penyesalan

80 16 4
                                    

     "Arya jom balik jom, " sejak Arya di melaka, dia seakan akan orang lain. Dia berkurung di dalam bilik, menangis seharian. Setiap kali hujan, dia keluar bermain hujan, dan bercakap yang entah dengan siapa. Setiap kali dia mandi hujan mesti demam. Masa makan, dia hanya makan sedikit. Bole dikatakan seakan akan orang gila.

     "Mi sekejap laaa, aku tengah cakap dengan Nazrin ni, dia kata dia minta maaf" Arya tersenyum manis.

     "ARYA SUDAH ! NAZRIN TAKKAN DATANG ! BERHENTI BERHARAP, BANGUN LA BODOH !" Arya tersentak sebelum senyumanya hilang. Helmi terpaku, dia tahu dia terselepas cakap.

    "Aku tahu, saje nak buat buat tak tahu" Arya mencangkung. Kebetulan juga hujan sudah rintik rintik.

     "Lama sangat la hang buat buat tak tahu ni" Helmi turut mencangkung.

     "Dah berapa lama? "

     "Dah 2 minggu, "

     "Ouhh tak de la lama mana"

     "Tak nak belajar dah ke? "

     "Aku tengah cuti sem la mangkuk"

     "Ouhh, patut sempat meroyan macam mak hilang anak"

     "Hang pernah tengok ke mak hilang anak?"

     "Pernah "

     "Bila? "

     "Ni ha. Yang depan aku ni"

     "Kurang ajar, biadap betul"

     "HAHAHAHAHA, jom balik? " Helmi bangun sambil menghulurkan tangannya.

     "Tapi hensem sia hang pakai baju keje" Arya bangun tanpa menyahut huluran tangan Helmi. Helmi hanya tersenyum.

     "Lepas tu, tak nak fall in love dengan aku? " Helmi mengakat-ngankat keningnya.

      "Ha mimpi" Arya membuat muka seakan akan ingin termuntah. Lalu mereka berdua Ketawa dalam pejalanan pulang.

     "Asslamualaikum ummi, mi balik dengan Arya ni " pintu dibuka di iringin salam. Perempuan yang digelar ummi itu berlarian memeluk Arya, iya Arya bukan anaknya tapi dia amat manyayangi Arya seakan adalah anaknya sendiri. Arya yang tadinya ingin berhenti memanangis , kini di teresak esak di bahu ummi.

     "Maaf ya, Arya buat ummi risau" Ummi hanya mengangguk sambil mengusap belakang badan Arya.

__________

     "Ya Allah Aiden! Kenapa basah kuyup ni? Kamu mandi hujan ke?" Aiden yang tadinya terlihat baik baik saja, kini terduduk menangis. Air matanya mengalir tanpa henti, bibirnya mengucap dia salah, dia minta maaf berulang ulang kali. Puan Arina sayu melihat anaknya sebegitu, turut menangis.

     "Iya ibu maafkan " hanya itu yang Puan Arina katakan setiap kali Aiden meminta maaf.

     "Assalammualaikum Helmi, ibu ni " sudah 2 minggu sejak Aiden menangis seakan-akan dunianya hancur berkecai. Setiap hari Puan Arina memikirkan apa yang dilalui anaknya, sampai tangisannya sebegitu.

     "Waalaikumsalam ibu, iya? " Helmi mengangkat telefon dan memberi isyarat pada Arya memberitahu dia keluar sekejap. Arya yang masih menangis depelukan ummi hanya mengangguk.

     "Helmi dekat mana ya? Ibu nak tanya sikit"

     "Ibu nak jumpa? Maaf tapi mi kat Melaka. Kalau penting mi balik sekarang. " Helmi melihat jam di tangannya, 5:30 petang. Kalau dia pulang sekarang agak agak bila dia sampai?

     "Oh iya ke? Tak penting sangat, ibu cuma risau. Helmi balik sini bila? " Puan Arina menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan punggung.

     "Tak pasti lagi, mungkin lama lagi agaknya kat sini"

     "Mi  panggil suruh mandi " Arya menjerit dari depan pintu rumah , malas berjalan.

     "Iya sayang" Helmi menyahut dengan nada bergurau.

     "Bodo" Arya menyebut tanpa suara, tapi dia tahu Helmi nampak. Helmi hanya ketawa manis, Arya mengepalkan tangannya lalu berlalu pergi.

     "mi dah ada girlfriend yaa? " suara di corong telefon mengembalikan dia kedunia nyata. Jika di iya kan, terasa salah. Jika menindakkan seakan akan menipu dirinya sendiri.

     "Helmi? "

     "Iyaaa ibu? Mi pergi dulu yaa, ummi dah panggil. Assalammualaikum." Telefon ditutup selepas dengar salam di jawab.

     "Siapa telefon tadi? " tanya Arya.

    "Ish sabar jap, tadi suruh mandikan? Yang sibuk sangat nak tau tu kenape? "

     "Iye laaaaaa, selalunya hang elok je call depan aku. Kenape tibe tibe call jauh? Sampai keluar rumah pulak tuu? "

     "Kenape? Ape salahnyaa? "

     "Adee laaaaaa rahsiaaa. "

     "Girlfriend ehhh? "

     "Kalau yaaa? " Jantung Helmi berdegup laju.

     "Kalau ya tak pe laa. Tak de la berkepit dengan aku jee" Helmi terdiam, dia terluka. Apa yang hang harap helmi? Hang tau dia suka siapa, kenapa still suka?

     "Kalau macam tu okay laaaaaa."

"Berharap juga suatu seni menyakiti diri sendiri " -Helmi.

hujanWhere stories live. Discover now