EPISOD 24

50 9 13
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

"Termenung panjang nampak. Teringat Tiara ke?" Tuan Hisyam masuk ke bilik Izzat dan duduk di atas katil.

Sebab Tuan Hisyam masuk ke bilik tu sebab nampak bukan main leka lagi Izzat memandang ke arah tingkap memerhati pemandangan luar rumah yang mendamaikan tu.

"Abah rupanya...tak lah, tengah fikirkan sesuatu je." Izzat kembali memandang ke arah halaman rumah yang agak luas itu.

"Ah, tu rupanya. Anak abah tengah fikirkan apa? Sampai begini seriusnya. Selalunya Iz yang abah kenal orangnya bising, gila-gila, hahaha!" Terselit gurauan dalam pertanyaan Tuan Hisyam berjaya buat Izzat tersenyum simpul.

"Ish abah ni, ada je benda nak attack Iz."

"Apa pula? Itu kan fakta, HAHAHA!" Lagi besar ketawa Tuan Hisyam melihat anaknya memuncungkan bibirnya.

"Abah! Tak...sebenarnya...Iz ada terjumpa dengan...Nad. Dia dah datang balik."

Tersentap jantung Tuan Hisyam mendengar perkataan 'dia dah datang balik'. Perempuan tu lagi? Aduh semak ah.

"Nad? Maksud kamu Nadra Imanie?"

"Ye lah abah! Siapa ke lagi Nad yang Iz kenal."

"Dekat mana yang kamu jumpa dia?" Tuan Hisyam bertanya dengan lebih lanjut. Bekas anggota polis kan.

"Dekat pejabat Iz dia datang. Entah manalah dia dapat alamat pejabat Iz sedangkan Iz tak ada pula share dekat sesiapa." Berkerut muka Izzat berfikir siapalah yang pandai-pandai share lokasi tempat kerjanya itu.

"Eh tapi tak peliklah kan, syarikat kamu kan dah tersenarai dalam 10 syarikat kaya di Malaysia. Siapa je yang tak tahu betul tak?" Tuan Hisyam menjelaskan logik di sebalik penjelasannya.

"Ye tak ye lah abah. Terlupa pula, tapi...Iz risaulah. Nanti macam mana kalau Nad datang balik ke sana."

"Iz kena anggap...ini semua adalah ujian dan dugaan untuk kamu. Elakkan je lah dari jumpa dengan dia. Kamu kena ingat, kamu dah nak kahwin tau. Kena pandai berdikari." Nasihat Tuan Hisyam menepuk bahu Izzat perlahan.

"Baik abah, terima kasih."

"Sama-sama kasih. Dah pergi tidur, esok nak kerja kan?" Tuan Hisyam kemudian membaringkan Izzat dan menyelimutkan dia.

"Good night abah."

"Good night." Tuan Hisyam mematikan lampu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari ini di pejabat, Izzat asyik termenung je. Kalau tak ada kerja dia akan termenung. Tak ceria macam selalu.

Tiara yang kadang-kadang lalu depan bilik dia pun tak ditegur. Kalau tak ditegur tu maksudnya ada sesuatu yang tak kena. Sebab Izzat suka tegur orang.

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Onde histórias criam vida. Descubra agora