Part 2

3.1K 112 0
                                    

Bunga mawar ditabur di atas pusara itu, kemudian diikuti dengan siraman air yassin. Sayf Aydeen duduk di atas tikar lalu tangannya mengusap batu nisan itu.

"Bie datang harini, sayang tahu...Dah setahun sayang tinggalkan kami. Anak-anak kita pun dah pandai berjalan, hari-hari duk main kejar-kejar dengan opah dengan atok diaorang..Muka diaorang saling tak tumpah macam muka sayang.."Dia berjeda. Lalu air mata yang mengalir di pipi dikesat.

"How i wish you are here with me...Tapi bie tahu tak baik kalau terus macam ni. Bie taknak sayang rasa tersiksa, bie betul-betul dah ikhlaskan sayang pergi...Cuma kadang-kadang bie rindu..."Dia menunduk. Sungguh sakit merindui orang yang sudah pergi.

"Maafkan bie...Lepas ni, bie jarang datang ke sini..Bie akan berangkat ke US minggu depan. Bie nak cari kekuatan bie semula. Doakan bie untuk terus kuat."Batu nisan itu diusap lagi.

"Bie balik dulu, Assalamualaikum.."Kaki melangkah pergi menghampiri kereta. Sempat dia melihat kubur arwah isterinya sebelum dia masuk ke dalam kereta. Tenanglah sayang, syurga buatmu. Mia Maisara isteri yang solehah. Bie akan jaga amanah yang Allah bagi dekat kita dengan sebaik mungkin.

Sewaktu selamat melahirkan bayi kembar mereka. Mia Maisara mengalami komplikasi, tumpah darah yang sangat serius. Tak sampai 48 jam bersalin, isterinya itu sudah kritikal dan akhirnya tidak sedarkan diri buat selama-lamanya.

Mereka baru sahaja 2 tahun berkahwin, tapi kuasa Allah siapa yang mahu menidak. Isterinya itu menghembuskan nafas yang terkahir setelah melahirkan bayi kembar mereka. Syurga buatmu sayang..

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now