Intro

112 3 0
                                        

POV Ian

"Akhirnya, era sekolah menengah aku bermula" kata hati Ian.

"Hii. Awak pelajar baru kan?"

Aku terpaku dan menoleh ke belakang. "Lah cikgu rupanya" hati aku berkata.

"Oh ye cikgu. Saya pelajar baru. Saya sebenarnya sesat. Saya tak jumpa kaunter pendaftaran pelajar baru".

Aku memerhati nametag yang berada di tudung cikgu itu. "Zarina" sedap nama tu. Teringat pula cikgu garang masa aku darjah 6 dulu. Aku harap cikgu ni tak garang la.

"Jom ikut cikgu. Kita pergi dataran" kata cikgu Zarina.

Aku pun apa lagi. Ikut je la. Sekolah ni dah la besar. Nak suruh aku sesat agaknya.

"Ok awak beratur kat sini ya"

"Ok cikgu" aku berkata.

Kelihatan ramai pelajar form 1 yang baru masuk ke sekolah ni.

"Boleh tahan famous juga sekolah ni. Ramai betul orang"

Beberapa minit kemudian

"Okay seterusnya"

Aku tersentak.

"Saya ke?" aku berkata.

"Ye awak la"

"Garang nya" hati ku berkata.

"Okay nama siapa?" cikgu itu berkata.

"Oh nama saya Engku Ian Zafran bin Engku Hariz Zafran"

Aku memerhati cikgu itu menaip di komputer riba nya.

"Ok awak isi borang ni. Lepastu awak letak dalam bekas meja sebelah ni"

"Okay cikgu. Terima kasih" aku menunduk hormat dan pergi duduk di kerusi untuk mengisi borang.

Setelah aku selesai mengisi borang itu, aku diberitahu untuk pergi ke dewan. Aku hanya mengikuti arahan yang diberi. Maklum la, aku ni tak tahu lagi semua jalan di sekolah ni. Nak merayau pun, nanti sesat.

Setibanya di dewan itu, aku pun duduk di kerusi yang disediakan. Kelihatan ramai pelajar cina.

"Ramainya cina" hati ku berkata.

Aku tak expect akan jadi ramai macam tu sekali. Hari aku bermula dengan ucapan alu aluan pelajar baru dari pengetua.

"Mengantuknya. Bila nak habis ni" aku berkata secara perlahan.

Setelah habis ucapan, aku diberi arahan untuk ke dataran semula.

"Bosannya first day ni" aku berkata sambil menguap.

Di dataran

Sesi pengenalan diri pun bermula. Letih juga aku sebut nama penuh aku banyak kali. Dah la panjang.

Setelah habis sesi pengenalan diri, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing masing. Agak membosankan untuk first day ni tapi takpe la. Ini semua cobaannn..

Sekolah Ian merupakan sekolah antarabangsa yang menempatkan 5% pelajar dari beberapa buah negara. Sekolah ini juga merupakan sekolah top dan terkenal di dalam negara Malaysia. Sekolah ini juga telah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Gred SPM Tertinggi peringkat negara dan sebagainya

Ian'sWhere stories live. Discover now