EPISOD 20

37 10 30
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

Malam harinya, Izzat datang berjumpa dengan Alif di rumahnya.

Apa lagilah kan tujuan dia datang selain dari menceritakan semula apa yang berlaku di pejabat tadi.

"Serius ah wei? Perempuan gila tu datang pejabat kau?" Soal Alif dengan rasa tidak percaya.

"Ye Lif, takkanlah aku nak tipu kau. Saksi mata, Tiara tadi pun kena dengan perempuan tu."

"Aku bukan apa Iz, aku pelik. Berani sungguh perempuan tu datang balik jumpa kau siap pujuk ajak get back pula lagi! Hilang akal ke apa perempuan tu?"

"Entahlah Alif, kepala aku serabut sangat. Masa aku nak kahwin jugalah dia nak muncul. Kenapalah tak muncul masa dah kahwin nanti ke senang lah juga."

"Hmm...mungkin ini ujian dan juga dugaan untuk kau. Banyakkan sabarlah Iz." Kata Alif untuk menenangkan hati Izzat.

"Susah Alif, 5 tahun...bukan masa yang singkat untuk aku lupakan dia."

"Kau...masih ada hati dengan dia ke?" Tanya Alif dengan berhati-hati. Tidak mahu sahabatnya itu terasa hati.

"No! Takkan pernah ada perasaan sayang lagi untuk dia...kau bagilah intan permata sekalipun, sekali dia dah hancurkan hati aku...sampai bila-bila pun aku takkan berpaling semula pada dia." Izzat mengalih pandangan dari melihat Alif ke arah langit malam.

"Kau bawa bertenang. Jangan fikirkan sangat, nanti akan effect dekat kehidupan seharian kau pula. Lagi bagus kau fikir tentang tarikh perkahwinan kau yang dah makin dekat ni. Ha, persediaan dah ada ke belum?" Alif mengalihkan topik ke arah yang lebih ceria.

Tak mahu membebankan lagi fikiran sahabatnya yang satu itu. Dah lah member nak kahwin, kena pula dugaan macam ni. Parah, parah...

"Mestilah aku dah bersedia! Ayat yang aku nak cakap dekat tok kadi nanti pun aku dah hafal siap-siap!" Jawab Izzat dengan semangat.

Alif tersengih melihat perangai Izzat. Excited sungguh member aku nak kahwin. Tak nampak pula nervous ke apa...bertekad sungguh dia nak dapatkan Tiara.

"Bagus! Jarang aku jumpa orang nak kahwin semangat macam kau ni. Jangan nanti kau menggelabah masa hari majlis nanti sudah." Ujar Alif menolak bahu Izzat perlahan.

"HAHAHA! Alah kau jangan risau, kalau aku gelabah, kau mesti tolong aku punya!" Balas Izzat cuba nak menampar wajah Alif tetapi pantas dia elak.

Beginilah cara mereka berdua nak bergurau senda. Diaorang mana ada kawan lain dah selain dari mereka sahaja.

"Lif, kau agak-agak kan...Zul datang tak majlis aku nanti?" Tanya Izzat dengan mod seriusnya kembali on.

Orang yang dimaksudkan itu adalah Faizul, sahabat Alif dan juga Izzat. Mereka bertiga memang rapat.

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Where stories live. Discover now