BAB 21

12.6K 543 3
                                    

Irene mencapai kunci motor Lc nya dan diatur langkah keluar dari rumah.

"Rene, nak pergi mana tu?" Tanya abah. Dionz ikut menoleh ke arah isterinya.

"Pergi hantar gulai dekat rumah makcik imah lepastu nak ronda ronda kampung." Dihidupkan enjin motornya.

"Bawa lah Dionz sekali dah alang alang nak keliling kampung. Dionz pergilah." Jejaka tu tersengih dan segera mendekati isterinya.

"Eyyy menyibuk ja." Dionz menjelir lidahnya tidak kesah dan naik di seat belakang.

Dionz meletakkan kedua tangannya di pinggang si isteri.

"Best pula duduk kampung. Dekat bandar bising dengan kereta motor." Tutur Dionz sambil melihat sekeliling.

"Itulah Rene lebih suka duduk kampung." Diberhentikan motor nya dan Dionz melangkah turun.

"Assalamualaikum makcik imah." Pintu rumah tu terbuka dan wanita berumur 50 an keluar mendekati mereka berdua.

"Walaikumusalam." Irene tersenyum manis dan memberi tupperware berisi lauk tengah hari.

"Ni ibu bagi untuk makcik imah."

"Terima kasih lah susah susah pula. Ni suami kamu ke? Segak nah. Sepadan hampa dua." Mereka berdua tersengih saja.

"Biasa ja makcik. Tak da lah segak mana." Irene mengerling ke arah Dionz yang sudah kembang.

"Kami minta diri dulu nah makcik. Assalamualaikum" disalam tangan wanita berkedut tu.

"Abang lah bawa. Nanti Rene tunjuk jalan." Dionz hanya menganguk sahaja.

"Tak payahlah laju laju abang! Jalan kampung ja pun bukan litar." Terpaksa Irene memeluknya. Jejaka tu melepaskan ketawa.

"Abang nak irene peluk ja. Biar nampak sweet sikit." Dia memperlahankan motor. Irene melabuhkan dagu nya di bahu Dionz.

"Gatal jugak eh abang." Jejaka tu tergelak saja.

"Only with you sayang. Besok kita balik KL eh. Banyak kerja nak kena settle dekat office." Irene mengangguk sahaja.

"Diorang buat apa tu sayang? Angkat angkat padi?" Tanya Dionz.

"Tu diorang menyulam. Rene pun tengok abah selalu buat macam tu."Balas nya dan Dionz meng'ohh'kan saja.

SETIBANYA mereka dirumah, Irene melangkah turun dari motor dan didekati ke arah ibu.

"Seronok ronda?" Irene tersenyum dan menganguk.

"Irene nak masuk mandi dulu. Badan pun dah masam." Ibu tergelak kecil dan dipandang anak perempuan nya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh, arh tak da tak da Irene nak mandi dulu. Abang jangan nak menyibuk." Terkebil kebil Dionz.

"Apehal pulak. Abang yang sampai dulu kan jadi abang mandi dulu." Irene pandang tak puas hati.

"No! Irene tak kira. Irene nak mandi dulu!" Dionz berpeluk tubuh dan pandang ke arah nya.

"Nak mandi dulu?" Irene menganguk. Dionz ukir senyuman sinis nya.

"Arh abang! Turunkan Irene!" Dionz tergelak jahat dan diatur langkah masuk ke bilik air.

"Kata nak mandi kan. Ha meh mandi sekali dengan abang dapat pahala." Ditutup pintu bilik air tersebut.

"Abang miang!!!"

Jelas ketawa Dionz kedengaran sehingga ke telinga ibu dan abah yang berada di luar rumah.

"Irene sejuk." Kasihan pula Dionz melihat isterinya. Ini kerana ulah nya yang nak mandikan Irene lama lama.

"Come i hug you." Dionz memeluk tubuh isterinya kemas bagi menzahirkan kehangatan tubuhnya.

"I am sorry. Abang tak tahu sayang tak boleh terlampau sejuk." Dikucup tepi dahi Irene dan diusap belakangnya.

"Tak apa Rene okeyh ja." Dionz mengetatkan lagi pelukkan nya. Memandang kan dia tidak memakai baju jadi kehangatan tubuh jejaka tu dapat dirasai oleh Irene.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now