Siapa sangka gadis yang begitu benci untuk menjalinkan hubungan di saat gentar seperti sekarang mungkin akan menjalinkan hubungan itu juga? Ya! sememangnya dia lain daripada gadis-gadis muda yang sibuk mencari peneman disaat sedang bosan baginya dengan cara itu hanya membazir waktu dan membazir tenaganya. Sehinggalah hadirnya seseorang lelaki yang memenuhi kriterianya.
"Weh Khai!" sedang aku kusyuk menaip laptop aku terus terhenti seketika hampir menjerit tapi terlebih dahulu mulut ku di tutup oleh tangannya.
"Astagfirullahaladzim! Zahra! kau ni memang nak aku pergi awal ke?" marahku sudah aku tegurnya jangan buat aku terkejut selalu tak pasal-pasal aku boleh dapat heart attack muda-muda ni.
"Hehehe sorry la der"
ucapnya dengan riak sengih
"Sorry lah kau sampai tahun depan"
jawabku kasar yang masih marah dengan tindakan awalnya tadi.
"Alaa jangan la marah² nanti cepat tua jom aku belanja Starbuck nakk?"
Pujuknya nak belanja air konon padahal nak ajak lepak.
"Jomlah alang² aku boleh pau kau macam-macam hehe" jawabku pula yela bak kata pepatah Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari ha gitu haha.
"Tapi aku kene inform Mummy dulu nanti dia risau"
Belum sempat aku nak gesel ikon swipe up to unlock terus ditubanya phone ke hadapan mukaku menunjukkan yang dia sudah bebalas chat dengan seseorang beberapa minit lepas
"Nih aku dah chat Mummy nak tunggu kau memang lambat!"
Amboi amboi dahlah chat mak orang lepastu nak berlagak pula? amboi ni dah melebih ni! haha
"Oklah kalau Mummy dah bagi green light"
balasku mudah.
Sudah beberapa minit aku mengemaskan barang-barangku kini kami pun dalam perjalanan ke Starbucks untuk membeli air.
"Wei kau dengan ehem-ehem macam mana"
soalku kerana niat nak diamkan dia dari terus usha lelaki yang lalu ditepinya kami memang pantang nampak lelaki tapi dalam masa yang sama tak suka faham? mesti takkan? sebab tu kami sekepala.
"Ohh dia macam biasalah ada girlfriend baru"
jawabnya basa basi terus moodnya merudum
"Hmm kau ni pun satu lambat kan tak pasal² dah kene caras"
Kataku sebab penat dengar ayat yang sama tiap² hujung bulan.
Yang laki tu pun sama bukan main kerap tukar² makwe tah mana dia rembat aku pun tak tahu.
"Wei aku pergi order kau nak apa? macam biasa ka?"
Soalnya dan aku pun menangguk dengan soalannya disebabkan terlalu akrab dia pun dah hafal favourite aku yang aku pun tak tahu tu sebenarnya kegemaran aku haha punya la peka si budak Zahra ni untung siapa dapat dia.
"Aduhh dia datang lagi" adu ku sambil memegang² perut yang mula berperang. Sempat aku memberi isyarat untuk ke tandas nasib time tu dia tengah pandang arah sini dan aku pun meninggalkan barang² di atas meja.
Time ni memang aku dah tak kisah orang nak curi ke apa memang aku dah tak tahan maklumlah benda yang kita tak boleh kawal memang jadi macam ni.
Sudah selesai aku membuang aku pun berjalan laju untuk ke tempat kami semula. Dari jauh aku dapat lihat Zahra yang hilang dari pandangan entah kemana perginya.
Aku pula terus menuju ke tempat aku tinggalkan barang tadi dapat aku lihat seseorang lelaki yang aneh sedang menjenguk² ke atas meja kami.
Perlahan² aku menuju kearahnya manalah tahu pencuri tanpa berfikir panjang aku terus menerjahnya "Woi pencur"
PAP!
ANDA SEDANG MEMBACA
YOUTH
Fiksyen RemajaBismillah... Bukan mudah untuk seorang gadis yang bernama Lorelei Khaira untuk jatuh cinta walaupun umur baru belasan tahun baginya lelaki bukan lah segala-galanya buat gadis itu.Mungkin dia masih trauma dengan khabar angin tentang lelaki zaman seka...
