EXTRA I - MAHU TAPI MALU!

Start from the beginning
                                    

          Aqil Zayaan hanya anggukkan kepalanya.  Ha'ah!

          Semalam, Afiq Khairul teringat semula reaksi isterinya selepas menonton drama Korea di TV tu.  Isterinya itu terlalu emosi sampai dia pun terlibat sekali.


'Abang jangan jadi macam lelaki tu! Isteri baik macam tu pun dia boleh curang dengan perempuan lain.  Suka sangat bagi harapan kat pelakor tu sampai diambil kesempatan! Ngada-gada! Kurang asam betul!'


          Afiq Khairul hanya mampu mendengar bebelan Leha tu.

          "Aqil, Arif.  Sini... Mama nak pesan sesuatu." Lepas tu, anak-anak lelakinya pula yang jadi mangsa.  Termasuk anak kembarnya yang baru nak masuk 2 tahun tu.  Bertabahlah!

          Afiq Khairul menoleh seketika kepada Aqil Zayaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Afiq Khairul menoleh seketika kepada Aqil Zayaan.

          "Apa lagi yang mama pesan semalam?" tanyanya semula kepada anaknya itu.

          Aqil Zayaan menghela nafas.  Terdengar keluhan nipis daripada bibir anaknya tu.

          "Mama pesan lagi, kalau dah besar nanti.  Jangan mainkan perasaan perempuan, sebab Aqil ada adik perempuan.  Dunia ni ibarat roda yang berputar.  Kifarah sentiasa ada.  Lambat atau cepat, pasti ada balasannya.  Jangan sia-siakan hidup Aqil dengan perkara yang tidak berfaedah.  Dan, sebagai pegawas di sekolah tu... Aqil kena tunjukkan contoh yang baik.  Itu saja..," jawab Aqil Zayaan panjang lebar.

          Terus saja Afiq Khairul tersengih. 

          Amboi, isterinya tu dah pandai bagi nasihat walhal waktu sekolah dulu dialah paling suka langgar peraturan.  Sampaikan Amin pening kepala dengan perangai Leha tu!

          "Tapi paa, Aqil baru 10 tahun..," sambung Aqil Zayaan dengan muka sememeh.

          Bagi Aqil Zayaan, dia masih budak-budak lagi dan... Ada apa dengan cinta?  Dia langsung tak terfikir pun benda merepek tu!  

          Apa yang dia fikir sekarang ni pun hanya tentang adik-adiknya kat rumah tu.  Betapa susahnya jadi abang.  Apalagi punya adik-adik yang macam 'cacing kerawit'.  Hanya adik perempuannya, Aafiyah Humaira yang manja dan dengar cakap.  Tapi, tidak pada adik-adik lelakinya.  Mereka sangat aktif dan suka buat onar.  Masa tidur saja baru rumah tu aman sikit!

          Afiq Khairul tergelak lagi sambil mengusap kepala anaknya.  Apabila anaknya buat riak muka macam tu, serupa sangat dengan gaya isterinya!

          "Mama bagi peringatan sebab sayangkan Aqil.  Bila Aqil dah besar sikit, Aqil tahulah apa maksud mama tu," balas Afiq Khairul.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now