Depression

97 17 0
                                    

   Seorang perempuan cantik duduk berhadapan dengan Arya. Membetulkan duduknya supaya selesa untuk sebelum memulakan sesi mereka. "Nama awak siapa? "

   "Nama saya Arya. Arya Sofia. "

   "Hai Arya, nama saya Nurin. Panggil Kak Nurin je. Bole saya tau kenape awak datang sini ya? Awak ade barcode ke?" Arya menggeleng laju dan menunjukkan lengannya yang bersih.

   "Jadi kenape awak disini? " Arya tersenyum. Dia agak kekok untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dicubanya iaitu bercerita.

   "Saya rasa saya ada depression "Hanya itu yang mampu arya ucapkan.

   "kenape awak rasa macam tu ya? " soalan itu dibiar sepi. Nurin tersenyum, bukan sekali dua dia bertemu dengan seseorang yang sebegini. Dia cuba mengambil nafas sedalam yang boleh.

   "Sekarang apa awak rasa? "Nurin mencuba menatap mata Arya.

   "Sedih, marah"

   "Bole saya tau kenape awak rasa macam tu? " soalan itu dibiar sepi sekali lagi. Arya menangis.

   "Nak tau satu perkara? Kami tak pernah rasa terbeban bila orang bercerita tau. Saya tau Arya takut bebankan sayakan? Tapi Arya, kalau Arya tak cerita macam mana saya nak tolong?

   " Saya tak pandai. Walaupun banyak kali saya cuba saya tetap gagal. Saya kadang kadang benci diri saya. Saya sulung jadi saya kene jadi contoh, tapi saya seteruk itu. " dalam tangisan Arya bercerita satu persatu-satu. Cerita yang selalunya disimpan sendiri kini terungkap. Nurin hanya mendengar dengan buku di tangannya.

   "Mak saya tak pernah dengar cerita saya. Dengar, mungkin saya tak suka riaksinya. Dia tak faham saya, jadi saya takkan mintak dia faham. Saya pernah bercerita tentang Saya bergaduh dengan kawan saya, saya cakap kat mak saya yang saya tak suka dia sebab dia selalu pinggirkan saya. Mak saya cakap biase la tu. Saya tak kisah dia bagi pendapat dia. Tapi backup la Saya dulu. " cerita disambung, air mata Arya semakin banyak. Tisu dihulur.

   "Arya pernah bincang dengan mak ? "Arya menggeleng.

   "Tak, dia tak de masa untuk saya. Dia selalu sibuk dengan kerja dia lepas tu kata saya tak reti bercerita. Kalau saya cerita pasal markah, kalau tinggi dia dengar. Kalau tak tinggi dia tak layan pun. Tak pun kene marah. Saya punya tahap nak bercerita tu. Sampai kene dapat markah tinggi, baru dia nak dengar. Setiap kali exam saya cakap kat diri sendiri, ni kene markah tinggi ni baru boleh cerita. " perasan Arya bercampur, marah, sedih, kecewa.

   "Arya benci mak? " soalan itu membuat Arya berhenti dari teresak-esak. Berfikir.

   "Tak. Saya tak pernah benci dia. Seteruk mana pun dia, dia mak saya. Dia kerja siang malam kerja untuk saya. Dia sakit pun dia kerja, supaya kami adik beradik bole makan, menikmati mewah yang macam kami dapat sekarang. Dia tak pernah kata tak kalau kami nak sesuatu. Jadi saya tak benci dia. " Air mata Arya hampir reda. jawapan Arya buat Nurin tersenyum. Untuk pertama kali orang yang dihentam keadaan masih memerhati kebaikkan, masih sedar detail yang jarang orang lain perasan.

   "Terima kasih. " Nurin melihat Arya dengan pandang yang sangat redup. Air mata Arya yang tadinya seakan akan mau berhenti kini keluar semula. Untuk pertama kali, dia rasa dihargai.

    "Arya ade suke someone? " Arya menganguk tanpa teragak - agak. Nurin ketawa. Agak pelik seseorang yang tertutup seperti Arya menganguk tanpa ragu. Mesti dia suka sangat laki tu. Arya yang baru sedar apa yang dia lakukan kini tersipu.

   "Tapi dia tak suka Arya pun. "Senyuman masih melekat di mulut Arya. Nurin terdiam.

   " Tak sesakit itu pun laa. Pada saya bila saya sukakan someone, yang paling sakit hanya la saat dia tiada. "

   "Cerita la lagi tentang dia. " Nurin mengusik. Saat Arya bercerita tentang 'dia', matanya bersinar seakan akan melihat bulan di malam hari, senyumannya indah seakan akan melihat pelangi dan itu membuatkan Nurin sedar bertapa bermaknanya lelaki itu dalam hidup Arya.

   "Saya rasa, Arya hanya perlukan teman buat bercerita, jadi kita boleh jadi kawan. Kalau Arya nak cerita apa apa datang je jumpa Nurin okay? " senyuman Arya memudar.

   "Itu buat saya bergantung. Kalau nanti Kak Nurin tak de? Saya nak bercerita kat siapa? " kali ini soalan dari Arya membuat Nurin berfikir panjang.

  "Okay. Nanti kalau ada apa apa. Saya datang jumpa Kak Nurin. "melihat Nurin yang terdiam membeku membuatkan Arya tersedar yang dia tersalah cakap. Nurin menganguk.

   " bercerita dengan pencipta itu perlu. Tapi bercerita dengan manusia itu hidup. " -Arya

hujanWhere stories live. Discover now