🌷 ERS ¦ Whisper pt2

Beginne am Anfang
                                    

Degupan jantung kembali stabil. Hilang denyutan pada kepala. Youngjae mula terasa mengantuk kesan daripada ubat itu

Tubuh dibaringkan pada katil. Cuba menyibukkan fikiran dengan perkara lain sambil mata perlahan lahan menjadi berat

Serentak itu, pintu bilik terasa dibuka seseorang. Sudah meneka bahawa doktor yang datang melawat. Jadi tidak perlulah dia menoleh

"Psst~ Eric"

Youngjae mengerutkan dahi setelah mendengar bunyi bisikan tersebut

"Ericie!"

"Yah Eric Sohn Youngjae!"

Yakin suara bisikan itu benar benar memanggilnya, Youngjae bangkit daripada katil lalu menoleh kearah pintu

Dua figura lelaki sedang berada di pintu dan seorang lagi sedang berjaga di luar

Mata Youngjae serta merta terbeliak

"H-hyunjae hyung? Younghoonie hyung? Juyeon--"

"Dah tak ada masa! Cepat ikut kitorang!"

Younghoon berlari kearah Youngjae. Menggenggam kemas pergelangan tangan Youngjae lalu menarik lelaki itu

Fikiran Youngjae kosong. Hanya mengikut langkah laju Younghoon menarik dia hingga ke pintu bilik

"H-hyung masih hidup?" Hyunjae tersengih

"Aku kena turunkan genetik muka kacak aku ni dekat anak anak aku. Takkan la aku nak mati awal? Kawin pun belum lagi" Sempat Hyunjae berseloroh manakala Youngjae sudah mengalirkan air mata

Habis merah seluruh wajahnya

Baru sahaja dia hendak meraung, pantas tangan Juyeon menekup kemas mulut lelaki itu

"Kami pun rindu kau. Tapi bukan sekarang. Kita kena keluar dulu. Okay? Sohn Youngjae, uljima. Kami ada dengan kau sekarang" Pujuk Juyeon beserta senyuman manis

Mahu tak mahu, Eric mengangguk

"N-nae hiks..."

"Psst psst!"

Suatu bisikkan jelas kedengaran. Hinggalah ternampak satu tangan sedang memberi isyarat okay dari sebalik dinding

"Line clear! Jom jom jom!" Besar langkah dibuka oleh ketiga jejaka itu dengan berjaga jaga. Youngjae masih ditarik Younghoon

Lelaki itu hanya pasrah walaupun tidak tahu motif mereka

"Hyung buat apa ni?" Soal Youngjae baru hendak bertanya

"Bawak kau lari daripada tempat ni" Mulut Youngjae terlopong

"Mwo--" Sekali lagi Juyeon menekup mulut Youngjae

"Shuhhh!"

"Shuh!"

"Shuhhh! Jangan bising" Serentak mereka

Operasi mereka kembali berjalan tanpa menanti respon Youngjae

Sekali lagi menyelinap keluar mengikut jalan yang mereka masuk tadi

Hinggalah ternampak Changmin dan Chanhee sedang melambai agar mengikut jalan mereka

Mereka mendekati dua lelaki itu dan bergerak menuju ke pintu jalan keluar daripada belakang

"Yah! Terkunci!" Ujar Changmin sambil menunding mangga pada pagar

"Bukan aku suruh kau cari pagar yang tak kunci ke tadi?"

"Ini je pagar yang ada! Hyung tak payah la marah marah!" Bentak Changmin semula memarahi Younghoon

"Mian"

"Habis tu macam mana nak keluar ni?"

"Panjatlahh!"

"Panjat apanya?? Tak nampak gerigi tu?? Sakit tau kalau kena?"

"Dah tu takkan nak korek lubang?"

"Youngjae shi"

Satu suara memanggil manggil namanya. Youngjae berkerut. Cuba mencari suara tersebut

Rakan rakannya sedang sibuk bergaduh. Hanya dia sahaja yang mendengar

"Youngjae shi bangun"

"Sohn Youngjae shi, bangun"

Kelopak mata Youngjae terbuka menyapa syiling putih yang sangat dia kenali

Muncul rasa kecewa dan sedih

Mimpi. Segala galanya mimpi. Buat kali entah ke berapa dia mengalami perkara yang sama. Semuanya disebabkan ubat itu

Pandangan dialihkan pada Doktor Soojin. Gadis itu sedang terkial kial mengeluarkan sesuatu daripada beg kertas

"Tukar baju awak cepat" Bisik Doktor Soojin sambil meletakkan sepasang baju gantian

Eric mengerut dahi. Daripada baring, dia menukar posisi agar duduk

"Kenapa ni doktor?"

"You're right. Diorang tak mati lagi" Beritahu Soojin

"Siapa?"

"Your friends! Cepat tukar baju. Saya akan bawa awak keluar daripada tempat ni" Arah Soojin

"Another dream" Gumam Eric sambil menggeleng kepala tidak percaya

"Mimpi? No you're not! Cepat tukar baju awak sekarang!!" Gesa Soojin

"Jinjayeo?"

"Ye betul!! Cepat awak tukar baju! Awak nak tengok orang luar pandang awak pelik? Tak pasal pasal dapat report pesakit dari hospital sakit jiwa terlepas--"

"Okay okay saya tukar!" Potong Eric melompat daripada katil pakaian yang diberikan Soojin sempat dicapai sebelum memecut laju masuk ke dalam bilik air

"Ani. Doktor Soojin. Are you serious? They still alive?"

Soal Eric daripada bilik air

"Maaf saya tak percayakan awak haritu. And yes, They are. I did research. Kawan kawan awak masih hidup dan selama ni dia cari awak. Saya jumpa kawan kawan awak semalam dan janji akan bawak awak keluar daripada tempat ni"

"This is not a dream right?"

"No its not"

"And... they miss you so much"

"Me too..."

▲▲▲

🍁; All of the members are good at pretending

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

🍁; All of the members are good at pretending. Nampak okay padahal sakit🙃 nak cre.ker balik

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt