hujan

74 16 0
                                    

     "Alaaaaa kenapa nak hujan time time ni laaaaaa, nak nangis laaa" Arya hampir menjerit. Dia kesini untuk melihat senja, yang ada hanyala awan mendung yang menandakan nak hujan.

     "Esok bile bole datang lagikan? Jom balik, nanti basah kereta gila" Helmi menarik hujung lengan baju Arya, tapi sedikit pun Arya tidak berganjak.

     "Helmi ya? " Nazrin yang entah datang dari mana menegur Helmi . Helmi menunjukkan riaksi seakan akan 'Arya dah ingatlah' tapi sayang Nazrin tidak memahami sedikit pun apa yang cuba disampaikan.

     "Hai Aiden Nazrin , iya ini Helmi" Arya yang seakan tidak mahu pergi tadi, kini menarik Helmi dengan senyuman mengejek.

     "Arya, sekejap. "

     "Sudah la Nazrin, saya benci awak. Awak tahu saya hilang ingatan tapi kenapa buat saya macam ni? Kenape buat buat tak tau? "

     "Apa saya buat Arya? "

     "Helmi tunggu aku dalam kereta bole? "

     "Jangan lama lama, nanti kene hujan ya budak kecik"

     "Nanti kereta basah? " Arya membalas sambil tersenyum, dia ingat itu yang akan dikatakan Helmi.

     "Tak, nanti demam "

     "Eleh, ingat tak kisah? "

     "Aku sayang hang bodoh " Helmi berlalu pergi. Arya tersenyum manis sehingga lupa Nazrin dihadapannya.

     "Saya pun sayang awak Arya" Arya kembali melihat Nazrin lalu riaksinya berubah.

     "Awak tipu."

     "Kalau macam tu Helmi pun boleh tipu."

     "Awak nak apa sebenarnya? "

     "Saya nak awak percaya saya cintakan awak, sangat. " hujan mula membasahi bumi dan mereka berdua. Namun, tidak ada satu pun dari mereka berdua yang berganjak. Perkara ini perlu diselesaikan.

     "AWAK TIPU, AWAK BUANG SAYA"

     "saya tak pernah buang awak Arya"

    "Saya tak percaya, awak suruh saya pergi jangan kembali"

    "Awak salah faham, saya tak bermaksud macam tu"

     "Seronok la awak kan? Saya hilang ingatan lepas tu muncul entah dari mana kononnya hujan yang pertemukan"

     "Saya tak tahu awak hilang ingatan Arya, percaya lah"

     "SUDAH SUDAH LAH NAZRIN ! SAYA DAH PENAT LAH , SAYA LETIHH SANGAT DAH DENGAN PERANGAI AWAK . SAYA TAK NAK TENGOK AWAK LAGI. LAGI SEKALI AWAK MUNCUL DEPAN SAYA, SIAP AWAK ! " Arya berlalu pergi dengan perasaan marah. Dia benci ! Nazrin masih berdiri di situ. Untuk kali yang ke berapa entah, dia tak buat apa apa. Di setiap kesempatan, dia biarkan dirinya ditunding tanpa penjelasan.

     "Arya... " pintu kereta ditutup rapat. Arya mengambil tuala yang dihulur Helmi tanpa perasaan

     "Jom balik rumah ummi mi " Helmi hanya mengangguk tanpa banyak soal.

     "Sorry mi kereta hang basah "

     "Tak bagi tau mak ke kita nak balik rumah ummi? "

      "Dah chat, ayah pun bagi"

     "Serious laaa? " nada Helmi seakan akan terkejut.

     "Tak payah acah terkejut la, hang dah cite kat mak kan? " Arya memejamkan matanya.

     "Sorry"

     "Tak payah la sorry, bukan salah hang. Lagi sekali hang cakap sorry tapi bukan salah hang, aku sepak hang "

     "Ingat aku takut kee?" Soalan itu dibiar sepi. Arya sudah tertidur rupanya. Perjalan Ipoh ke melaka megambil masa 4 jam itu membuatkan Helmi tidak mengejut Arya.

     "Arya aku belikan jagung susu favorite hang, dah jangan nangis " saat Helmi berhenti di RnR baru perasan yang sepanjang perjalanan Arya menangis.

     "Ingat hang tak perasan, penat aku cover"

     "HAHAHAHAHA, tak payah nak cover sangat. Engkau tu kalau menangis dalam kotak pun aku tau"

     "Kenape aku nak menangis dalam kotak pulak? " Arya mengambil jangung susu di tangan Helmi lalu memakannya dengan senyuman.

     "Iye la tak nak aku tengok" Helmi menyedut air milo yang dibelinya.

     "HAHAHAHA BODOH LAAA, TAK DENYE AKU MUAT DALAM TUU"

      "Sape suruh masuk kotak kecik? Masuk la kotak besar. Ko gemok sangat ke manusia?takkan kotak peti ais tak muat ? "

      "HAHAHAHAHA YA ALLAH ENGKAU KAN"

       "Kalau hang nak menangis kan, aku boleh bawa ke mana mana hang nak pergi. Nanti kita gi pantai nak? Kat melaka banyak pantai hang bole menangis puas puas "

     "Helmi, jangan laaa" suara Arya mula serak.

     "Ape? betul laa"

     "Aku tak pernah ada orang yang aku takut sangat hilang tau, tapi hang.. "

     "Hang takut hilang aku? "

     "Aku takut sangat - sangat. Hang ada dengan Aku time aku betul betul perlu kan someone, hang ada time aku nangis, time aku rasa nak gelak, hang buat lawak. How can I ask for more? " mata Arya berkaca-kaca.

     "Arya engkau jangan nak ajak aku join nangis hang ehh? Jahat siaaa " Helmi mengelap air matanya jugak. Niatnya tadi  ingin menolong Arya melepaskan stressnya, lalu juga turut menangis.

"Yang namanya happy ending itu hanya fiksi" -Aiden

hujanWhere stories live. Discover now