EPISOD 16

40 8 22
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

"Mama! Abah! Iz nak kahwin!" Jerit Izzat sejurus selepas masuk ke dalam rumah.

Terperanjat sekejap Tuan Hisyam dan Puan Reyhana yang sedang bersembang di ruang tamu.

Dah kenapa pula dengan anak diaorang ni? Tiba-tiba masuk dalam rumah terjerit malam-malam siap nak cakap nak kahwin. Pelik weh.

"Iz, nanti kejap! Kenapa tiba-tiba je ni?" Soal Tuan Hisyam sambil menenangkan anaknya yang macam dah terlebih gula ni.

"Abah! Tiara dah terima cinta Iz abah! Iz happy sangat." Kata Izzat sambil memeluk Tuan Hisyam.

"Hah ye ke! Alhamdulillah! Hana, anak kita nak kahwin Hana!" Kata Tuan Hisyam pula dengan teruja. Dah macam Izzat pula gayanya. Terlebih gula.

Puan Reyhana tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Dua anak beranak ni perangai sama je. Dua-dua terlebih gula.

"Abang, Iz. Bawa bertenang, jangan gelabah sangat. Betul ke ni Iz? Tiara dah terima cinta kamu?" Soal Puan Reyhana sekali lagi untuk kepastian.

"Betul mama! Tadi masa dekat taman, Iz dengar dengan telinga Iz sendiri yang Tiara terima cinta Iz."

"Abah, tolong aturkan pertunangan Iz dengan Tiara secepat mungkin. Iz tak nak tunggu lama-lama lagi dah." Kata Izzat sambil memohon kepada Tuan Hisyam supaya mempercepatkan tarikh majlis pertunangan.

"Ok, macam ni. Kalau betullah apa yang Iz cakap ni, nanti abah bincang dengan mama dan papa Tiara."

"YEAY! TERIMA KASIH ABAH! SERONOKNYA IZ! NAK KAHWIN! YAHOO!" Izzat melompat-lompat kegembiraan sehingga je biliknya.

"Amboi, seronok betul anak kita tu abang. Dah nak kahwin si Iz tu bang."

"Harapnya dia dapat lupakan kisah silam dia yang lalu tu. Abang dah tak nak tengok dia terluka lagi. Cukuplah dulu Iz pernah kecewa kerana seseorang, abang dah tak nak benda tu berlaku."

"Hana pun berharap benda yang sama bang. Semoga Iz dengan Tiara akan bahagia macam pasangan suami isteri yang lain nanti..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Seriuslah bro! Tiara terima cinta kau? Huish tahniah wei." Kata Alif yang turut sama gembira dengan Izzat

"Terima kasih Lif. Kalaulah tak ada kau untuk bagi semangat dekat aku, tak kahwin aku sampai sekarang."

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Where stories live. Discover now