EPISOD 10

78 16 76
                                    

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~

Sambungan...

Keesokan paginya, Tiara sudah bangun dari tidur. Dia segera membersihkan diri dan turun ke bawah untuk sarapan.

Di bawah, dia melihat Puan Alina seorang diri menyediakan sarapan.

"Pagi ma, mana yang lain?" Soal Tiara sambil tercari-cari kelibat Tuan Reza dan Laila.

"Kakak dengan papa kamu tu awal-awal lagi dah pergi kerja. Sarapan pun diaorang dah makan. Kamu lambat sikit bangun dari diaorang." Balas Puan Alina sambil mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.

"Ha! Terlupa mama, sekejap." Puan Alina meninggalkan sekejap meja makan. Dia berjalan ke arah sofa dan mengambil sesuatu yang berada di atasnya.

"Nah." Puan Alina memberikan barang itu kepada Tiara.

"Eh! Teady bear? Comelnya! Mama ke yang beli ni?" Ujar Tiara teruja kerana mendapat teady bear.

Ya, itulah benda favourite Tiara. Teady bear. Pelik kan? Gadis yang dingin dan baran sukakan teady bear? Pelik.

"Tak ada kerja mama nak beli mainan ni. Tu bakal suami kamu si Iz tu ha belikan-"

"Ambil balik." Tiara memberikan teady bear itu semula kepada Puan Alina.

"Amboi! Dengar je nama Iz terus kamu tak nak? Ambillah, dia penat tau belikan mainan ni untuk kamu." Puan Alina memandang Tiara dengan tajam.

Ada ke patut orang dah beli hadiah khas untuk dia disuruh pulangkan balik! Dasar!

"Mama. Semua barang tak kisahlah teady bear ke apa bear sekalipun, kalau dari mamat tak malu tu...Tiara takkan terima!" Keras sungguh hati Tiara ni.

"Tiara! Cubalah belajar menghargai sikit pemberian orang kepada kamu. Sejak bila kamu mula memilih ni? Wah! Ini sudah lebih bro!" Puan Alina mula geram dengan perangai Tiara.

Memang menguji kesabaran betul lah!

"Mama perhati je kamu sejak dua tiga hari ni, mentang-mentang lah budak Faliq tu dah balik ke Malaysia ni. Kamu sampai dah tak nak terima hadiah orang ye!"

"Adoi! Mama! Sakit mama!"

Akibat terlampau geram, Puan Alina menarik telinga Tiara dengan sangat kuat.

"Mata mama ni dah berbulu tahu tak! Tengok kamu tak habis-habis rapat dengan Faliq!"

"Kamu ingat mama dengan papa tak tahu ke yang kamu dengan Faliq ada berjumpa dekat trek joging kelmarin?"

Terkejut Tiara apabila Puan Alina mengetahui tentang hal itu. Sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa pun kecuali.....

Izzat. Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui hal itu!

MR GILA VS MRS DINGIN (SU)Where stories live. Discover now