bab 2

68 19 2
                                    

23 july 1996

Aku terkedu apabila melihat satu susuk tubuh badan sedang berdiri tegak dihadapan aku. Mahu gila aku kerana dia.

"Apa kau buat kat sini!?" Geram aku menyoal.

"Kau tanya aku apa aku buat? Aku belajar dekat sinilah. Takkan cari kerja pula"

Ya tahun 1990 dia adalah pelajar baru disekolah aku. Dan sekarang di UPM dia pula muncul dihadapan aku sebagai pelajar universiti berdaftar kemasukkan tahun 1996.

Dekat mana - mana aku jumpa mamat poyo ini. Tak guna!

"Kau ini kan... dekat merata tempat aku jumpa... apa masalah kau eh!?"

"Mungkin jodoh agaknya" dia ketawa sambil menahan perut.

Berona rupaku kerana mendengar balasannya itu. Dari dulu sehingga sekarang tak berubah perangai poyo dia!

"Blah! Aku tak nak jumpa kau!" Bahu aku terus menolak tubuh badan lelaki itu.

Secara tiba - tiba tanganku ditarik oleh lelaki itu.

"Nah" dia serahkan padaku sepucuk surat.

"Bukak bila kau ready. Cau!" Dia ketawa terus belari.

Aku terpaku disitu. Otak aku masih tak boleh proses kenapa dengan lelaki itu. Aku ketap gigiku terus menjerit.

"AKU TAK SUKA KAU HAFIZ"

DIARI CINTA KITAWhere stories live. Discover now