BAB 26

11.3K 538 7
                                    

Irene naik ke atas katil. Wajah suaminya yang sedang tidur ditenung.  Rambut yang berada di atas dahi Dionz ditolak perlahan dengan jari telunjuk.

"Abang taknak bangun ke?." Mata hazel tu terbuka perlahan memandang nya.

"erh why babygirl?" Suara serak basah tu menyapa gegendang telinga Irene sehingga mampu buatkan bulu roma nya menegak.

"Want hug hm?" Jejaka tu pandang tepat ke arah mata Irene. Gadis tu teguk air liur. Manakan tidak, rambut yang serabai dan tidak berbaju tambahan pula suara serak basah nya mampu buatkan jantungnya berdetak laju.

"Kenapa tenung?" Tangan kecil tu dicapai dan ditarik lembut agar dekat dengannya.

"Irene takut." Ternaik kening Dionz.

"Takut kenapa sayang. Abang tak buat apa apa pun." Pelik Dionz. Takkanlah mahu pegang tangan saja sudah takut.

"Suara abang baru bangun tidur tu." Dionz tergelak kecil dan semakin menaikkan bulu roma Irene bila Dionz ketawa di tepi telinga.

"Don't be scared, sayang. Sini tidur sebelah abang. Abang mengantuk lagi ni." Semalam dia menjaga Irene sehingga jam 3 pagi kerana gadis tu asyik batuk saja.

"Irene minta maaf sebab semalam menyusahkan abang." Dionz kembali membuka mata dan diusap sayang pipi gebu tu.

"It's not your fault sayang. Tu tanggungjawab abang untuk jaga sayang." Katanya dan mata nya kembali dipejamkan.

Irene mahu mengusap rambut soft suaminya tapi dia takut jika Dionz marah.

"Usap ja sayang. Abang tak marah." Dionz bersuara dengan mata yang masih terpejam. Irene yang mendengar keizinan Dionz barulah dia berani mengusap rambut tersebut.

Digulung rambut Dionz di jari jemarinya. Irene yang geram dengan rambut lembut jejaka tu membenamkan wajahnya di rambut Dionz. Digesel gesel.

"What are you doing sayang?" Irene terkekeh kerana dapat menganggu lena si suami.

"Saja nak kacau abang lah ni." Ditekup kedua pipi gebu tu sehingga memuncung bibir nya.

"Hm em"Balas gadis tu sambil menganguk.

"Duduk diam diam. Abang nak tidur sekejap ja. Jangan sampai abang yang diamkan sayang kang lain jadinya." Amaran keluar dari sang suami. Irene angguk lagi.

"Okeyh janji tak kacau dah." Dia mendekati Dionz dan menyembunyikan wajah di dada tegap tu.

"Good girl." Digosok kepala Irene perlahan.

DERINGAN telefon menyentakkan Dionz dan jejaka tu segera mencapai telefon nya.

"siapa pula ni." Mengecil mata Dionz melihat nama pemanggil. Mata nya terbuka luas tatkala nama mama nya tertera di skrin. Pantas dijawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Dionz" suara lembut si ibu kedengaran di hujung talian.

"Walaikumusalam ma ada apa ni call Dionz?" Soalnya sambil menekup mulutnya kerana menguap.

"Kamu ni baru bangun ke Dionz? Mama call ni nak suruh kamu berdua datang makan tengah hari dekat sini." Dionz melirik ke arah jam menunjukkan pukul 11:30.

"Hm ha ah baru bangun. Nak Dionz dengan Irene pergi sana pukul berapa?" Soalnya dan menunduk melihat isterinya yang tidur di dada.

"Pukul 12 kamu berdua datang lah. Mama nak mula masak dah ni. Datang tau, mama rindu dengan menantu mama." Dionz hanya bergumam saja.

"Yelah rindu menantu ja anak sendiri tak rindu."

"Mama tahu kamu cemburu. Tak payah tunjuk sangat tak da orang kesah." Dionz menjulingkan mata nya tanda menyampah.

Sebaik panggilan ditamatkan, Dionz menoleh ke kanan dan memeluk tubuh isterinya.

"Sayang, bangun" bisik Dionz di tepi telinga isterinya dengan lembut.

"Hmm" Irene mengeliat kecil dan terkebil kebil matanya memandang wajah Dionz yang dekat saja.

"Bangun mandi kita pergi rumah mama dengan papa." Bersinar mata Irene dan bangun dari baringannya.

"Yeay! Irene nak mandi." Dia melompat turun dari katil. Dionz tergeleng melihat perangai isterinya yang seperti kebudak budakkan.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now