BAB 5

14.8K 691 21
                                    

Nafas berat dihela perlahan. Badannya terlalu letih dan perlukan rehat.

"IRENE! GOSOK BAJU AKU!"Arahnya dari luar bilik dan dia membuka pintu tu sebelum melempar atas katil.

"Now! Kalau aku tak nampak baju tu dalam almari memang siap aku kerjakan kau." Ditutup kasar pintu bilik Irene.

Baju kerja Dionz diletakkan dalam almari biliknya terlebih dahulu dan direbahkan badannya untuk tidur.

"Kau memang babi kan! Mana baju aku hah? Aku suruh kau letak dalam almari!" Ditarik kasar rambut Irene agar bangun.

"Abang tolonglah Rene nak rehat." Mohon nya. Tak boleh ke dia rehat sekejap saja. Tidur pun tidak cukup.

"Nak rehat? Boleh."

Pang.

Tubuh tu terbaring di atas tilam. Dionz tersenyum puas. Namun senyuman nya hilang bila tubuh tu langsung tidak bergerak. Dia naik atas katil dan diselak rambut yang menutupi wajah.

Ditarik perlahan tubuh lemah tersebut dan ia jatuh ke pangkuan nya.

"Irene" ditepuk tepuk pipi tu.

"Irene Nadya." Mata tu tertutup rapat dan tepi bibirnya berdarah disebabkan tamparan kuat nya sebentar tadi.

"Sayang Irene." Jantung Dionz berdetak laju. Tepi bibir isterinya yang berdarah dilap perlahan.

Dionz terus mendakap tubuh tu erat. Dicium tepi dahi tu dengan lama.

DIONZ mencelikkan matanya dan memandang wajah isterinya yang disebelah.

"Irene" ditepuk pipi isterinya perlahan. Mata tu perlahan lahan terbuka memandang nya.

"A..abang" dahinya berkerut apabila merasa sakit di tepi bibir.

"Bangun mandi. Kau tak payah nak membuta sangat." Jejaka tu bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Irene bangun dari baringannya dan duduk terlebih dahulu. Bibirnya yang sakit disentuh perlahan dan baru dia teringat waktu semalam.

Nafas perlahan dihela. Bila suaminya mahu berubah. Setiap hari pasti mendapat caci maki dan pukulan dari jejaka tu saja.

Ahli keluarga mereka berdua tidak tahu akan hal ni. Dia juga takut untuk memberitahu kalau ia akan membuatkan Dionz mengamuk.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now