BAB 15

14K 624 11
                                    

Masuk saja ke dalam rumah tu dia berkerut hairan kerana sunyi sahaja. Dicari sosok tubuh Irene namun tidak dijumpai.

Diatur langkah ke bilik dan diketuk terlebih dahulu.

"Irene" Sebaik tidak mendengar sahutan diatur langkah masuk ke dalam dan kosong.

"I-" matanya terpandang akan satu kertas yang dilapik di atas meja solek. Diambil kertas tersebut.

Assalamualaikum abang, Rene minta maaf sebab Rene keluar tanpa izin abang tapi izinkan Rene untuk keluar mencari ketenangan. Rene tak sanggup nak hidup dibawah caci maki dan pukulan dari abang. Rene tak kuat macam apa abang fikir. Rene pun ada hati dan perasaan juga. Kalau abang nak kan Rene lagi, Rene mohon datang lah dengan versi yang baik bukan seorang suami yang dayus. Rene sayangkan abang dunia akhirat.

Dionz terdiam membaca isi surat tersebut. Isterinya sudah pergi tinggalkan nya sendirian?.

"Abang dah buat silap besar."dihela nafas nya. Kini rumah tu sunyi dan hanya dia saja dirumah tersebut.

IRENE menyalam tangan kedua ibu abah nya dan dipeluk erat.

"Kenapa balik tak bagitahu ni? Mana Dionz?" Tanya abah dan memandang wajah anak nya.

"Hidung Rene kenapa? Dionz buat apa dekat anak abah?" Irene memandang wajah orang tua nya.

"Kita masuk dulu. Rene cerita semuanya." Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan duduk diruang tamu.

"Selama ni Rene berahsia dari ibu abah, mama ngan papa. Selama Rene berumah tangga dengan Dionz, dia hanya pukul Rene saja bu abah." Kepala ditundukkan. Ibu dah abah menekup mulut tidak percaya.

"Setiap hari Rene dapat seksaan dan caci maki dari dia. Apa yang Rene buat semua tak kena. Rena pernah masuk hospital disebabkan kena langgar dan kena tembak bahagian perut." Jelas Irene dengan air mata mengalir laju.

"Allahuakbar, abah tak sangka Dionz layan anak abah macam ni sekali." Abah pandang anak perempuan nya yang menangis.

"Kenapa Rene tak bagitahu ibu dengan abah hal ni?" Tanya ibu imah.

"Bukan Rene taknak bagitahu tapi Rene takut dengan Dionz kalau dia dapat tahu Rene mengadu. Ni pun Rene larikan diri." Ibu bangun duduk disebelah anak nya dan dipeluk erat.

"Ibu tahu anak ibu kuat." Diusap belakang anak nya perlahan. Irene melepaskan tangisan nya di bahu ibu. Abah hanya memerhati.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now