Part 18

2.7K 101 2
                                    

"Assalamualaikum, aunty?"
Ucapku saat disambut di pintu utama oleh Puan Sri Faridah.

"Waalaikumusalam Syaf...Syaf ada cedera dekat mana-mana tak?"Semalam cucu-cucunya dah ceritakan semua. Sampai cuti Sayf Aydeen disebabkan jadi hero untuk Syafa Adreen.

Doa dia dalam hati, semoga ada cahaya yang hadir lagi dalam hidup anaknya. Dan dia yakin cahaya yang berjaya membendung hujan dari turun itu sedang cantik berdiri di hadapannya.

Semoga kamu dan Aydeen berjodoh Syaf..Aminn..Mama orang paling bahagia andai doa mama ini Allah makbulkan.

"Errr...Aunty tahu?"Soal Syafa Adreen serba salah.

Puan Sri Faridah hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Encik Aydeen ada ke?"Dia nampak kereta milik lelaki itu elok tersadai di dalam garaj. Aduii, tolonglah cakap dia pergi kerja dengan Pak Karim...

"Ma..Along siap dah ni..."Suara yang datang dari belakang Puan Sri Faridah dicari. Jelas susuk itu sedang terhincut-hincut menapak ke mari.

Aku serahkan semua urusan ini padamu ya Rab..Andai mereka boleh bahagia tanpa melihat kisah lama, aku mohon satukan mereka ya Allah..Doa Puan Sri Faridah tak henti.

"Err...Mama ada hal urgent la along....Mama tak dapat hantar along ke klinik....Erm, Syaf boleh tolong aunty?"

"Maaa.."Dia macam dapat agak apa yang bakal mamanya kata.

"Ye aunty? Kalau boleh saya tolong, saya tolong.."

"Tolong bawakan Aydeen ke klinik...Semalam orang nak hantar dia kata tak sakit, pagi ni bengkak terus kaki dia....Aunty tak dapat teman dia sebab ada hal yang betul-betul urgent...
Hah! Pak Karim dah sampai tu...Aunty pergi dulu, tolong ye Syaf..."

"Err..Ann.."Tersekat perkataan seterusnya dari kerongkong Syafa Adreen apabila aunty Faridah sudah selamat masuk ke dalam kereta... Laju betull...
Urgent sungguh tu....

Syafa Adreen mengeluh. Perlu ke dia menghadap lelaki ini. Penat la dia nak rasa muka macam kena panggang. Semua sebab kes yang memalukan tu.

"Aku tak paksa kalau kau tak sudi hantar. Pak Karim balik nanti, aku pergi sendiri.."
Kata-kata Sayf Aydeen membuatkan Syafa Adreen memandang raut wajah lelaki itu.

Ingat Syaf...Dia jadi macam tu pun sebab selamatkan kau semalam..Takkan kau taknak balas budi dia balik...Hantar pergi klinik je pun...Bukan suruh hantar akad nikah...Dia ketuk mulutnya yang tiba-tiba melalut itu.

"Err..Takpe encik..Saya hantarkan, lagipun semalam encik dah selamatkan saya. Ini mungkin masa saya balas budi encik, jomlah.."

"Rela ke terpaksa?"Tanyanya..

"Rela ke terpaksa ke hanya Allah je tahu niat saya...Encik masuk dulu kereta, saya bagitahu Mak Lijah." Mak Lijah pembantu rumah ni. Mak Lijah bertugas untuk bahagian memasak sahaja, yang lain akan datang mengemas apabila Puan Sri Faridah memerlukan perkhidmatan tersebut. Selalunya Seminggu 2 kali.

Selesai aku memberitahu kepergian kami kepada Mak Lijah, aku segera melangkah ke arah kereta. Aku lihat dia masih berdiri di luar kereta. Apsal tak masuk?

"Kenapa tak masuk?"

"Kut ye pun nak suruh orang masuk atleast hidupkanlah enjin, on aircond..."

Alah, tunggu sekejap je pun..Tak sampai 5 minit aku bercakap dengan Mak Lijah, tak mati kepanasan la kalau tunggu seminit. Over je mamat ni..Huh!

Aku malas ambil pusing lantas melangkah masuk ke tempat duduk pemandu. Enjin aku hidupkan lalu aircond pula aku pasang. Biar anak raja ni rasa sejuk sikit, untung-untung diri dia yang bengis tu boleh bertukar lembut sikit...Takbanyak, 0.05 peratus pun dah okay..

Senyap ibarat sedang berada di kawasan perkuburan. Baik aku ataupun dia. Dua-dua selesa senyap. Radio pun tak on.. Kalau aku on nanti dia tak suka pula...Tapi...Ni kan kereta aku...Suka hati aku la kan?

Teringat pula kejadian semalam. Terus membahang muka aku...Tapi...Aku rasa aku tak ucap terima kasih lagi semalam? Errr...Nak cakap ke tak eh?

"Saya nak ucap terima kasih dekat encik sebab selamatkan saya semalam.."Aku mulakan perbualan.

"Hhhmm.."Apakla itu je dia balas..Aku punya sampai sejuk tangan nak start conversation...
Dia balas 'hhhmmm' je?

"Errr..Saya nak tanya boleh?"

"Hhhmm.."Aku dah juling mata ke atas..

"Arwah isteri encik meninggal sebab apa ye?"

"Tumpah darah.."Ya Allah..
Kesiannya..In sha Allah syurga buat isteri Encik Aydeen ni.

"Mesti cantik kan arwah isteri encik...Saya tengok kembar pun saya tahu...Kembar mesti iras isteri encik kan? Betul tak encik"

"Hhmm.."

"Encik taknak carikan mama untuk kembar?"Aku bukan apa, kadang kesian tengok kembar tu. Kecil lagi dah hilang kasih sayang seorang ibu. Hanya kasih seorang opah dan makcik yang mereka ada.

"Stop acting like we know each other..Remember...I am your employer....Lagipun, kau hanya orang luar, tak perlu sibuk dengan hal aku..."

Terhenyak Syafa Adreen dengan penyataan tersebut. Betulah tu, aku siapa nak masuk campur urusan dia? Aku ni hanya penjaga anak-anak dia. Tak lebih tak kurang.. Jadi atas dasar apa membuatkan aku memberi pendapat sebegitu.

"Maaf encik..Saya takda niat..."Setelah itu suasana kembali sunyi semula sehinggalah mereka pulang semula ke rumah agam milik keluarga Sayf Aydeen ini.

....
TBC
....

See u again...😉

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now