Part 35

3.1K 105 1
                                    

"Morning ibu...."Ucap Raikal. Pagi isnin orang selalunya lemau. Budak ni bersemangat pula. Baguslah.

"Morning sayang..Come duduk, ibu ada buat pancake..."

"Eiiii....Abang so late....Raina dah makan two pancakes....Sooooo delicious..."Siap diangkat lagi ibu jarinya. Dengan coklat melekat di tepi pipinya. Sedap sangat gamaknya.

"Mana ada lambat....Betul la ni, selalu abang turun pukul 7...Kan opah?"Puan Sri Faridah yang masuk ke ruangan makan sambil mendulang air kopi hanya tersenyum. Suka dia tengok pagi ini, cucunya ceria.

"Yelah...Kamu tak lewat, Raina ni aje yang terlebih awal..."Usik opah mereka.

"See..."Jawab Raikal menyokong kata-kata opahnya.

"Mana Aydeen, Syaf?"

"Jogging kut ma...Lepas subuh tadi terus tak nampak batang hidung dia..."Entah pukul berapa agaknya suami itu masuk ke bilik tidur. Bangun subuh tadi lelaki itu sudah berada di dalam bilik air.

"Kamu okay dengan dia?"

"Okay..Kenapa ma?"

"Takda apa....Kamu pun tahu, dia tu duda....Mama taknak dia layan kamu bukan-bukan..."

"Bukan-bukan apanya ma....
Along layan menantu mama baik punya, kan Reen?"Tiba-tiba ada tangan memaut bahuku. Terkejut aku dibuatnya. Entah bila masa lelaki ini masuk ke rumah. Betulah tekaannya, lelaki ini keluar berjogging. Tengok dari segi pakaiannya itu..

"Betul ke Syaf?"Soal mama lagi.

Aku angguk dan senyum. Setakat ni takdalah nampak pelik-pelik layanannya. Okay sahaja.

"See!...Waaa...Anak-anak daddy makan apa tu?"Dia beralih pula kepada anak-anaknya..

"Pancake daddy...Ibu masak, sedapppppp!!"Jawab Raikal.

"Iye? Pandai ibu masak...Daddy nak juga boleh?"Sayf Aydeen duduk di sebelah Raikal lalu menghulurkan pinggan kepada Syafa Adreen.

"Hurmm..Layanlah kamu baby besar ni...Mama nak naik atas tengok papa sekejap.."Aku mengangguk sambil mengambil pinggan yang dihulur suamiku itu.

"Thanks..."Ucapnya setelah aku menghulurkan kembali pinggan itu kepadanya. Sayf Aydeen mengambil secawan kopi yang telah disediakan. Sedang elok dia menghirup kopi itu. Raikal menanyakan soalan sehingga membuatkannya tersedak.

"Mana Raikal..Uhuk...Dengar pasal tu?"Tanya Sayf Aydeen. Dia menoleh ke arah isterinya untuk meminta jawapan namun hanya gelengan sahaja yang dia terima.

"Acu la cakap....Kalau kami nak adik...Ibu dengan daddy kena pergi honeymoon..Kan Raina?"

"Betul..Betul...Betul.."Balas Raina.

"Kenapa korang nak adik...Nanti kalau korang ada adik, ibu dengan daddy takda masa nak main dengan korang...Haaa, nak?"

Kembar itu berpandangan...
Menimbang-tara jawapan daddy mereka. Syafa Adreen hanya diam sahaja. Kenapa Syaf Aydeen berkata begitu? Dia taknak anak dah ke?

"Takpelah....Nanti kalau daddy dengan ibu penat main dengan adik...Raikal dengan Raina la pula main..Kan ibu?"Dia memandangku. Aku hanya tersenyum membalas kata-katanya.

"Nanti kalau ada baby, daddy tak sayang korang macam mana? Nanti korang nak toys, daddy dah tak belikan...Sebab daddy sayang adik je...Haaaa....Padan muka..."

Aku makin tergandah dengan ayat lelaki ini. Niat sebenarnya hanya ingin bergurau atau apa? Apakah betul lelaki ini tidak mahu ada anak lagi?

"Tapi.."

"Dah...Takpayah cakap tentang ni.....Makan cepat, sekejap lagi atuk datang nak hantar pergi school kan..."

Aku rasa macam tak betah duduk sini..Ada betulnya yang lelaki ini sudah tidak mahu anak. Dalam erti kata lain, dia taknak ada anak dengan aku... Aku menolak kerusi kebelakang.

"Raikal dengan Raina makan ye....Ibu nak naik bilik, kepala ibu pening sikit....Salam ibu ye sayang..." Aku menghulurkan tanganku kepada mereka. Mereka sambut tanganku dan kemudian pipiku juga dicium.

Sayf Aydeen memerhati tingkah isterinya. Dia terlepas cakap. Tak patut dia cakap macam tu depan Syafa Adreen, Aduhh!

....
TBC
.....

Belum pape dah ada konflik....
😌😌😌😌
Awai lg nk gaduh.....
Kbye semua....
😘😘😘😘

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum