Iz? Saya tak nampak dia pun."

"Iz ada kerja dekat pejabat dia. Katanya lewat malam sikit dia baliklah." Balas Puan Reyhana sambil tersenyum memandang suaminya untuk mengelakkan dari Tuan Hisyam mencurigai dia lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Where stories live. Discover now