Part 22

2.7K 98 1
                                    

Sudah beberapa hari kejadian itu berlaku. Seboleh mungkin dia nak mengelak dari bertembung dengan lelaki itu. Baginya lelaki itu ada split personality. Sekejap jadi itu, sekejap jadi ini. Boleh gila dia saat berhadapan dengan karakter lelaki itu yang suka berubah-ubah.

"Kak Syaf, betul ke mama Raikal dekat syurga?"Saat itu mereka baru sahaja selesai membaca surah Al-Falaq. Aku yang masih bertelekung itu memandang wajah Raikal. Raina disebelah juga turut memandangku. Seakan menanti jawapan dari bibirku ini.

"Kenapa Raikal tanya macam tu?"

"Ustazah cakap...Ibu yang meninggal ketika melahirkan anak, akan masuk syurga...Betul ke?"

"Betul sayang.."

"Tapi..Raikal taknak mama masuk syurga...Sebab Raikal nak mama dengan kami dekat sini...Dengan daddy dengan opah dan atuk..."

Terkejut juga la aku dengan penyataan si Raikal. Tapi aku cuba tenangkan diri. Sesungguhnya anak sekecil ini masih tidak tahu apa-apa.

"Raikal sayang....Tak baik cakap macam tu.....Sepatutnya Raikal dengan Raina kena gembira sebab tempat mama dekat syurga....Tempat yang menjadi impian untuk semua orang islam..."

"But...I'm so jealous when I saw my friends have a mother...."Ujar Raina pula.

"Jangan macam tu...Opah dengan acu kan ada....Bukan satu, tapi korang ada 2 ibu tau..."Aku cuba menceriakan keadaan.

"Boleh tak Kak Syaf jadi mama kitaorang?"Aku tergandah dengan permintaan Raikal.

"Yes..True..."Sokong Raina pula..

"Errrr.....Akak....Akak..."Apa aku nak jawab ni?

"Boleh kami panggil Kak Syaf, mama?"Bila tiada jawapan dari ku. Raikal mengasak lagi soalan.

"Errr...Why not korang minta mama baru dekat daddy...
Haaa....Nanti cakap la baik-baik dengan daddy"Sudahnya itu yang aku jawab.

"Betul tu abang....We can ask daddy..."

"Jadi daddy kena kahwin, baru kami dapat mama?"Ujar Raikal..

Aku angguk laju. Betul la tu...Buat apa nak bohong..

"I see..Okay, thank you Kak Syaf....See you tomorrow.."Raikal menanggalkan kopiah lalu bangkit dari duduk. Dia dan Raina berlalu keluar dari bilik ini.

"Fuhhhhh! Mencabar betul nak jawab soalan budak-budak ni...Hope korang berjayalah pujuk daddy korang tu kahwin..."

.....

Makan malam mereka berlima sangat tenang sehinggalah muncul soalan tak diduga dari Raikal.

"Daddy...Boleh tak daddy kahwin dan bagi kami mama?"

"Uhuk! Uhuk!" Kebetulan sungguh. Sayf Aydeen baru sahaja meneguk air sirap ais itu. Tersedak dia dibuatnya. 3 pasang mata memandang Raikal.

"Apa Raikal cakap ni?"

"Abang true daddy....Can you give us one?"Sokong Raina.

"Kak Syaf kata, kalau kami nak mama. Kena minta dekat daddy..."

Apabila mendengar jawapan Raikal...Rahangnya terus bergerak. Paham siapa punya angkara. Selama ini, tidak pernah pun isu ini dibangkit oleh anak-anaknya, kecuali mama. Tapi malam ini....

"Kenapa tiba-tiba ni Raikal, Raina?"Tanya Puan Sri Faridah.

"I saw my friend's mama....I want too...I want to show my friends, my mama too..."

"Ustazah cakap mama kami ada dekat syurga....Dan Raikal taknak mama ada dekat syurga, sebab Raikal nak mama ada dekat sini....Tapi, Kak Syaf kata....Mama kami ada dekat tempat dimana semua orang islam impikan....
Sebabtu, Kak Syaf suruh Raikal minta daddy kahwin kalau nak mama..."

"Enough about this...Don't ever ask me this question again...!" Kerusi ditolak kebelakang, lalu dia segera berlalu dari meja makan itu.

"Aydeen!"Tegur Tan Sri Yusuf.

"Opah...Daddy marah Raikal ke?"Sayu sungguh dia melihat wajah anak itu.

"Tak...Daddy tak marah sayang..."Air mata yang keluar diseka laju. Kasihan sungguh dia dengan cucu-cucunya. Betul-betul dahagakan kasih-sayang seorang ibu.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن