Part 44

3.5K 107 2
                                    

Walaupun kawasan sungai ini jauh dari jalan masuk. Tetapi,
disini telah menjadi tempat orang berkelah. Entah macamana orang luar boleh tahu akan kewujudan sungai di sini. Agak ramai yang datang berkelah. Apatah lagi sekarang musim cuti sekolah.

Terbayang segala semangat kembar saat menyusun aktiviti untuk dipenuhi ketika cuti sekolah. Tapi sayang, satu pun tak terlaksana. Maafkan ibu...
Entah apalah si kembar itu sedang buat. Semalam dia call mentuanya, banyak mulut betul si kembar tu bercerita. Semput dia mendegarnya..Aku menunduk sambil menguis-nguis kaki yang berada di dalam sungai itu.

"Orang kata tak elok berangan dalam hutan ni..."Tersentak Syafa Adreen apabila ada susuk yang duduk disbelahnya. Lantas dia memusingkan kepala untuk melihat susuk itu. Terbuntang matanya saat melihat lelaki ini. Dia tepuk pipinya mengharap yang ianya hanyalah mimpi, ilusi atau apa-apa sahajalah.

Tapi makin ditepuk..Bukan lelaki ini yang hilang tapi pipinya yang sakit....Jadi lelaki ini memang ada di sini?

"Bengkak pipi tu kalau ditepuk banyak kali...."Tangan kanan Syafa Adreen dipegang.

Bagai terkena renjatan apabila tangan kasar itu memegang tangannya. Segera dia menarik tangan dari disentuh lelaki ini.

"Apa awak buat dekat sini?"Aku memandang ke hadapan semula. Jarak aku besarkan. Tak hingin aku rapat dengan dia.

"I'm here because my wife is here.."

"Huh...Wife? Sejak bila?...."Aku angkat bibir.

"Reen..."

"Enough la Aydeen.... Takpayah acah-acah nak mengaku saya ni isteri awak kalau awak memang takda niat pun anggap saya ni isteri..."

"Reen..Bagi abang betulkan semula semuanya....Abang tahu abang salah..."Mujurlah kedudukan kami agak jauh dari orang lain.

"Saya ni memang takda makna apa-apa pun bagi awak selain sebagai seorang pengasuh"

"Reen....Please...Please give me a second chance...I'll prove it to you.."

"Prove what? Yang awak terpaksa cinta dan sayangkan saya? Sudahlah, don't be a liar..."

"Tak...Tiada istilah paksa Reen....
Abang memang betul sayangkan Reen..."

"Dengar sini....Jangan sesekali awak bercakap soal cinta dan sayang kalau awak sendiri tak ingin ia hadir...Don't toture yourself by accepting me...."

"Kenapa Reen terlalu yakin dengan kata-kata Reen? Reen tahu ke apa yang abang rasa sekarang?"

"Rasa diri tu seorang penipu! Berjaya menipu saya dan berjaya perangkap saya dengan perkahwinan, yang bagi awak hanyalah permaianan!"Aku bangun dari duduk. Lagi lama dekat sini boleh buka liga WWE.

"Reen terlalu kejam dengan abang..."Dia juga turut berdiri.

"Oh come on Aydeen...Siapa yang kejam pada siapa? Cari balik memori awak yang hilang tu, baru awak boleh tuduh saya..."

"Fine!..Reen nak tengok abang kejam kan?..Fine! Follow me..."
Dia tarik pergelangan tanganku. Aku yang tak sempat nak mengelak ini terdorong melangkah mengikutinya.

"Lepaslah...Saya jerit nanti...
Awak gila ke?"Aku cuba merungkaikan pegangan. Melangkah di batu-batu yang agak licin ini menyeramkan aku. Buatnya jatuh nanti...Ish...Aku dahlah tak pandai berenang...

"Lepaslah Aydeen...Awak jangan cabar saya! Saya jerit nanti!"

"Scream as loud as you want...I don't care...Reen yang nak tengok abang kejam kan?"

Bila duk bergelut pasal tangan tu...Entah bagaimana aku terpijak batu yang berlumut. Tanpa sempat aku bertahan. Kaki aku tergelincir jatuh ke dalam sungai. Bahagian yang agak dalam pulak tu.

"Reen!"

Masa jatuh tadi pautan tangan kami terlerai. Aku dah tercungap-cungap dalam air yang dalam ni.

"To..Tolong!"Jeritku.

"Damn!"Tanpa fikir panjang. Syaf Aydeen segera terjun untuk selamatkan isterinya.

"Hey..Hey..Relax...Pegang bahu abang.."Aku segera memaut bahunya. Kaki pula aku lilit pada badannya. Kenapa dia boleh berdiri dalam air ni? Bukan air ni dalam ke? Kakiku cuba untuk menyentuh dasar, namun tak sampai.

Ohh lupa..Lelaki ini tinggi mengalahkan galah belakang rumah nenek. Kalau nak dibandingkan dengan aku, ketinggiaan aku hanyalah paras dadanya sahaja.

Pinggang aku dipegang oleh lelaki ini. Terasa agak tidak selesa apabila kami begitu intim. Semenjak kahwin, inilah posisi paling intim kami. Rasa malu dan janggal pula.

"Bawalah saya naik..Buat apa berendam dalam ni?"

"Abang tahu....Abang takkan dapat pelukan macam ni bila kita naik....Sekarang Reen nak cakap abang ambil kesempatan pun abang tak kisah..." Aku masih memaut dirinya. Kalau aku lepas ni..
Tenggelam lagi aku dibuatnya. Dasar pervert!

"Hish! Cepatlah....Saya nak naik....
Sejuk ni tahu tak?"

"You can hug me tightly dear....It can reduce cold, trust me..."Ada senyuman nakal terbit di bibir itu. Aku gigit bibir..Geram campur nak debik je mamat ni. Dasar duda!

"Don't bite your lips..I'm warning you!"

"Suka hati sayalah..Bibir saya." Haa..Geram sangat dah ni..Risau nanti perkataan lain pula yang keluar..

"True..Its your lips...But also mine..."Tanpa sempat aku mengelak. Bibirnya laju bercantum dengan bibirku. Aku terkejut. Terus lemah seluruh badanku. Tangan yang memaut bahunya semakin longgar begitu juga dengan kaki. Namun lelaki ini cepat bertindak dengan memeluk erat pinggang aku.

"I warned you before but you just provoked me..."Dia melepaskan tautan. Muka aku terus diserbu kemerahan. Sudahlah sejuk tambah dengan adengan tadi. Mau merah menyala pipi aku..
Tak guna, he just stole my first kiss..

"Abang tak kisah kalau kita kecut dalam sungai ni.. Ababg akan tunggu sampai Reen bagi abang jawapan.."

"Awak nak saya buat apa?"Buat masa sekarang aku terpaksa mengalah. Kau tunggu bila dah naik atas nanti. Aku hempuk-hempuk kau. Berani dia kiss aku!

"Good...Abang minta Reen percayakan abang kali ni sahaja
....Beri abang peluang kedua, dan bagi abang tebus salah abang pada Reen...."

Aku angguk...Arghh! Apa-apalah. Asalkan aku keluar dari sini. Naik kecut badan aku ni.

"Betul ni?"

"Yeee! Dah cepat bawa saya keluar..."

"Thanks sayang.."Dia segera membawa aku ketepi tebing. Apabila kami berdua naik ke atas. Aku pusing memandang dia.

"Pasal tadi tu..."Aku menghampiri dia yang berdiri di tepi tebing.

"Boleh blah!...."

Bush!!

Aku tolak dia kembali jatuh ke dalam sungai....Apabila yakin yang dia mampu terapung baru aku tinggalkan dia sendirian.

"Reen!!"Panggilnya. Namun aku buat bodoh! Padan muka. Siapa suruh ambik kesempatan? Rasakan!

Sayf Aydeen menepuk air sungai itu lalu menghasilkan percikan. Reen mainkan abang!...Tajam matanya memandang isterinya yang berlalu pergi tu. Nasib baiklah Reen pakai baju jersi hitam. Taklah melekat dan jarang..

"Reen nak main kasar kan? Baik! Abang ikut permainan Reen!"Dia meraup muka.

....
TBC
.....

Okey last chapter.....untuk malam ni...
Jumpa esok....siap sedia....scene potong kaki akan menyusul....

🤭🤭🤭😘

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now