🌷 LJY ¦ Sweetest Trap

Começar do início
                                    

"Anak keluarga Lee, Lee Juyeon" Senyuman sinis diukir untuk Chaewon

Terus kepalanya terasa berpinar. Benar benar mahu pengsan. Namun dikuatkan diri agar tidak buat perangai di hadapan keluarga tersebut

Mafia gila yang sedang memburunya

"Tepat betul masa kamu datang. Kami tengah buat perancangan untuk kawinkan kamu dengan Juyeon"

"NAE?!" Hilang terus suara ayunya digantikan dengan suara singa. Bergema seluruh pelusuk rumah dibuatnya

Ruang tamu itu terus senyap memandang Chaewon dengan dahi berkerut

Wajah Chaewon mula bertukar tona. Merah persis tomato

"A-aigoo maafkan saya..." Ucapnya tunduk memandang bawah. Tidak berani hendak bertentang dengan mana mana pasang mata

Lebih lebih lagi Juyeon

"Chaewon yang suruh eomma carikan jodohkan? Sebab tulah eomma appa pilih Juyeon. Yang terbaik untuk kamu. Baik orangnya. Appa kenal dia. Selalu tolong appa dekat company appa tu" Ujar puan Kang pada Chaewon

"T-tapi... Chaewon tak kenal dia. Mana tahu dia... jahat ke?" Bisik Chaewon. Mahu Puan Kang sahaja yang mendengar

"Tak kenal? Chaewon shi, semalam bukan ke kita jumpa dekat yacht? Takkanlah buat buat lupa? Atau awak nak saya cakap--"

"AAHHH Ingat ingat! H-hahahaha... K-kita borak pasal interior office awak. A-awak cakap nak tambah hiasan tu kan? Sorry. Ramai sangat client sampai saya lupa" Pantas Chaewon mencantas ayat Juyeon. Takut kalau rahsia besarnya terbongkar hadapan keluarga

Juyeon tersengih sengit. Puas dengan reaksi cuak Chaewon

"Kamu cakap nak cari passport. Eomma ada letak dekat dalam laci meja solek bilik kamu"

"N-nae eomma... C-chae naik bilik dulu. Ahjumma, ahjushi. Boraklah dengan eomma appa. S-saya nak cari passport" Tersekat sekat ayat dituturkan. Minda Chaewon sedang kosong ketika ini. Namun cuba juga untuk menjadi ramah

Setelah diberi keizinan, Chaewon melangkah ke tangga. Apabila dua keluarga itu tidak melihat kelibatnya, pantas sahaja langkah dibuka besar berlari ke tingkat biliknya

Pintu bilik diterjah lalu masuk ke dalam bilik. Tangan dikepal membentuk penumbuk sambil gigit diketap. Terkembang kempis hidungnya menghirup oksigen dengan laju

Jantung pula bagai hendak pecah. Tak habis berdegup laju setelah melihat kelibat Juyeon tadi

"Dia tahu pasal aku? Habis tu macam mana ni???" Ke hulu ke hilir bilik lamanya diteroka. Cuba mencari idea yang bernas sambil menenangkan diri

"Macam mana nak tenang niii?? Kang Chaewon, nampaknya hayat kau sampai sini saja!"

"Entah entah, masa aku jadi isteri dia, dia seksa aku? Korek biji mata pastu bagi ikan makan. Lepastu kerat jari tangan ngan kaki. Lepas tu siat kulit aku. Lepas tu biar aku hidup sambil tergantung dekat siling keadaan terbalik? Tak pun dia sula aku dengan batang besi panas? HUAAAA TAKNAKK!"

"Satu cara je untuk terlepas daripada dia. Bunuh dia. Ya! Bunuh diri! Daripada dia tangkap aku dan seksa aku sampai mati, baik aku bunuh diri. Tak adalah aku kena seksa! Nak lari pun dah tak boleh dah. Itu je jalan yang ada" Monolog Chaewon persis orang kurang siuman sambil membuka seluruh pintu almari mencari senjata yang pernah disimpan secara rahsia

Dia sudah separuh gila sejak diumumkan bahawa dia akan dikahwinkan dengan Juyeon

Pintu almari ditutup. Ketika itulah baru dia sedar figura tinggi Juyeon sedang berdiri betul betul di sebelahnya

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Onde as histórias ganham vida. Descobre agora