EPISOD 18

37 10 29
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

Dan malam itu berakhir dengan sangat tak cliche kerana Tiara perlu mengheret tubuh badan Izzat daripada tingkat 2 sampailah masuk ke dalam kereta.

Satu kerja pula nak kena mengusung mamat ni masuk kereta pula. Dah lah berat macam anak gajah, entah makan apa pun tak tahu. Nak kata gemuk, kurus je! Begitulah bebel Tiara di dalam hati.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Iz! Iz! Woi bangunlah!" Puas dah Alif mengejutkan Izzat tapi tak juga berjaya.

Macam mana Alif tiba-tiba boleh ada di situ? Kebetulan dia dan juga isterinya sedang makan disitu. Ternampak pula Tiara tengah mengheret tubuh badan Izzat.

Itulah puncanya.

"Ish! Ada juga aku simbah dengan air juga dia ni." Alif dengan kesalnya berkata begitu. Ni pengsan ke tidur mati?

Dah lah tak sedar, siap berdengkur pula.

"Lia, tolong abang kejap." Panggil Alif kepada isterinya, Aulia yang sedang memerhati bersama Tiara.

"Nak saya tolong apa?"

"Lia tolong tumbuk kejap muka mamat ni. Entah pengsan je tidur mati ni! Penumbuk sayang kan kuat, mesti bangun punyalah." Suruh Alif.

"Haih ye lah." Aulia berjalan ke arah Izzat yang sedang terbaring di atas kerusi itu dan kemudian bersiap sedia nak tumbuk mukanya.

Sikit sahaja lagi penumbuk itu nak sampai ke muka, terus Izzat membuka matanya.

"Nanti! Huh! Huh! Aku mimpi ngeri siot tadi. Aku mimpi ada naga nak makan aku, gila ah!" Balas Izzat dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Naga apa bendanya! Berani kau samakan bini aku dengan naga. Dasar!" Balas Alif marah dengan Izzat. Ada ke patut isterinya yang cantik menawan tu disamakan dengan naga?

"Dah sabar abang, jangan marah. Member baru je sedar tu." Balas Aulia sambil menggosok-gosok bahu Alif untuk menenangkan dia.

"Oh ye ke? Heheh sorry- adoi!" Kepala Izzat dipukul oleh Tiara.

"Kau ni kenapa Iz? Buat malu dekat orang je lah!" Soal Tiara dengan perasaan tak puas hati.

Malu tau tak! Nak kena heret mamat tu dari tingkat atas turun tingkat bawah dengan pandangan orang ramai lagi.

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Where stories live. Discover now