Part 9

2.6K 103 2
                                    


"Kau kalau tak reti jaga budak, jangan memandai minta kerja..."Aku menunduk apabila dimarahi lelaki ini. Masa dia masuk ke dapur untuk kali kedua, barulah aku nampak wajah lelaki tersebut. Lelaki yang melanggarnya di airport dulu.

Patutlah wajah kembar itu seakan aku pernah nampak, cuma tak beberapa jelas waktu itu.

"Sabar Aydeen..Bukan salah Syaf pun...Raina tak sengaja pegang..."
Aunty Faridah cuba tolong back up aku. Tapi, memang betul pun bukan salah aku. Anak dia yang tak menyabar nak makan.

"Tray tu kan panas..Yang memandai letak dekat dengan budak-budak ni dah kenapa? Nasib baik jari, kalau satu tapak tangan?"

"Saya..min..minta maaf encik...."

"Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la along nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Along taknak benda-benda macam ni berlaku...
Harini melecur jari, esok-esok apa pula?"

Sakitnya hati....Dia cakap macam orang takda iman! Kalau bukan aku pun yang jadi babysitter anak-anak dia..Kalau Allah dah berkehendak, akan melecur juga tangan si Raina tu. Kalau nak jaga anak tu sangat. Kurung je dalam bilik, jangan bagi keluar langsung!

"Sayf Aydeen...Apa cakap macam tu? Melampau tahu tak kamu ni?"

"Betul la along cakap..Dia ni cuai...!"

"Daddy!"Raikal yang datang bersama first aid menghampiri kami.

"Kenapa daddy marah-marah Kak Syaf?"Tanyanya. Kotak first aid diberi kepada opahnya.

"Forget about it...I will find another babysitter for you guys...Kau boleh berhenti, gaji kau, aku bagi full untuk satu bulan..."

"Aydeen!"Puan Sri Faridah.

"Daddy!"Raikal dan Raina.

"Kenapa sampai nak kena berhenti kerja ni? Benda boleh bincang baik-baik kan.."

Nampaknya, aku dah tak diperlukan disini. Bak kata bapak diaorang ni..Aku ni cuai..Tak reti jaga budak-budak...
Hah elok la aku berambus dari sini...

"Aunty...Takpe aunty, mungkin rezeki saya setakat hari ni sahaja...In sha Allah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi..."Aku memandang kembar itu.

"Raikal dan Raina dengar cakap opah ye...Kak Syaf balik dulu.."Aku berdiri dari sofa.

"Saya minta maaf encik atas segala salah saya....Saya tahu, saya tak layak jaga budak-budak ni...Sekali lagi saya minta maaf,..Aunty, Syaf balik dulu ye... Assalamualaikum.."

......

"I don't want to go to school!"
Raina mula membentak. Pak Karim selaku pemandu keluarga Tan Sri Yusof sudah garu kepala untuk memujuk.

"Raina...We are late now...Jom.."
Raikal pula memujuk.

"I said I don't want to go to school! I want Kak Syaf!"

"Kenapa ni? Kenapa anak-anak daddy tak pergi school lagi ni?"Dari tangga lagi dia dengar suara Raina.

"Raina taknak pergi school daddy.."Raikal mengadu.

Sayf Aydeen melutut agar sama paras dengan anak perempuannya itu. Rambut yang terlepas dari ikatan tocang diselit ke tepi telinga.

"Kenapa princess daddy taknak pergi school ni, hurm?"

"I want Kak Syaf daddy....Bring her back.!"Terbuntang mata Sayf Aydeen. Takkan semalam kena pecat hari ini nak kena suruh masuk kerja balik..

"Nanti daddy cari babysitter yang lain okey? Yang lagi baik dari Kak Syaf..."

"I don't want anyone else...I just want Kak Syaf...Don't you get it?"Raina lari masuk ke dalam rumah. Siapa lagi yang dicari, tentulah opahnya.

Sayf Aydeen hanya memandang tingkah anak perempuannya itu. Apa benda la kau dah bagi makan anak-anak aku ni..

"Daddy..."Raikal memanggil.

"Yess darling...Raikal pun taknak pergi school juga ke?"

Raikal menggeleng tapi wajah anak lelakinya itu juga turut sungul. Hailah!

"Boleh tak daddy suruh Kak Syaf jaga kami balik...Kami suka Kak Syaf daddy...Pleaseeee!"

Kuat sungguh jampi yang perempuan tu guna dekat anak-anak aku, sampai semua nak berkepit dengan dia.

Sayf Aydeen mengeluh..Lantas kepala anaknya itu dia gosok.

"You go school first, we will talk about this later..."Raikal hanya mengangguk, lalu tangan daddynya disalam. Kemudian, pipi serta dahi daddynya juga turut dicium.

....
TBC
....

Start esok..
Sis akan update 2 chap setiap mlm....Pukul 9 malam....
Tapi....
Mungkin masa tu kadang akan terlewat sikit ke apa...
Sorry okay....

....

Panjang wooo cita ni....Td draft dah ada 70+...
😪😪😪😪
Tak habis lg tu.....Risau mak cerita panjang2 ni....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now